Pembayaran bil menerusi agensi kutipan dihentikan bermula 2026 - PBAPP

K. Pathmanathan berkata agensi kutipan, iaitu Pos Malaysia, Paylink, MobilityOne dan MBF tidak lagi akan menerima bayaran bil dikeluarkan PBAPP. - Gambar fail/Bernama
GEORGE TOWN: Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) memaklumkan pembayaran bil tidak lagi boleh dibuat di pejabat pos atau beberapa agensi kutipan pihak ketiga bermula 2026 berikutan arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
Ringkasan AI
- Pembayaran bil air Pulau Pinang tidak lagi dibenarkan di pejabat pos atau agensi kutipan pihak ketiga bermula 2026 berdasarkan arahan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN).
- PBAPP tidak lagi bekerjasama dengan agensi kutipan seperti Pos Malaysia, Paylink, MobilityOne dan MBF yang sebelum ini mengutip komisen bagi transaksi bil air, menyebabkan pengguna tidak dikenakan caj komisen tambahan.
- Pengguna air Pulau Pinang disarankan untuk menggunakan pelbagai pilihan pembayaran alternatif seperti myPBA mobile app, myPBA portal, JomPay Kod Bil: 50385, Maybank2U dan Easy Pay atau di Pusat Khidmat Pelanggan PBAPP tanpa caj komisen.
"Caj komisen yang dikenakan agensi itu antara RM0.40 hingga RM0.90 bagi setiap transaksi dan caj tersebut dikutip secara bebas serta terus daripada pengguna air Pulau Pinang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau menjelaskan pihaknya tidak memperoleh walau satu sen daripada kutipan bil melalui pihak ketiga dan hubungan PBAPP dengan pelbagai agensi kutipan semata-mata demi kemudahan pengguna air Pulau Pinang.
Pathmanathan memaklumkan pada Februari lepas, SPAN memaklumkan pengguna air Pulau Pinang tidak boleh dikenakan caj komisen kutipan bil secara langsung dengan beberapa rayuan PBAPP ditolak.
SPAN juga menyatakan PBAPP perlu menanggung kos komisen jika ingin membenarkan kutipan bil air melalui pihak ketiga yang mengenakan caj komisen.
Pathmanathan berkata pengguna boleh menikmati pilihan bayaran seperti myPBA mobile app, myPBA portal, JomPay Kod Bil: 50385, Maybank2U dan Easy Pay atau di sembilan Pusat Khidmat Pelanggan dikendalikan PBAPP tanpa dikenakan sebarang caj komisen.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


