KUALA LUMPUR: Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 2.75 peratus dilihat sebagai langkah taktikal ketika ekonomi terus berada dalam kedudukan yang kukuh, kata seorang penganalisis.
Ketua Ahli Ekonomi Juwai IQI Shan Saeed berkata bank pusat tersebut juga telah memainkan peranannya secara strategik bagi tempoh 2019 hingga 2022 serta terbukti dapat menangani cabaran tekanan harga.
"Kestabilan dasar monetari itu sememangnya menjadi keutamaan BNM dalam memenuhi mandat unjurannya ketika semua bank-bank global bertindak menaikkan kadar faedah masing-masing bagi membendung lonjakan harga dalam ekonomi global," katanya kepada Bernama.
Shan juga menyifatkan keadaan inflasi semakin memuncak di rantau Asean dan akan hanya susut dalam suku ketiga 2023 manakala tuas dasar monetari itu pula memerlukan tempoh selama 12-15 bulan untuk memberi kesan di peringkat makro bagi menurunkan harga komoditi-komoditi utama.
"Bagi saya, sebahagian besar bank pusat global ini akan bertindak mengurangkan kadar itu selepas suku ketiga dan keempat tahun ini bagi menyokong trajektori pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK).
"BNM akan terus menyokong ekonomi di peringkat makro lagi," katanya.
Selain itu, katanya, ringgit juga telah terbukti memaparkan kestabilannya dari segi struktur dan meningkat sebanyak 10.64 peratus sejak Oktober 2022.
Malah, ringgit dijangka meneruskan aliran kenaikannya pada 2023 dan mencecah sekitar paras 4.10 hingga 4.37 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dengan prospek kestabilannya terus ketara.
"Peningkatan ringgit juga adalah antara cara untuk meredakan tekanan inflasi dalam ekonomi dan kami (Juwai IQ) kekal yakin dengan (prospek) ekonomi Malaysia, termasuk KDNK dalam lingkungan 4.5-5.5 peratus dalam tahun fiskal semasa," katanya.
Bank pusat itu telah bertindak mengekalkan kadar OPR pada 2.75 peratus dalam mesyuarat semalam bagi membolehkannya menilai kesan pelarasan OPR sebelum ini secara kumulatif berikutan kesan dasar monetari berkenaan terhadap ekonomi.
Menurutnya, selepas mencatat prestasi kukuh pada 2022, pertumbuhan bagi tahun ini dijangka lebih menyederhana di tengah-tengah ekonomi global yang perlahan dan perbelanjaan isi rumah pula akan berteraskan peningkatan pekerjaan serta prospek pendapatan yang mampan.
Sementara itu, Rakan Kongsi Pengurusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata keputusan yang dibuat BNM itu adalah mengejutkan memandangkan konsensus menjangkakan satu kenaikan.
"Saya menyifatkannya sebagai satu kejutan yang menyenangkan kerana bank pusat sedang mendorong pendirian propertumbuhan kerajaan.
"Berita baiknya adalah inflasi global kini sedang mengalami penyusutan memandangkan rantaian bekalan global dibuka, dan ini diharapkan boleh ditunjukkan menerusi penurunan harga penghantaran, yang akan memberi manfaat kepada pengeksport Asean," katanya.
Beliau juga yakin BNM memperoleh lebih banyak ruang gerak dasar selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) memperlahankan kenaikan kadar kepada yang lebih rendah manakala ringgit yang lebih kukuh juga meredakan kebimbangan mengenai inflasi yang diimport.
"Pasaran dan ahli politik sama-sama seharusnya gembira dengan keputusan yang menyokong kadar faedah rendah ini," katanya.
Begitu juga, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Firdaos Rosli berkata walaupun pendirian BNM itu mengejutkan, namun bank pusat juga mungkin mahu memastikan dasar monetari terus kekal akomodatif sekurang-kurangnya sehingga suku pertama atau mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari seterusnya pada Mac.
"Saya berpandangan penekanan BNM adalah lebih kepada pertumbuhan domestik berbanding dengan pertumbuhan luaran. OPR telah berada paras terendah sepanjang sejarah Malaysia, yang terbukti terutamanya semasa krisis seperti Krisis Kewangan Asia, Krisis Kewangan Global dan Krisis COVID-19. Kadar itu adalah akomodatif pada masa ini dan kemungkinan sukar untuk menormalkannya kepada kadar sebelum pandemik," katanya.
Sementara itu, penyelidikan oleh MIDF menjelaskan BNM mengambil pendekatan tunggu dan lihat untuk menilai prestasi pasaran selepas peningkatan lebih 100 mata asas (bps) yang diputuskan pada tahun lepas.
"Bagaimanapun, kami yakin kemungkinan untuk menormalkan lagi dasar monetari itu masih kekal memandangkan data ekonomi domestik masih menunjukkan momentum yang memberangsangkan," jelasnya dalam nota penyelidikan semalam.
Cabang penyelidikan MIDF itu turut mengunjurkan kenaikan kadar sebanyak 25 bps kepada 3.00 peratus pada Mac 2023 dan untuk menormalkan Keperluan Rizab Berkanun BNM daripada 2.00 peratus kepada 3.00 peratus tahun ini.
"Dari perspektif jangka masa sederhana, normalisasi kadar dasar diperlukan untuk mengelakkan risiko yang boleh menjejaskan kestabilan prospek ekonomi masa depan seperti inflasi tinggi yang berterusan serta peningkatan keberhutangan isi rumah," menurutnya.
Penyelidikan oleh OCBC Treasury pula mengulas bahawa keputusan bank pusat untuk menghentikan sementara kenaikan kdar faedah sebagai menarik kerana walaupun BNM telah menekankan pertumbuhan sebelum ini, ia turut mengambil berat mengenai risiko inflasi.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 20 2023
Penganalisis berpendapat, selepas mencatat prestasi kukuh pada 2022, pertumbuhan bagi tahun ini dijangka lebih menyederhana di tengah-tengah ekonomi global yang perlahan. - Gambar hiasan
Jangan kaitkan isu perkauman, politik dengan sektor pelancongan - King Sing
King Sing berkata sikap perkauman juga boleh mengakibatkan para pelancong 'takut' untuk mengunjungi Malaysia, sekali gus menjejaskan pertumbuhan ekonomi.
Trump dinobat 'Person of the Year' majalah Time
Edisi terkini turut memaparkan wawancara eksklusif bersama Trump yang berlangsung pada 25 November di resortnya, Mar-a-Lago, Florida.
Politik negara lebih stabil pada 2024
Tahun kedua di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan menyaksikan pentas politik negara lebih stabil berbanding tahun 2023.
Sektor pelancongan pulih, MOTAC manfaat Kepengerusian ASEAN 2025
Statistik terbaharu itu menunjukkan peningkatan sebanyak 5.6 peratus berbanding 32.35 juta pelancong dalam tempoh sama pada 2019.
Didesak letak jawatan: Beritahu mana kelemahan dan apa patut saya ubah? - Menteri MOTAC
Menurut King Sing, beliau mengalu-alukan pandangan daripada semua pihak dalam usaha untuk menambah baik kelemahan.
Trump undang Presiden China hadiri majlis angkat sumpah bulan depan
Trump menghulurkan jemputan itu kepada Xi pada awal November, sejurus selepas pilihan raya.
Palestin sambut baik Ireland sertai kes genosid ke atas Israel di ICJ
Setakat ini, lebih 10 negara, termasuk Turkiye, Sepanyol, dan Mexico, telah menyertai kes ICJ terhadap Israel.
Parti pemerintah sokong usul pemecatan Presiden
Krisis politik di Korea Selatan semakin meruncing apabila parti pemerintah, People Power Party (PPP), memberikan sokongan kepada usul pemecatan Presiden, Yoon Suk Yeol.
Tentera Israel mula berundur dari selatan Lubnan
Pasukan Tentera Israel melaksanakan proses pengunduran pertama dari sebuah bandar di selatan Lubnan, yang digantikan dengan tentera Lubnan berdasarkan perjanjian gencatan senjata.
Ketua parti pemerintah Korea Selatan sokong usul pendakwaan terhadap Presiden Yoon
PPP turut menggesa penubuhan jawatankuasa etika bagi mempertimbangkan sama ada parti itu perlu meminta Yoon berundur daripada parti itu.
BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.
Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Rizab antarabangsa BNM berjumlah AS$117.6 bilion pada 30 Oktober 2024
Kedudukan rizab itu memadai untuk membiayai 4.8 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 0.9 kali jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Belanjawan negara fokus reformasi struktur, pelaburan untuk kesejahteraan rakyat - MKII
Belanjawan negara bukanlah sekadar alat untuk menggembirakan rakyat atau menarik pelabur, tetapi sebagai mekanisme penting untuk mengutamakan keperluan ekonomi negara.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$117.6 bilion
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$117.6 bilion pada 13 September, 2024 daripada AS$116.8 bilion (AS$1= RM4.2005) pada 30 Ogos, 2024.
Rizab antarabangsa BNM meningkat kepada AS$116.8 bilion setakat 30 Ogos 2024
Kedudukan rizab itu mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan adalah 1.0 kali ganda jumlah hutang luar negeri jangka pendek.
Penganalisis jangka OPR kekal 3.0 peratus bagi tahun ini
CIMB Investment Bank Bhd (CIMB) menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras semasa 3.00 peratus sehingga akhir 2025.
Firma penyelidikan jangka BNM kekalkan OPR 3.0 peratus
Firma penyelidikan menjangkakan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.0 peratus menerusi mesyuarat minggu ini.