KUALA LUMPUR: Pelabur asing menumpu ke Malaysia pada Julai selepas didorong oleh tanda-tanda yang semakin meningkat bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) menghampiri penghujung kitaran pengetatan kadarnya, kata RAM Ratings.
Kedua-dua pasaran ekuiti serta bon menyaksikan aktiviti belian asing yang lebih rancak. Secara keseluruhan, aliran masuk asing ke dalam pasaran bon melonjak lebih dua kali ganda dari bulan ke bulan kepada RM11.3 bilion (Jun: RM5.2 bilion), yang terbesar sejak Jun 2020 dan pembelian bersih asing bulan ketujuh berturut-turut.
"Bursa Malaysia juga mencatat aliran masuk asing bersih sebanyak RM1.4 bilion selepas aliran keluar bersih 10 bulan berturut-turut.
"Sentimen pelabur yang lebih baik dan selera untuk aset pasaran baru muncul yang lebih berisiko muncul selepas keluaran cetakan inflasi AS yang menggalakkan pada awal Julai yang menunjukkan penyederhanaan kepada 3 peratus, terendah sejak Mac 2021," katanya.
"Sejak kenaikan kadar 25 mata asas selanjutnya pada 26 Julai, Fed nampaknya kurang agresif, meningkatkan keyakinan pasaran bahawa tambahan 25 mata asas terakhir seperti yang diramalkan oleh ahli Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan untuk tahun ini tidak akan berlaku," tambahnya.
Agensi penarafan itu menyatakan permintaan yang lebih kukuh menyaksikan penanda aras hasil Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) 10 tahun susut sebanyak 4.8 mata asas dari bulan ke bulan kepada 3.84 peratus pada akhir Julai manakala ringgit menambah nilai kepada 4.54 berbanding dolar US (akhir Jun: 4.68 ). Sehingga 15 Ogos lepas, hasil MGS 10 tahun berada pada 3.88 peratus manakala ringgit berada pada 4.63 setiap dolar US.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 16 2023
Kedua-dua pasaran ekuiti serta bon menyaksikan aktiviti belian asing yang lebih rancak. - Gambar fail
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Bursa Malaysia ditutup tinggi susulan sentimen positif pasaran serantau
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.91 mata kepada 1,575.16 daripada paras penutup 1,569.25 pada Khamis.
AirAsia Group bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September - Tony Fernandes
AirAsia Group Sdn Bhd (AAG) bakal disenaraikan di Bursa Malaysia pada September, mengambil alih status penyenaraian AirAsia X Bhd, kata Ketua Pegawai Eksekutif Capital A Bhd Tan Sri Tony Fernandes.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
Bursa Malaysia ditutup rendah selepas kenaikan enam hari berturut-turut
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.23 mata kepada 1,569.25 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur
Pada 9.23 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.35 mata kepada 1,571.83 daripada 1,571.48 ketika ditutup pada Rabu.
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh dua tahun
Di keseluruhan pasaran, kaunter untung mengatasi kaunter rugi sebanyak 777 berbanding 327 manakala 480 kaunter tidak berubah, 780 tidak diniagakan dan 21 yang lain digantung.
Gadang rayu EPU ketepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi pengambilan tanah Kwasa Damansara
Gadang Holdings Bhd berkata ia akan merayu kepada Unit Perancang Ekonomi (EPU) untuk mengenepikan keperluan ekuiti Bumiputera bagi memudahkan pemilikan tanah seluas 21.08 ekar di Kwasa Damansara.
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini menjejaki prestasi semalaman Wall Street yang menggalakkan berikutan keyakinan didorong oleh pendapatan korporat yang kukuh.
Bursa Malaysia ditutup tinggi
Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 2.05 mata kepada 1,561.64 daripada 1,559.59 pada Isnin.
Bursa Malaysia teruskan kenaikan pada sesi awal, jejak prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 4.34 mata kepada 1,563.93 daripada paras 1,559.59 di akhir dagangan semalam.