KUANTAN: Kerajaan Pahang menarik pelaburan asing bernilai RM500 juta melalui memorandum persefahaman (MoU) dengan Caravaning Industry Association (CIVD) yang berpangkalan di Jerman bagi membangunkan industri pembuatan karavan di negeri ini.
Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, MoU yang dimeterai ini merangkumi pelaksanaan pembinaan taman karavan, pusat pemasangan karavan, eko-sistem pembuatan karavan dan pusat bekalan karavan untuk pasaran Asia Pasifik serta Australia.
Menurutnya, pihaknya akan memberikan komitmen sepenuhnya bagi membangunkan industri karavan dan projek itu akan dilaksanakan bermula penghujung tahun ini.
"Taman karavan ini akan beroperasi di lokasi strategik dan pihak kita sedang mengenal pasti kawasan sesuai.
"Kita yakin Pahang boleh dijadikan hub pengeluaran karavan terkemuka di rantau ini kerana negeri ini sememangnya terkenal dengan industri pemasangan kereta jenama terkemuka dunia seperti Mercedes, Volkwagen, dan Isuzu di Taman Perindustrian Automotif, Pekan," katanya dalam satu hantaran di Facebook miliknya pada Ahad.
Beliau berkata, kerjasama strategik ini turut mendapat sokongan dan penglibatan daripada pihak East Coast Economic Region (ECER).
Sehubungan itu, Wan Rosdy menjelaskan pembukaan industri karavan ini dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang menarik dan kompetitif untuk warga tempatan.
"Saya amat berharap agar MoU ini dapat direalisasikan bukan sahaja bagi membangunkan industri baharu di Pahang tetapi juga menyumbang kepada hasrat kita untuk meningkatkan pelaburan asing ke negeri ini," katanya.
Mohd Zalani Md Atan
Sun May 15 2022

MoU yang dimeterai ini merangkumi pelaksanaan pembinaan taman karavan, pusat pemasangan karavan, eko-sistem pembuatan karavan dan pusat bekalan karavan untuk pasaran Asia Pasifik serta Australia. - Astro AWANI
![[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021 [INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1976270/thumbnails/8967789641656759694098_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Indeks Harga Pengguna 2021
Indeks Harga Pengguna 2021

Lawan kelab ternama, rindu budu matangkan pemain muda negara di Sepanyol
Bermain menentang pasukan bola sepak ternama di Sepanyol adalah antara pengalaman manis buat pemain muda negara Allee Putra Azril sepanjang dua tahun 'berguru' di Akademi Malaga City FC.

Chong Wei harap raketnya bawa 'ong' kepada Tze Yong teruskan legasi
Legenda badminton negara Datuk Lee Chong Wei berharap penyerahan raket miliknya kepada pemain sedang meningkat, Ng Tze Yong membawa 'ong' (tuah) kepada pemain muda itu.

Libat urus MAFI dengan pihak berkepentingan pastikan bekalan ayam mencukupi - Ronald
Ronald berkata penternak dan pengusaha ladang-ladang penternakan ayam telah menyatakan komitmen untuk bersama-sama memperkukuh sekuriti makanan negara.

Pejuang sudah bersedia untuk PRU15: Dr Mahathir
Pejuang akan memberikan saingan kepada parti lain yang bertanding dengan meletakkan calon.

Polis buka kertas siasatan kanak-kanak tercampak dari kereta
Kes disiasat di bawah Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu mengabaikan atau mendedahkan kanak-kanak berkenaan dengan cara yang boleh menyebabkannya mengalami kecederaan fizikal atau emosi.

Pemuda UMNO sindir Timbalan Menteri, dakwa 'sudah mati rasa'
Kenyataan Nik Muhammad Zawawi Salleh dianggap Asyraf Wajdi sebagai 'sudah mati rasa.'

Minyak Masak Subsidi | Salah guna peniaga sumbang kepada kenaikan harga
Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa mendakwa berlaku penyelewengan minyak masak paket bersubsidi satu kilogram. Katanya, minyak bersubsidi yang dikhaskan untuk penggunaan di rumah, digunakan oleh golongan peniaga.

Isu Gugur Kandungan | Google padam sejarah lokasi pengguna, elak tindakan
Gergasi teknologi, Google akan memadam sejarah lokasi pengguna yang melawat klinik untuk menggugurkan kandungan. Ini bagi melindungi mereka daripada dikenakan tindakan undang-undang, selepas Mahkamah Agung Amerika Syarikat (AS) mengharamkan pengguguran kandungan baru-baru ini.

Kerjasama dengan GRS, BN Sabah akan tentukan, tidak mahu ditipu - Bung Moktar
Barisan Nasional (BN) Sabah akan menentukan hala tuju mereka bersama Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

RM5.7 juta untuk naik taraf projek bekalan air di Bukit Kuin - MB Pahang
Sebanyak RM5.7 juta telah diperuntuk bagi projek menaik taraf bekalan air di Bukit Kuin yang dijangka siap pada April tahun depan.

Insentif RM1,000 untuk pelajar cemerlang SPM 2021 di Pahang
Sumbangan ini merupakan penghargaan Kerajaan Negeri Pahang kepada segala usaha, penat lelah, kesukaran dan ketekunan para pelajar.

STR bantu selesai isu perumahan generasi kedua Felda - Wan Rosdy
Projek perintis itu jelas menunjukkan kesungguhan kerajaan negeri dalam mengatasi masalah di kalangan rakyat.

Yayasan Pahang belanja RM1.34 bilion untuk pendidikan anak negeri - MB
Tahun lalu, sejumlah RM52 juta dibelanjakan bagi bantuan pendidikan untuk 61,721 pelajar.

Kerajaan Pahang cadang tambah Rumah Rakyat Pahang
Kerajaan Negeri Pahang bercadang untuk menambah bilangan Rumah Rakyat Pahang (RRP) tahun hadapan bagi membantu golongan yang memerlukan untuk memiliki rumah sendiri.

Kerajaan Pahang sumbang RM20,000 untuk Janushaa
Kerajaan Pahang menerusi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan bersetuju memberi sumbangan RM20,000 berserta sijil penghargaan kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) B. Janusha.

Kerajaan Pahang junjung titah Pemangku Raja Pahang lindungi Harimau Malaya
Wan Rosdy turut menjunjung titah baginda untuk menyelamatkan spesies Harimau Malaya yang menjadi simbol kebanggaan rakyat Malaysia.

240 penjawat awam, pesara terima 5 ekar tanah sumbangan Kerajaan Pahang
Skim Tanah Rakyat ini merupakan suatu bentuk pembangunan tanah menggunakan konsep dan pendekatan Rancangan Tanah Kelompok (RTK) untuk membantu memenuhi hasrat rakyat memiliki tanah.

Pahang sasar Lipis sebagai UNESCO Global Geopark
Terdapat batuan berusia Devon-Perm Tengah iaitu sekitar 420 hingga 270 juta tahun lepas di Pos Betau yang menjadi bukti pertembungan dua plat tektonik.

Simbolik penanaman 25,000 anak pokok untuk kelahiran bayi di Pahang
Penyediaan anak pokok itu akan diagihkan kepada 13 Parlimen di negeri ini mengikut jumlah kelahiran di sebuah kawasan.