KUALA LUMPUR: Melaksanakan perubahan pada kepantasan dan skala yang diperlukan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) menjelang 2030 memerlukan orientasi semula keutamaan pelaburan agar sejajar dengan prinsip lebih mampan dan berasaskan nilai dalam sektor kewangan, kata Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour.
Beliau berkata sektor kewangan berperanan penting untuk menyokong transformasi ekonomi yang mampan.
"Persidangan Perdagangan dan Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) menjangka wujud jurang pembiayaan yang ketara bagi pelaburan tahunan global kira-kira AS$4.3 trilion ke arah mencapai SDG," katanya dalam ucap tama pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur (KLIFF) 2023 di sini hari ini.
Meskipun jumlah itu mungkin dilihat besar, beliau berkata ini hanya bersamaan kira-kira satu peratus daripada AS$379 trilion jumlah aset kewangan yang dipegang oleh bank, pelabur institusi dan pengurus aset.
"Saranan untuk kewangan Islam beralih daripada 'halal' kepada 'thoyyib' sebagai antara pemacu utama kerangka ekonomi, selari dengan nilai asas Syariah yang menyokong kewangan Islam adalah tepat pada masanya," katanya.
Abdul Rasheed berkata matlamat untuk mengintegrasikan penciptaan kekayaan yang seimbang dengan pindahan dan edaran kekayaan, pada asasnya berupaya mendorong institusi kewangan Islam untuk giat melaksanakan orientasi semula dan mempermudah peruntukan sumber kewangan yang lebih saksama bagi kegunaan yang produktif dan mampan.
"Langkah ini kemudiannya akan meningkatkan aktiviti ekonomi yang produktif dan menyokong transformasi Malaysia untuk muncul sebagai negara berpendapatan tinggi, mengecilkan jurang ekonomi dan menggalakkan ekuiti antara generasi," katanya.
Beliau berkata Malaysia juga tidak terlepas daripada cabaran besar dalam usaha untuk menjadi negara lebih progresif dan mampan serta berdepan pelbagai rintangan antaranya inflasi tinggi dan perdagangan global yang menyederhana.
"Ekonomi Malaysia terus memperlihatkan daya tahan terhadap kejutan ini dan negara telah bangkit semula daripada pandemik," katanya.
Abdul Rasheed berkata, pada asasnya, pertumbuhan ekonomi negara disokong oleh struktur ekonomi yang pelbagai termasuk pasaran eksport dan produknya serta keadaan pasaran buruh yang menggalakkan, sekali gus terus mendorong penggunaan -- sebagai enjin utama pertumbuhan Malaysia.
Sementara itu, Abdul Rasheed turut melancarkan myWakaf 2.0, instrumen ekonomi inklusif yang diperkenalkan oleh Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM) berdasarkan nilai bersifat dermawan.
Beliau turut memuji usaha industri untuk menambah baik inisiatif myWakaf menerusi tambahan penyertaan daripada bank-bank Islam dan Majlis Agama Islam Negeri di bawah myWakaf 2.0.
"Dengan tumpuan yang lebih mendalam terhadap pemerkasaan komuniti dan ekonomi serta kaedah pemantauan yang lebih selaras, myWakaf mempunyai potensi penting untuk mendorong pembangunan sosioekonomi negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023
Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Shaik Abdul Rasheed Abdul Ghaffour berucap pada Forum Kewangan Islam Kuala Lumpur ke-18 (KLIFF 2023), hari ini. - Foto BERNAMA
AWANI 7:45 [15/12/2024] – Perbincangan awal | Termasuk lompat dalam parti kerajaan | Jangan sampai berantakan | Bermula Januari 2025
Presiden PKR sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Spekulasi Tengkul Zafrul masuk PKR, UMNO tolak ahli lompat parti.
Jangan luah tak puas hati di media sosial, cakap depan-depan, kata Zahid Hamidi.
Elaun PLKN kekal RM8 sehari.
Izzuddin-Sze Fei naib juara jelajah dunia akhir BWF 2024
Beregu lelaki profesional negara, Nur Izzuddin Rumsani - Goh Sze Fei terlepas bergelar juara jelajah dunia akhir bwf 2024 selepas tewas di tangan pasangan denmark, Kim Astrup - Anders Skaarup Rasmussen di Hangzhou, China.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
Selaku naib juara, mereka membawa pulang habuan 100,000 dolar Amerika iaitu sekitar RM445,000 selepas bertarung tiga set dengan 21-17, 17-21, 21-11.
AWANI Global: Konflik Asia Barat | Gencatan Senjata Israel-Hizbullah
Diskusi dan analisis mengenai gencatan senjata Israel - Hizbullah yang dikatakan rapuh akibat beberapa perlanggaran serangan Israel ke atas Lubnan dalam AWANI Global 9 malam ini.
Zii Jia alami kecederaan ligamen buku lali kanan
Pemain perseorangan lelaki profesional negara, Lee Zii Jia disahkan mengalami kecederaan ligamen buku lali kanan.
Gunung Semeru di Jawa Timur, Indonesia, meletus
Gunung Semeru, yang terletak di Wilayah Jawa Timur, Indonesia meletus pada Ahad, memaksa Pusat Kajian Gunung Berapi dan Mitigasi Bencana Geologi republik itu mengeluarkan amaran penerbangan.
Parti pemerintah Korea Selatan tolak cadangan badan perundingan oleh pembangkang
"Parti Kuasa Rakyat masih menjadi parti pemerintah, dan pemangku presiden telah dilantik mengikut Perlembagaan."
Pengusaha feri Langkawi batal kenaikan tambang selepas kerajaan campur tangan
Kerajaan ambil langkah segera untuk campur tangan dengan mengarahkan agar keputusan tersebut ditarik balik serta-merta.
190 spesies burung direkodkan di Taiping sejak 2017
Lebih 90 peratus yang direkodkan terdiri dalam kalangan burung tempatan manakala bakinya adalah daripada spesies burung migrasi.
Modul pemulihan akidah pengikut GISB telah siap
Modul silibus bagi pemulihan akidah pengikut GISB Holdings Sdn Bhd (GISB) yang dibangunkan oleh jawatankuasa khas telah disiapkan.
[INFOGRAFIK] PLKN 3.0 bermula pada 2025
PLKN 3.0 bermula pada 2025
Selangor negeri pertama serah laporan SDG kepada PBB - Amirudin
Kerajaan Selangor menjadi negeri pertama di Malaysia menyerahkan laporan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
UNGCMYB, Astro lancar Program ‘Forward Faster Louder’
Aspek utama kerjasama itu adalah berkisarkan kepada memperkasakan prinsip Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) di Malaysia.
Yayasan Jeffrey Cheah lancar program pendidikan pembangunan mampan, perkembang ke 30 sekolah
Bertujuan membangun kapasiti berkenaan ESD untuk guru di sekolah kebangsaan dan jenis kebangsaan untuk pacu usaha capai matlamat SDG.
Sunway jalin kolaborasi dengan EU, pacu usaha menuju masa depan yang mampan
Tahun ini, Sunway akan meneraju inisiatif unik untuk menangani kemiskinan bandar menerusi projek Cerapan Komuniti Desa Mentari.
ECERDC komited tingkat kehidupan rakyat pantai timur selari SDG
Penganjuran Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024: Wilayah Timur jadi bukti keseriusan ECERDC dalam merealisasikan perkara tersebut.
Sidang Kemuncak SDG Malaysia 2024 diadakan Julai ini
Sidang kemuncak selama dua hari anjuran Kementerian Ekonomi dan Pusat SDG Negara selaku penganjur bersama itu akan dihadiri Perdana Menteri.
Malaysia sahkan komitmen SDG, manfaatkan kekuatan serantau
Malaysia mengesahkan komitmennya terhadap usaha kolaboratif dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
[KOLUMNIS] Sumbangan teknologi nuklear dalam mencapai Matlamat Pembangunan Lestari di Malaysia
Teknologi nuklear merupakan antara teknologi yang dimanfaatkan untuk mencapai matlamat SDG.
Isu SDG perlu dilihat dari lensa kesihatan planet - Penganalisis
Pelaksanaan semua inisiatif di bawah Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) perlu dilihat dari lensa kesihatan planet.
Solusi kemampanan ada pada masyarakat tempatan - Penganalisis
Solusi untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) sudah ada dalam kalangan masyarakat tempatan.