awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang BAS.MY di Negeri Sembilan catat peningkatan 35 peratus - Exco
Syahir Rosdi punya sebab tepis dilabel tekong terbaik dunia
Malaysia angkat kebersamaan ASEAN dalam dunia bergolak - PM Anwar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPZ-MAIWP lancar kempen Year End Zakat, galak orang ramai sempurnakan ibadah hujung tahun

Malekah Aisyah
Malekah Aisyah
29/12/2025
12:00 MYT
PPZ-MAIWP lancar kempen Year End Zakat, galak orang ramai sempurnakan ibadah hujung tahun
Ahmad Fauwaz baru-baru ini turut hadir ke PPZ-MAIWP, Dataran Shamelin bagi menunaikan zakat. - Foto PPZ-MAIWP
KUALA LUMPUR: Menjelang hujung tahun, umat Islam di negara ini mula berpusu-pusu menunaikan zakat sebelum tarikh penutupan kiraan pendapatan tahunan pada 31 Disember, satu tempoh yang dianggap kritikal bukan sahaja kepada pembayar, malah golongan asnaf yang bakal mendapat manfaat bermakna menerusi agihan zakat.

Ringkasan AI
  • Menjelang hujung tahun, umat Islam di negara ini mula berpusu-pusu menunaikan zakat sebelum tarikh penutupan kiraan pendapatan tahunan pada 31 Disember, satu tempoh yang dianggap kritikal bukan sahaja kepada pembayar, malah golongan asnaf yang bakal mendapat manfaat bermakna menerusi agihan zakat.
  • Bagi menggalakkan pelaksanaan rukun Islam ini secara lebih berkesan, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Kempen Year End Zakat dengan mesej jelas bahawa zakat bukan sekadar kewajipan, sebaliknya pelengkap kepada kehidupan yang lebih bermakna dan diberkati.
  • Selari dengan slogan "Akhirnya Sempurna", kempen ini menekankan kepentingan menunaikan zakat tepat pada waktunya demi manfaat pembayar serta kelangsungan bantuan kepada golongan asnaf, khususnya menjelang sesi persekolahan baharu dan peningkatan kos sara hidup hujung tahun.
  • Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan, berkata tempoh hujung tahun penting kerana ia memberi ruang kepada pembayar menilai keseluruhan pendapatan dan harta sepanjang setahun, selain membantu memastikan keperluan asnaf dapat dipenuhi secara berterusan.

Bagi menggalakkan pelaksanaan rukun Islam ini secara lebih berkesan, Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) melancarkan Kempen Year End Zakat dengan mesej jelas bahawa zakat bukan sekadar kewajipan, sebaliknya pelengkap kepada kehidupan yang lebih bermakna dan diberkati.
Kempen Year End Zakat yang bakal berakhir pada 31 Disember ini menekankan mesej penting tentang tanggungjawab menunaikan zakat sekali gus membantu golongan asnaf. - Foto PPZ-MAIWP
Kempen Year End Zakat yang bakal berakhir pada 31 Disember ini menekankan mesej penting tentang tanggungjawab menunaikan zakat sekali gus membantu golongan asnaf. - Foto PPZ-MAIWP
Selari dengan slogan “Akhirnya Sempurna”, kempen ini menekankan kepentingan menunaikan zakat tepat pada waktunya demi manfaat pembayar serta kelangsungan bantuan kepada golongan asnaf, khususnya menjelang sesi persekolahan baharu dan peningkatan kos sara hidup hujung tahun.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi PPZ-MAIWP, Mohammed Hassan, berkata tempoh hujung tahun penting kerana ia memberi ruang kepada pembayar menilai keseluruhan pendapatan dan harta sepanjang setahun, selain membantu memastikan keperluan asnaf dapat dipenuhi secara berterusan.
“Kalau kita bayar sebelum 31 Disember, bayaran zakat itu boleh ditolak cukai pada pengiraan tahun berikutnya. Tetapi yang lebih utama, hujung tahun ini adalah masa untuk mencukupkan keperluan asnaf, termasuk persiapan sekolah, makanan dan keperluan asas,” katanya ketika ditemui di Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ- MAIWP), Dataran Shamelin, Taman Shamelin Perkasa, di sini.
Selain keberkatan ibadah, pembayar zakat turut menikmati pelbagai manfaat termasuk rebat cukai pendapatan, skim perlindungan Kafalah Muzakki (Khairat Kematian), peluang agihan sendiri menerusi skim Wakalah Zakat, serta penyertaan dalam cabutan bertuah sepanjang kempen berlangsung.
(Dari Kiri) Mohammed Hassan dan Ahmad Fauwaz ketika meninjau kaunter zakat di PPZ- MAIWP. - Foto PPZ-MAIWP
(Dari Kiri) Mohammed Hassan dan Ahmad Fauwaz ketika meninjau kaunter zakat di PPZ- MAIWP. - Foto PPZ-MAIWP
Menurut beliau, Malaysia merupakan antara satu-satunya negara Islam yang memberi rebat cukai penuh berdasarkan jumlah zakat dibayar.
“Jika cukai kita RM1,000 dan kita bayar zakat RM800, maka cukai yang perlu dibayar hanya RM200. Iaitu rebat cukai sehingga 100 peratus," jelasnya.
Beliau turut menegaskan kepelbagaian saluran pembayaran disediakan bagi memudahkan masyarakat menunaikan zakat, termasuk kaunter PPZ yang dibuka tujuh hari seminggu sepanjang Disember.
Sementara itu, Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil, menekankan kepentingan pendekatan berasaskan data bagi menarik minat golongan muda memahami impak sebenar zakat terhadap ekonomi dan kesejahteraan masyarakat.
“Apabila anak muda melihat data bagaimana zakat membantu rakan-rakan mereka memulakan perniagaan kecil, menyokong kedai tempatan dan menggerakkan ekonomi komuniti, mereka akan lebih memahami bahawa zakat memberi kesan langsung kepada kehidupan seharian,” katanya.
Menurut Ahmad Fauwaz, zakat bukan sekadar hubungan antara Allah SWT, tetapi turut melibatkan hubungan sesama manusia, sekali gus melengkapkan makna kesempurnaan Islam apabila ditunaikan dengan penuh kesedaran dan tanggungjawab sosial.
(Dari Kiri) Ahmad Fauwaz dan Mohammed Hassan ketika menyantuni orang ramai yang menunaikan zakat di di PPZ- MAIWP. - Foto PPZ-MAIWP
(Dari Kiri) Ahmad Fauwaz dan Mohammed Hassan ketika menyantuni orang ramai yang menunaikan zakat di di PPZ- MAIWP. - Foto PPZ-MAIWP
Bagi mereka yang tidak berkesempatan hadir ke kaunter, semakan serta pembayaran zakat boleh dibuat secara dalam talian melalui portal www.zakat.com.my , aplikasi MyZakat atau Pusat Panggilan PPZ-MAIWP bagi memudahkan urusan bayaran zakat.
Topic Berkaitan
#PPZ-MAIWP
#rukun islam
#Kempen Year End Zakat
#golongan asnaf
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan