awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pasaran kafe, bar terus berkembang di Asia Pasifik

Bernama
Bernama
15/03/2013
01:23 MYT
Pasaran kafe, bar terus berkembang di Asia Pasifik
Sebagai pasaran kedua terbesar bagi kafe dan bar selepas Eropah Barat, rantau Asia Pasifik menawarkan pertumbuhan yang kukuh, mencapai kadar pertumbuhan tahunan terkumpul (CAGR) sebanyak lima peratus antara 2007 dan 2011, kata Menteri Perdagangan dan Industri, Teo Ser Luck.
"Dengan perkembangan positif ini, kepentingan rantau ini akan terus berkembang kerana kita mempunyai pertumbuhan kelas menengah. Rakyat semakin mewah, tahap pendapatan meningkat.
"Terdapat ruang untuk gaya hidup yang berkualiti. Kopi sebahagian daripadanya," kata beliau pada majlis perasmian Cafe Asia 2013 dan International Coffee & Tea Industry di sini hari Khamis.
Kedua-dua acara itu dianjurkan oleh Persatuan Kopi Singapura, Persekutuan Pengilang-pengilang Singapura dan Persekutuan Kopi Asean.
Teo berkata dengan segmen kafe dan bar sebagai contoh, antara 2007 dan 2011, segmen global meningkat kukuh pada CAGR 1.6 peratus untuk mencapai US$489.6 bilion.
Beliau berkata budaya penggunaan kopi dan teh diterima baik dalam kehidupan seharian pengguna di hampir seluruh dunia.
Dengan lebih daripada 15 syarikat yang berpangkalan di Singapura menyertai Cafe Asia, Teo berkata, acara itu juga merupakan platform penting untuk membantu syarikat-syarikat Singapura dan jenama tempatan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka kepada pembeli serantau.
Topic Berkaitan
#Asia Pasifik
#bar
#Cafe Asia 2013 dan International Coffee & Tea Industry
#eropah
#kafe
#pasaran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan