KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 1.75 peratus di mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) yang diadakan hari ini.
MPC menyifatkan pendirian dasar monetari adalah wajar dan akomodatif.
Selain itu, langkah-langkah fiskal dan kewangan akan terus mengurangkan kesan ekonomi terhadap perniagaan dan isi rumah serta memberikan sokongan kepada kegiatan ekonomi, kata BNM dalam satu kenyataan hari ini.
Kadar OPR itu kekal pada 1.75 peratus sejak 7 Julai, 2020.
BNM berkata berikutan keadaan pandemik yang tidak menentu, pendirian dasar monetari akan terus ditentukan oleh data dan maklumat baharu serta kesannya kepada prospek keseluruhan inflasi dan pertumbuhan dalam negeri.
Bank pusat menambah ia akan terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan.
Bagi ekonomi Malaysia, pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan di seluruh negara bagi mengekang penularan semula kes COVID-19 telah memperlahankan momentum pertumbuhan.
"Bagaimanapun, pelonggaran yang diberikan secara berperingkat baru- baru ini kepada lebih banyak sektor ekonomi untuk beroperasi, di samping kemampuan syarikat yang lebih tinggi untuk membuat penyesuaian dalam persekitaran operasi yang baharu serta sokongan dasar yang berterusan, sebahagiannya akan mengurangkan kesan tersebut dan membolehkan ekonomi terus berada pada landasan pemulihan.
"Pada masa hadapan, pelonggaran langkah-langkah pembendungan yang selanjutnya, kemajuan pesat program pemberian vaksin dalam negeri dan pengembangan permintaan global yang berterusan akan menyokong momentum pertumbuhan menjelang tahun 2022," kata BNM
Namun begitu, risiko terhadap prospek pertumbuhan kekal cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan disebabkan oleh faktor luaran dan dalam negeri, tambahnya.
Faktor-faktor ini termasuk kelewatan dalam pelonggaran atau pelaksanaan semula langkah-langkah pembendungan secara keseluruhan yang disebabkan oleh kesan varian baharu COVID-19 yang membimbangkan serta pemulihan pertumbuhan global yang lebih rendah daripada jangkaan.
Sejak awal tahun hingga kini, purata inflasi keseluruhan ialah 2.3 peratus dan diunjurkan antara 2.0 peratus hingga 3.0 peratus pada tahun 2021.
Inflasi asas, seperti yang diukur oleh inflasi teras, dijangka kekal rendah, berpurata antara 0.5 peratus hingga 1.5 peratus untuk tahun ini, dalam keadaan lebihan kapasiti yang berterusan dalam ekonomi.
"Bagaimanapun, prospek ini terus bergantung pada perkembangan harga komoditi global dan langkah-langkah dasar bagi meringankan bebanan kos yang ditanggung oleh orang ramai.
"Namun begitu, inflasi asas dijangka kekal rendah secara relatif pada tahun 2022," kata BNM.
Sementara itu, ekonomi global terus pulih, disokong oleh peningkatan aktiviti perkilangan dan perkhidmatan.
Menurut BNM, kekuatan pemulihan berbeza-beza merentas pelbagai negara terutamanya mengikut liputan pemberian vaksin, pelonggaran langkah-langkah pembendungan dan tahap sokongan dasar.
"Secara keseluruhan, imbangan risiko terhadap prospek pertumbuhan global cenderung ke arah pertumbuhan menjadi lebih perlahan.
"Hal ini disebabkan terutamanya oleh ketidakpastian berhubung dengan perkembangan pandemik berikutan munculnya varian yang membimbangkan dan potensi risiko volatiliti pasaran kewangan yang ketara berikutan perubahan dasar monetari ekonomi utama," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 09 2021
Bank Negara berkata, ia akan terus komited untuk menggunakan alat-alat dasarnya yang bersesuaian bagi mewujudkan keadaan yang menyokong pemulihan ekonomi yang berterusan. - Gambar fail
LIMA '25 dianjurkan pada 20-24 Mei tahun depan
Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LlMA ‘25) akan dianjurkan pada 20 hingga 24 Mei tahun depan bertemakan Innovate Today, Thrive Tomorrow.
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Demi rakyat, Zahid-Muhyiddin henti saman fitnah
Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersepakat untuk menamatkan pertikaian peribadi antara mereka.
Sultan Selangor berangkat ke Majlis Bacaan Yassin di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut di Perak bagi menghadiri Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Khutbah Khas sempena Sambutan Hari TLDM ke-90.
PM Anwar pulangkan elaun Pengerusi Khazanah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan beliau memulangkan elaun sebagai pengerusi Khazanah Nasional Berhad yang diterimanya dan sekali lagi menegaskan tidak menerima gaji bagi jawatan Perdana Menteri yang disandangnya sejak November 2022.
10 Berita Pilihan - (26 April 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Anak MB Perlis, empat lain dilepas dengan jaminan SPRM
Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia sejak Rabu, dilepaskan dengan jaminan SPRM, hari ini bersama empat individu lain.
Rasuah jenayah bersifat unik - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media.
Media arus perdana masih sumber paling dipercayai - Azam Baki
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki menasihatkan masyarakat tidak menjadikan berita di media sosial khususnya berkaitan siasatan dijalankan agensi penguatkuasaan sebagai sumber utama yang boleh dipercayai.
Mirzan, Mokhzani diberi lanjutan 30 hari oleh SPRM
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memberi tempoh lanjutan 30 hari bagi kedua-dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengisytiharkan aset masing-masing kepada pihaknya. Ini bermakna kedua-dua Tan Sri Mokhzani dan Mirzan perlu mengemukakan maklumat berkenaan aset yang dikumpul selama 43 tahun sejak tahun bapa mereka menjawat jawatan Perdana Menteri.
1MDB: Penganalisis BNM nafi sekongkol dengan SPRM sedia laporan jejak wang ke akaun Najib
Peguam utama Najib menuduh penganalisis Bank Negara tidak bebas' dan bersekongkol dengan SPRM semasa membuat laporan mengenai jejak wang 1MDB.
Jejak wang 1MDB dalam akaun Najib selesai - Saksi
Penganalisis Pasukan Petugas Khas 1MDB membuat rumusan selepas selesai memberikan keterangan mengenai jejak wang 1MDB yang dipindahkan ke dua akaun peribadi Najib.
BNM dijangka kekalkan OPR sehingga akhir tahun
Bank Negara Malaysia dijangka mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus sehingga akhir tahun ini.
Ringgit tunjuk tanda kenaikan - Gabenor BNM
Ringgit susut sebanyak 5.8 peratus pada suku kedua 2023 namun meningkat sebanyak 1.1 peratus dalam tempoh suku ketiga setakat ini.
RHB Research jangka BNM kekalkan OPR pada 3.0 peratus
RHB Research menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.0 peratus dengan mengekalkan pendirian neutral dalam mesyuarat jawatankuasa dasar monetari pada 6 Ju
OPR naik bercanggah dengan strategi ekonomi kerajaan - SPCAAM
SPCAAM menyifatkan tindakan Bank Negara Malaysia (BNM) menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) adalah suatu perkara yang bercanggah dengan keseluruhan strategi ekonomi kerajaan.
OPR 3 peratus selari dengan pengukuhan ekonomi negara - Bank Negara
Bank Negara Malaysia (BNM) berkata kadar dasar semalaman (OPR) pada tiga peratus membawa kembali kadar faedah penanda aras itu ke paras sebelum krisis.
Malaysia tidak jangka kemelesetan pada 2023 - Gabenor BNM
Inflasi dijangka kekal tinggi tetapi Malaysia tidak menjangkakan kemelesetan pada 2023, sejajar dengan pertumbuhan ekonomi yang lebih baik.
Bank Negara dijangka sekali lagi naikkan OPR 25 mata asas bulan depan
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) sebanyak 25 mata asas lagi pada November berikutan Indeks Harga Pengguna (IHP) teras yang kukuh dicatatkan pada September.
Bank Negara arah iPay88 tingkatkan kawalan keselamatan siber
Bank Negara Malaysia mengarahkan penyedia perkhidmatan gerbang pembayaran iPay88 (M) Sdn Bhd untuk melaksanakan langkah-langkah tambahan bagi mengukuhkan lagi kawalan keselamatan siber.