KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengumumkan kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) kepada 3 peratus dalam mesyuaratnya Khamis ini, demikian menurut Standard Chartered Malaysia.
Kenaikan daripada 2.75 peratus ketika ini, membalikkan langkah pemotongan kadar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Pertumbuhan inflasi yang tinggi, melonjak dan meluas akan menyebabkan dasar monetari akan terus diperketatkan.
"Kami akan memerhatikan penilaian BNM terhadap pendirian dasar monetari, yang akan memberi pencerahan mengenai seberapa hampir bank pusat itu untuk mengakhiri kitaran memperketatkan dasar," katanya dalam nota kajian pada Selasa.
Bank pusat akan mengumumkan kenaikan kadar itu dalam mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Khamis ini.
Sepanjang 2022, BNM telah menaikkan OPR sebanyak 100 mata asas kepada 2.75 peratus daripada paras terendah dalam sejarah iaitu 1.75 peratus akibat pandemik COVID-19.
Standard Chartered turut mengunjurkan pertumbuhan kekal kukuh di Malaysia, dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setahun penuh 2022 dijangka mencecah 8.8 peratus.
"Inflasi melonjak dan meluas, mencerminkan inflasi permintaan yang kukuh di tengah-tengah peningkatan gaji pembuatan dan perkhidmatan, walaupun gaji perkhidmatan masih lagi berada di bawah trend pertumhuhan jangka sederhana," jelasnya.
Namun, firma itu berkata, risiko peningkatan inflasi adalah kekal, dengan tekanan inflasi yang meluas, kenaikan kos perkhidmatan dan harga import yang masih tinggi.
"Susulan kemungkinan kenaikan pada bulan ini, kami menjangkakan ia akan berhenti pada Mac, sebelum satu lagi kenaikan 25 mata asas pada Mei.
"Ini berdasarkan kepada jangkaan kerajaan akan mengumumkan sebahagian pelarasan subsidi pada separuh kedua 2023.
"Jika subsidi ditarik balik kepada hanya 20 peratus pengguna RON95, kami menganggarkan inflasi utama akan meningkat hanya 0.9 peratus mengikut asas tahunan," katanya. - DagangNews.com
Dagang News
Wed Jan 18 2023

Kenaikan daripada 2.75 peratus ketika ini, membalikkan langkah pemotongan kadar yang disebabkan oleh pandemik COVID-19. - Dagang News

Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Hong Kong kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

BNM dijangka naikkan OPR pada Julai susulan langkah terbaharu Fed - Pakar Ekonomi
Mereka berpendapat BNM akan mengekalkan OPR pada 2.75% pada mesyuarat awal Mei, sebelum kenaikan 25 bps pada separuh kedua tahun itu.

Rizab antarabangsa BNM berjumlah US$114 bilion pada 15 Mac 2023
Paras rizab ini memadai untuk membiayai lima bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.

Penarafan bank Malaysia kekal kukuh meskipun krisis perbankan di AS - RAM Ratings
Di Malaysia, asas kredit bank kekal teguh dan berdaya tahan untuk berdepan peningkatan ketidaktentuan dalam pasaran global.

Firma penyelidikan lihat kemungkinan OPR kekal pada paras semasa untuk tempoh lebih lama
Firma penyelidikan melihat kemungkinan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar untuk Kadar Dasar Semalamannya (OPR) pada paras semasa untuk tempoh yang lebih lama.

Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) yang menjadi penanda aras pasaran merosot 6.85 mata kepada 1,442.68 daripada 1,449.53 ketika ditutup pada Khamis.

Asas kukuh bantu Malaysia tidak terjejas teruk disebabkan kelembapan ekonomi global - RAM Ratings
RAM Ratings mengunjurkan KDNK Malaysia pada 2023 berada pada empat dan lima peratus, yang didorong oleh permintaan domestik di tengah-tengah prospek ekonomi global yang suram.

Kadar OPR kekal pada 2.75 peratus, galak permintaan domestik
Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) membuat keputusan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 2.75 peratus.

Standard Chartered unjur BNM kekalkan OPR pada 2.75 peratus
BNM diunjur mengekalkan pendirian tunggu dan lihat untuk menilai kesan pelarasan OPR terkumpul yang lepas.

Bursa Malaysia pulih kembali untuk meningkat pada sesi pembukaan pagi ini
Pada 9.07 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.01 mata kepada 1,453.56 daripada penutup semalam pada 1,453.55.