awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur

Bernama
Bernama
13/12/2024
13:45 MYT
Pasaran getah ditutup bercampur-campur
Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 898.50 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 712.50 sen sekilogram. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur pada Jumaat ditutup bercampur-campur di tengah-tengah aliran menurun dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata peniaga.
Katanya niaga hadapan getah Jepun merosot untuk sesi kedua berturut-turut pada Jumaat, terjejas berikutan kebimbangan mengenai permintaan bermusim yang rendah.
"Musim sejuk secara tradisinya adalah di luar musim permintaan bagi industri tayar kenderaan dan keseluruhan kadar operasi bagi pengeluar tayar getah pada Disember dijangka menurun," katanya kepada Bernama.
Namun, peniaga berkata penurunan selanjutnya dihadkan oleh ringgit yang rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Pada 5 petang, ringgit menyusut kepada 4.4520/4570 berbanding dolar AS daripada 4.4350/4395 semalam.
Menurut Lembaga Getah Malaysia (LGM) harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) meningkat 14.5 sen kepada 889.00 sekilogram manakala lateks pukal menaik 3.0 sen kepada 706.50 sen sekilogram.
Pada 5 petang, SMR 20 berada pada 898.50 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 712.50 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#peniaga
#pasaran getah
#permintaan bermusim
#kadar operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan