awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada pemangkin baharu, sentimen berhati-hati asak ringgit ditutup rendah
Perselisihan faham akibat tuntutan nafkah, wanita cedera dibelasah bekas suami
PPZ-MAIWP lancar kempen Year End Zakat, galak orang ramai sempurnakan ibadah hujung tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelabur runcit milenial meningkat berikutan COVID-19 - CGS CIMB

Bernama
Bernama
26/08/2020
05:44 MYT
Pelabur runcit milenial meningkat berikutan COVID-19 - CGS CIMB
Golongan milenial kini membentuk 36 peratus daripada jumlah pemegang akaun CDS. - Gambar hiasan
Peningkatan pelabur runcit milenial dan penggunaan perdagangan dalam talian oleh pelabur runcit di Malaysia merupakan trend positif untuk aktiviti perdagangan runcit, menurut CGS-CIMB Research.
Firma penyelidikan itu berkata Bursa menyaksikan peningkatan 125 peratus tahun ke tahun dalam pembukaan akaun Sistem Depositori Pusat (CDS) yang baharu dalam tempoh tujuh bulan pertama 2020.
Dalam nota penyelidikan hari ini, katanya 78 peratus daripada akaun baharu telah dibuka oleh pelabur berusia 45 tahun dan ke bawah, menyatakan golongan milenial kini membentuk 36 peratus daripada jumlah pemegang akaun CDS.
Perdagangan dalam talian oleh pelabur runcit turut meningkat kepada 80 peratus pada Julai 2020 daripada 50-60 peratus pada 2019.
"Kami melihat peningkatan penyertaan secara langsung oleh golongan milenial dalam pasaran ekuiti dan penggunaan perdagangan dalam talian sebagai perkembangan positif yang akan mengekalkan aktiviti perdagangan runcit," katanya.
CGS-CIMB berkata minat yang tinggi dalam kalangan pelabur runcit baru-baru ini secara tidak langsung berikutan pandemik COVID-19, apabila ramai rakyat Malaysia perlu duduk di rumah berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Katanya pasaran ekuiti Malaysia, yang kekal dibuka semasa PKP, telah menarik peruncit -- sebahagiannya mempunyai mudah tunai daripada rangsangan -- berikutan kekurangan produk pelaburan alternatif yang menawarkan pulangan tinggi dalam persekitaran penurunan kadar faedah.
Lima sektor utama yang diniagakan oleh peruncit dalam tempoh tujuh bulan pertama 2020 ialah produk perindustrian dan perkhidmatan, yang menyumbang 21.6 peratus daripada jumlah nilai perdagangan runcit, penjagaan kesihatan (19.59 peratus), teknologi (16.2 peratus), barangan pengguna dan perkhidmatan (12.48 peratus) dan tenaga (7.34 peratus).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bursa Malaysia
#CDS
#CIMB
#coronavirus
#COVID-19
#koronavirus
#milenial
#pandemik
#pelaburan
#perintah kawalan pergerakan
#PKP
#rakyat Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan