KUALA LUMPUR: Pelabur asing kembali membeli ekuiti tempatan bagi minggu berakhir 13 Mei 2022 dengan aliran masuk sebanyak RM56.9 juta.
Laporan aliran dana mingguan MIDF Research menunjukkan, pelabur runcit kekal menjadi pembeli bersih bagi minggu kelima berturut-turut sebanyak RM234.8 juta.
"Sebaliknya, pelabur institusi tempatan menjual kembali ekuiti dengan menyaksikan aliran sebanyak RM291.8 juta pada minggu lalu," katanya dalam laporan itu hari ini.
Setakat ini, dana antarabangsa merupakan pembeli bersih ekuiti dalam tempoh 15 daripada 19 minggu tahun ini dengan aliran masuk sebanyak RM6.98 bilion.
Pada minggu lalu, mereka menjual ekuiti pada Rabu dan Khamis, masing-masing berjumlah RM2.08 juta dan RM145.2 juta.
Pelabur institusi tempatan pula menjual ekuiti setiap hari sepanjang minggu lalu, kecuali Khamis, dengan pembelian sebanyak RM41.38 juta.
"Penjualan ekuiti paling tinggi direkodkan pada Selasa sebanyak RM200.67 juta manakala paling rendah pada Rabu, sebanyak RM40.44 juta.
"Mereka sudah menjual ekuiti selama 16 minggu daripada 19 minggu dagangan pada tahun ini. Setakat ini, mereka sudah menjual RM8.1 bilion ekuiti," jelasnya.
Menurut MIDF Research, bagi pelabur runcit, pembelian ekuiti direkodkan paling banyak minggu lalu adalah pada Khamis sebanyak RM103.83 juta manakala paling rendah pada Selasa, RM21.34 juta.
Dari segi penyertaan pelabur, pergerakan pelabur asing menyaksikan penurunan 24.76% dari segi nilai purata dagangan harian (ADTV) diikuti pelabur runcit juga menurun 6.9%. Bagaimanapun, pergerakan pelabur institusi tempatan meningkat 9.49%.
Firma itu berkata, pada minggu lalu, pasaran global ditutup lebih rendah dan kekal tidak menentu kerana pelabur semakin bimbang tentang kemungkinan akan berlaku kemelesetan ekonomi.
Di peringkat domestik pula, Bank Negara Malaysia (BNM) mengambil langkah mengejut dengan menaikkan kadar dasar semalan (OPR) sebanyak 25 mata asas kepada 2%.
Ini menyaksikan indeks utama, FBM KLCI susut 1.27% pada minggu lalu kepada 1,544.41 mata. Ringgit turut menyusut kira-kira 0.74% berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) untuk berakhir pada RM4.3987.
Dagang News
Tue May 17 2022

Menurut MIDF Research, bagi pelabur runcit, pembelian ekuiti direkodkan paling banyak minggu lalu adalah pada Khamis sebanyak RM103.83 juta manakala paling rendah pada Selasa, RM21.34 juta. - Gambar fail/DagangNews

Nasib Sri Lanka | PM Ranil Wickremesinghe akui Sri Lanka muflis
Perdana Menteri Sri Lanka, Ranil Wickremesinghe akui negara itu kini muflis dan terjerumus ke kancah krisis ekonomi yang sangat dahsyat dan tidak pernah berlaku sebelum ini. Malah lebih buruk katanya, ia dijangka berlarutan sehingga sekurang-kurangnya akhir tahun depan.

Banjir Baling: Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan terlibat dalam misi tersebut.

"Saya Datin Seri, saya tak bermadu" - Noniswara
Pelakon Noniswara jelas gelaran yang disandang, jawab tuduhan bergelar isteri kedua.

Sindiket nikah 'Ustaz Zul' tumpas
Seramai 16 individu termasuk isteri dan anak kepada lelaki terbabit yang mendakwa dirinya sebagai jurunikah bertauliah ditahan.

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Malaysia kekal pilihan pelabur runcit, menurut tinjauan 2022 CGS-CIMB
Tinjauan melibatkan 1,068 responden itu mendapati, 63% daripada pelabur runcit memilih Malaysia sebagai pasaran pilihan.

Bekas ahli perbankan pelaburan hadapi 13 pertuduhan kerana menipu pelabur - SC
Chua memaklumkan kepada mangsa bahawa mereka melabur dalam skim pelaburan yang tidak wujud melibatkan langganan sekuriti.

Sabah mahu menarik lebih ramai pelabur buka kilang proses rumpai laut
Industri rumpai laut di Sabah amat berpotensi dengan meraih pendapatan bagi rumpai laut mentah sehingga RM50-RM60 juta setahun.

Bursa Malaysia dibuka rendah, pelabur ambil sikap berhati-hati
Indeks utama itu memulakan urus niaga pagi ini 2.34 mata lebih rendah pada 1,454.40.

Pelaburan: Perak buka lebih banyak kawasan industri di sempadan negeri
Perak akan membuka lebih banyak kawasan perindustrian, khususnya di sempadan Selangor dan Pulau Pinang.

Sekurang-kurangnya RM24.7 juta lesap akibat penipuan firma klon - SC
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya RM24.7 juta berkemungkinan 'lesap' ke tangan dalang atau perancang utama penipuan firma klon.

Pengarah syarikat mengaku tidak bersalah perdaya Alliance Steel RM7.38 juta
Dia dutuduh menipu pelabur pertama di Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP), Alliance Steel (M) Sdn Bhd (ASSB).

Jepun nyatakan komitmen bawa pelabur ke Malaysia - PM
Jepun menyatakan hasrat untuk membantu menarik lebih ramai pelabur dari negara itu ke Malaysia.

Elon Musk disaman pelabur Twitter atas dakwaan manipulasi pasaran
Dengan menangguhkan pendedahan pegangannya dalam Twitter, Musk terlibat dalam manipulasi pasaran dan membeli saham Twitter pada harga rendah, dakwa pelabur.

Kaji hala tuju dasar negara untuk tarik pelaburan - Rafidah
Rafidah berkata Malaysia kekurangan faktor tarikan untuk memastikan pelabur luar datang ke Malaysia dan pelabur domestik turut menerima faedah.