Fasih membaca kitab suci Al-Quran atau berdepan dengan tindakan dipecat daripada jawatan yang disandang merupakan prasyarat bagi peluang kenaikan pangkat kepada pegawai-pegawai kerajaan di Gowa, Sulawesi Selatan.
Menutrut laporan portal berita Kompas, daripada 76 pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Gowa yang menjalani ujian, 14 daripada mereka didapati tidak fasih membaca Al-Quran.
Polisi kemahiran membaca Al-Quran bagi pegawai-pegawai kerajaan merupakan fasa pertama pelaksanaan dan Gowa merupakan daerah pertama di Sulawesi Selatan yang memperkenalkannya.
Menurut Pegawai Daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo, kesemua 76 pegawai itu terpilih untuk menjalani ujian membaca Al-Quran sebagai syarat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam beberapa jabatan.
Pemilihan kesemua pegawai itu, kata beliau, selepas mendapat keizinan daripada Kementerian Dalam Negeri.
“Pada Ahad lalu, kesemua pegawai berkenaan sudah menjalani ujian mengaji dan terdapat 14 orang yang tidak fasih. Kerana itu, kesemua 14 pegawai itu diberi masa enam bulan untuk menguasai kemahiran membaca Al-Quran.
“Sekiranya, dalam masa enam bulan mereka masih belum fasih (membaca Al-Quran), maka mereka akan dipecat,” kata Adnan lagi.
Ujian ini diadakan sebagai sebahagian daripada mengenal pasti kelayakan untuk pegawai-pegawai berkenaan untuk dinaikkan pangkat bagi mengisi kekosongan di beberapa jabatan dan mendapat kezinan daripada Kementerian Dalam Negeri.
“Ujian kefasihan membaca Al-Quran menjadi prasyarat untuk kenaikan jawatan dalam pelbagai jabatan di Pejabat Daerah Gowa,” kata Ketua Jabatan Sumbner Manusia Pejabat Daerah Gowa, Muh Basir.
Agensi
Tue Sep 01 2020

Polisi kemahiran membaca Al-Quran bagi pegawai-pegawai kerajaan merupakan fasa pertama pelaksanaan dan Gowa merupakan daerah pertama di Sulawesi Selatan yang memperkenalkannya. - Gambar hiasan

ASEAN | Kerjasama ASEAN perkukuh undang-undang siber
Negara anggota ASEAN boleh mempertimbangkan pelaksanaan undang-undang mengenai privasi data dan hak pengguna untuk diaplikasikan pada setiap entiti digital di rantau ini. Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, sudah tiba masanya platform digital dilihat sebagai satu medium yang perlu digunakan dengan rasa tanggungjawab yang tinggi.

COVID-19 | Hospital di Perlis mampu tampung jumlah pesakit
Pusat kuarantin dan rawatan pesakit COVID-19 di Hospital Tuanku Fauziah, Kangar mencapai tahap 79 peratus. Bagaimanapun, menurut Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, negeri ini masih lagi mampu menampung jumlah pesakit COVID-19 memandangkan kapasiti di Kolej Jururawat Masyarakat Kangar yang digunakan hanya sekitar 26 peratus.

Samun | Geng samun Ah Boon ditahan
Polis menumpaskan Geng Ah Boon yang terbabit dalam kes samun warga asing Ini susulan penahanan tiga ahli kumpulan itu ditahan, malam Rabu.

ADGMIN1: COVID-19 percepat pertumbuhan ekonomi digital Malaysia - Muhyiddin
Pandemik COVID-19 yang melanda dunia sejak setahun yang lalu telah mempercepat pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Jualan kenderaan pada 2020 menurun 74,847 unit berbanding 2019, jangka peningkatan pada 2021
Walaupun terdapat penurunan dua digit dalam TIV, ia pencapaian yang baik bagi industri automotif tempatan.

Zahid Hamidi sahkan negatif COVID-19 selepas hadiri perjumpaan dengan pemimpin UMNO
Ahmad Zahid berkata beliau perolehi keputusan ujian saringan itu awal pagi ini.

TERKINI | Integrasi rentas sempandan

AWANI Ringkas: Bantuan banjir mencukupi hingga tiga bulan

Manfaat bantuan PERMAI kepada usahawan mikro

Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers Meeting' (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri
Ikuti secara langsung Ucapan Perasmian Asean Digital Ministers’ Meeting (ADGMIN1) oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin

Muhasabah diri, jangan menyumbang kepada salah faham terhadap Islam - Hussamuddin
Menurutnya, umat Islam itu sendiri ramai yang melakukan perkara atau mengeluarkan kenyataan yang tidak menurut ajaran sebenar.

Program Celik Al-Quran YPM manfaatkan pelajar
20 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih mengikuti Program Celik Al-Quran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang diadakan dalam jangka masa tiga bulan.

Pahang timbang wajibkan KAFA kepada murid sekolah
Buat masa ini pengajian itu belum diwajibkan selain terletak di bawah pengurusan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Sinar Harian persembah Wacana al-Quran dalam bentuk lebih 'catchy'
Usaha itu dilakukan menerusi penyediaan pelbagai jenis kandungan dalam bentuk poster, petikan kata dan video pendek bagi dimuat naik di setiap platform digital akhbar itu.

Sinar Harian perkenal Program Wacana Al-Quran, kupas isu semasa berteraskan Al-Quran
Program itu yang akan disiarkan bermula Isnin ini selama tiga bulan merupakan kesinambungan kempen My#QuranHour anjuran akhbar berkenaan sejak tujuh tahun lepas.

Program Wacana Al-Quran kupas isu semasa berlandaskan ayat al-Quran
Program berkenaan yang bersiaran selama satu jam bermula pada 6 petang itu akan tampil dengan episod sulungnya 19 Oktober ini.

KLWBC2020: Nama dan jenama serta jiwa kental DSV
Datuk Seri Vida (DSV) mencipta utopia baharu. Konsep dunia bisnes masa kini bukan lagi menjual produk tetapi harus dipacu suntikan selebriti.

Pegawai kerajaan tidak fasih baca Al-Quran bakal berdepan tindakan dipecat
Daripada 76 pegawai kerajaan di Pejabat Daerah Gowa yang menjalani ujian, 14 daripada mereka didapati tidak fasih membaca Al-Quran.

Malaysia #QuranHour ke-6 ruangan mantapkan lagi akhlak ummah
Marhaini Yusoff berkata, program itu membawa misi untuk membuka fikiran umat Islam supaya lebih yakin berbicara tentang al-Quran.

MAIWP sedia perluas program 'Jom Celik al-Quran'
Program yang dilaksanakan di seluruh Wilayah Persekutuan itu mampu menjadi pencetus idea kepada majlis agama di negeri lain untuk menganjurkan program berbentuk dakwah dan al-Quran.