awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Venezuela sahkan 47 askar maut dalam operasi AS tangkap Maduro
Beku perolehan: KDN sedia kaji semula, elakkan penyelewengan - Saifuddin
PDRM terima laporan kes kehilangan Nadia Kesuma
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Keputusan bubar DUN Sabah hanya selepas konsensus - Hajiji

Bernama
Bernama
12/07/2025
15:48 MYT
Keputusan bubar DUN Sabah hanya selepas konsensus - Hajiji
Hajiji berkata, keputusan itu tetap memerlukan persetujuan bersama menerusi Majlis Tertinggi GRS. - Bernama
PENAMPANG: Keputusan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17 hanya akan dibuat selepas mencapai konsensus dalam kalangan parti komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS), kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Hajiji yang juga Ketua Menteri berkata walaupun beliau mempunyai hak prerogatif untuk menasihati Yang di-Pertua Negeri Tun Musa Aman, namun keputusan itu tetap memerlukan persetujuan bersama menerusi Majlis Tertinggi GRS.
"Kita dalam GRS, sebarang keputusan perlu melalui Majlis Tertinggi. Saya akan berbincang dan memaklumkan kepada presiden parti (komponen) bila mahu bubar," katanya kepada media selepas menutup Konvensyen Parti Bersatu Sabah-Parti Solidariti Tanah Airku (PBS-STAR) 2025 di sini, hari ini.
Bagaimanapun, beliau tidak mengulas lanjut mengenai tarikh perbincangan itu akan diadakan.
Ketika ditanya sama ada DUN akan dibiarkan terbubar secara automatik pada November ini, beliau berkata perkara itu masih dalam pertimbangan.
Sebelum ini, Speaker DUN Sabah Datuk Seri Kadzim M. Yahya memaklumkan bahawa DUN Sabah ke-16 akan terbubar secara automatik pada 11 Nov ini sekiranya tiada pembubaran dibuat sebelum tarikh berkenaan.
Mengulas mengenai spekulasi bahawa GRS akan bertanding secara solo pada PRN Sabah ke-17, beliau menjelaskan perkara itu juga akan dibincangkan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi GRS.
Dalam pada itu, Hajiji menyifatkan Konvensyen PBS-STAR sebagai detik bersejarah yang memperkukuh muafakat politik tempatan, sekali gus membuktikan kesediaan GRS menghadapi PRN Sabah ke-17 dengan barisan kepimpinan yang bersatu, teguh dan berwibawa.
Beliau berkata kerjasama erat antara dua parti tempatan itu melambangkan kematangan politik yang meletakkan kepentingan rakyat serta negeri Sabah mengatasi perbezaan fahaman.
"Konvensyen ini bukan sahaja mencerminkan semangat penyatuan dalam kalangan parti tempatan yang mempunyai sejarah dan prinsip tersendiri, malah membuktikan bahawa GRS mampu melangkah lebih jauh sebagai gabungan politik yang benar-benar mewakili aspirasi rakyat Sabah," katanya.
GRS dianggotai lapan parti, iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), PBS, STAR, Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO), Parti Liberal Demokratik (LDP), Parti Harapan Rakyat Sabah dan Parti Cinta Sabah.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hajiji Noor
#pembubaran DUN
#DUN Sabah
#GRS
#politik
#majlis tertinggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan