KUALA LUMPUR: CGS-CIMB Research mengekalkan unjuran bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) akan menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi kepada 3.25% pada separuh kedua 2023. 

Firma itu berkata, data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang kukuh pada separuh pertama memberikan keyakinan kepada BNM untuk menaikkan kadar OPR sebanyak 25 mata asas kepada 3% pada minggu lalu. 

"Semasa taklimat penganalisis dengan BNM menyatakan bahawa ekonomi negara berada dalam keadaan baik manakala inflasi masih di tahap terkawal.  

"Mengenai pertumbuhan KDNK, walaupun separuh pertama tahun ini kelihatan stabil tetapi kami masih mengekalkan anggaran setahun penuh ini pada paras 4.4%, walaupun kami melihat sedikit peningkatan jika momentum penggunaan swasta kekal berdaya tahan," katanya dalam satu nota kajian, hari ini. 

Firma itu berkata, pertumbuhan KDNK Malaysia meningkat kepada 5.6% separuh pertama tahun ini (7.1% pada separuh keempat 2022), sejajar dengan ramalan kami sebanyak 5.7% tetapi melebihi konsensus median Bloomberg sebanyak 5.1%. 

Katanya, pada asas pelarasan musim, ekonomi melonjak semula sebanyak 0.9% dari suku tahun ke suku tahun berbanding penurunan 1.7% pada suku keempat 2022. 

"Mengikut pecahan, semua komponen perbelanjaan lain mencatatkan penguncupan kecuali untuk penggunaan swasta. 

"Sementara itu, dari segi penawaran, sektor perkhidmatan menjadi pemacu utama apabila perbelanjaan isi rumah berkembang daripada barangan kepada perkhidmatan berikutan perbelanjaan berbelanja besar pada aktiviti runcit dan riadah. 

"Bagaimanapun, aktiviti pelaburan merosot, walaupun dikawal oleh sektor pembinaan. Penggunaan awam terus menurun berikutan perbelanjaan bekalan dan perkhidmatan kerajaan yang lebih rendah," katanya. 

Firma itu berkata, ketibaan pelancong China mungkin meningkatkan akaun perkhidmatan walaupun mereka percaya ia tidak mungkin mengimbangi kelemahan permintaan barangan global.

"Tanpa sebarang perubahan pada penilaian pertumbuhan KDNK, kami mengekalkan lebihan akaun semasa 2023 sebanyak 2.1% daripada KDNK (2.6% daripada KDNK pada 2022)," katanya, - DagangNews.com