awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan sembilan individu disyaki terlibat kes gaduh berkumpulan di Port Dickson
[TERKINI] Pas sedia terajui PN, tidak anggotai Exco MB Perlis - Takiyuddin
Kesatuan pembangkang lebih penting daripada polemik Perlis - Pengerusi URIMAI
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran getah ditutup bercampur-campur sejajar dengan pasaran serantau

Bernama
Bernama
04/10/2024
13:20 MYT
Pasaran getah ditutup bercampur-campur sejajar dengan pasaran serantau
Pada 5 petang, SMR 20 sebanyak 871 sen sekilogram dan susu getah pukal sebanyak 739.5 sen sekilogram. - Gambar fail/Unsplash
KUALA LUMPUR: Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur pada Jumaat, menjejaki prestasi pasaran serantau, kata peniaga.
Beliau berkata sentimen turut terjejas oleh data ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang bercampur-campur dan risiko ekonomi daripada konflik di Timur Tengah yang meningkat.
"Bagaimanapun, penurunan seterusnya dikekang oleh ringgit yang rendah berbanding dolar AS menjelang laporan pekerjaan AS yang dijangka dikeluarkan hari ini dan China yang meningkatkan usaha pengumpulan dana," katanya kepada Bernama.
Niaga hadapan getah Jepun merosot pada Jumaat, didorong oleh pengukuhan yen tetapi harga minyak semalaman yang kukuh mengehadkan penurunan, katanya.
Lembaga Getah Malaysia (LGM) melaporkan harga Standard Malaysian Rubber 20 (SMR 20) susut lapan sen kepada 870.5 sen sekilogram manakala susu getah pukal naik 3.5 sen kepada 736.5 sen sekilogram.
Pada 5 petang, SMR 20 sebanyak 871 sen sekilogram dan susu getah pukal sebanyak 739.5 sen sekilogram.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#harga minyak
#pasaran getah
#data ekonomi
#pengumpulan dana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan