Pelabur Itali terus yakin dengan Malaysia seperti yang dibuktikan menerusi keputusan mereka untuk terus mengembangkan dan mempelbagaikan operasi sedia ada mereka di dalam negara, kata Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu.
Perdana Menteri berkata meskipun perdagangan dua hala meningkat dengan ketara dan pelaburan Itali juga berkembang pesat dalam tempoh yang singkat, beliau berharap Rome dan Kuala Lumpur akan terus bekerja sama bagi meraih manfaat bersama.
Beliau berkata banyak yang boleh ditawarkan Malaysia kepada pelabur dan perniagaan Itali berdasarkan kepada asas negara yang kukuh dan ditambah dengan unjuran pertumbuhan ekonomi stabil meskipun persekitaran global yang mencabar.
"Pelabur Itali mempunyai operasi kukuh di Malaysia. Kami berbangga memiliki syarikat terkemuka Itali seperti Versalisn, AugustaWestland, Alfa Gomma, Galperti Group, Nicotra Fans ans Blowers dan Marelli Motori beroperasi di Malaysia" katanya.
Najib berkata demikian semasa mesyuarat meja bulat dengan ketua-ketua industri Itali bersempena dengan Expo Milano 2015, di sini, Sabtu.
Turut hadir pada mesyuarat tersebut ialah Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed, Presiden Italian Malaysian Friendship Association Ambassador Anacleto Felicani dan Pengerusi Jawatankuasa Malaysia dan Brunei Dewan Perniagaan Swiss Asia, Patrick H Kriesemar.
Antara wakil syarikat yang menghadiri mesyuarat itu ialah daripada Excel Rim Co Ltd yang terlibat dalam kejuruteraan, Marelli Motori SpA, pengeluar motor elektrik, Unigra yang terlibat dalam pemprosesan minyak dan lemak makanan, marjerin dan produk separa siap dan Sordi Impianti yang terlibat dalam mesin dan kilang bagi industri makanan.
Najib berkata dalam tempoh 10 tahun lepas perkongsian Malaysia dan Itali berkembang pesat dengan pelaburan dalam sektor pembuatan meningkat daripada US$9.5 juta pada 2010 kepada US$303 juta tahun lepas.
"Pada Disember 2014, Malaysia secara kumulatif meluluskan sejumlah 115 projek pembuatan dengan pembabitan syarikat Itali.
"Pelaburan-pelaburan ini bernilai US$654.3 juta dan telah mewujudkan 10,378 peluang pekerjaan," katanya.
Selain itu, keseluruhan jumlah perdagangan Malaysia dengan Itali pada 2014 sahaja berjumlah US$2.69 bilion, katanya.
Beliau berkata meskipun persekitaran global yang mencabar, asas ekonomi Malaysia masih kukuh ditambah dengan kestabilan politik.
Perdana Menteri turut menyaksikan pertukaran surat setuju terima bagi pajakan tanah seluas 8.4 hektar di Kompleks Perindustrian Tanjung Langsat antara Perbadanan Johor dan syarikat Itali, Unigra.
Perbadanan Johor diwakili exco kerajaan negeri, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Penerangan, Pembangunan Ushawan dan Koperasi, Mohammad Jais Sarday, manakala Unigra diwakili Pengarah Kewangan Kumpulan, Luca Mini.
Pelaburan bernilai RM250 juta itu adalah bagi pemprosesan minyak dimakan dan lemak, marjerin dan produk separa siap bagi industri makanan dan konfeksi.
Bernama
Sun Oct 04 2015
NAJIB: Banyak yang boleh ditawarkan Malaysia kepada pelabur dan perniagaan Itali berdasarkan kepada asas negara yang kukuh dan ditambah dengan unjuran pertumbuhan ekonomi stabil meskipun persekitaran global yang mencabar. - Foto EPA / JASON SZENES
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) mengambil keputusan secara rasmi menarik diri daripada gabungan politik Perikatan Nasional (PN).
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Dewan Perniagaan Malaysia ASEAN penghubung komuniti perdagangan serantau
Diterajui Dewan Perniagaan Malaysia Kemboja (MBCC), badan pusat yang baru dilancarkan itu terdiri daripada Kemboja, Indonesia, Laos, Myanmar, Filipina, Thailand dan Vietnam.
Rusia lihat prospek baik untuk kerjasama BRICS, ASEAN - Timbalan Menteri Luar
ASEAN tidak terlibat dalam "konfrontasi blok" dan memainkan peranan penting dalam membentuk rantau yang inklusif, seimbang, dan telus.
Pengerusi ASEAN 2025: Malaysia utama kerjasama ekonomi, pembangunan lestari - PM Anwar
Malaysia juga akan turut memperluas kerjasama ekonomi ASEAN dan menggalakkan pertumbuhan serta pembangunan yang lebih terangkum dan lestari.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Orang ramai beratur panjang beri penghormatan terakhir kepada Ananda Krishnan
Orang ramai mula beratur panjang seawal pukul 2 petang untuk memberi penghormatan terakhir kepada Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd, Ananda Krishnan Tatparanandam di kediamannya di Brickfields.
'Internet tak laju, PMKS tak maju', Unifi Business tawar solusi pendigitalan
Infrastruktur, kepantasan dan pakej mampu milik Internet memainkan peranan yang cukup penting dalam memastikan PMKS dapat mengembangkan perniagaan, menembusi pelbagai pasaran.
Memperkasa identiti bandar moden melalui pemeliharaan warisan - Rahim & Co
Pemeliharaan warisan adalah elemen yang sangat penting dalam setiap fasa pembangunan bandar, baik dalam projek pembaharuan mahupun pembangunan semula.
Pelabur Pakistan tunjuk minat dalam sektor cip di Malaysia
Industri semikonduktor merupakan satu daripada bidang kerjasama baharu utama antara Malaysia dan Pakistan.
Kerajaan ingin jadikan aset tanah di Kelantan pemangkin ekonomi industri makanan, pertanian
Di Kelantan, aset tanah masih banyak yang belum diterokai dan Kerajaan Persekutuan sedang memikirkan cara aset-aset itu boleh dimanfaatkan.
Malaysia di landasan tepat jadi hab perniagaan bagi pihak berkepentingan Perancis di ASEAN
Kedudukan Malaysia, dengan ekonomi yang kukuh dan pelbagai, menawarkan akses yang tiada tandingan kepada blok ASEAN yang pesat berkembang.