KUALA LUMPUR: Syarikat minyak nasional (NOC) Asia Tenggara dan penggiat huluan tradisional memberi tumpuan kepada inisiatif tenaga lebih bersih dan mesra alam sekitar dengan pelaburan dijangka melebihi AS$76 bilion (AS$1=RM4.65) untuk tempoh 2023 hingga 2025, menurut Rystad Energy.
Syarikat penyelidikan tenaga bebas dan perisikan perniagaan berpangkalan di Oslo, Norway itu berkata trend peningkatan itu dijangka berterusan dengan jumlah unjuran perbelanjaan sebanyak AS$119 bilion menjelang akhir 2027.
Perbelanjaan ini akan dipacu oleh pelaburan dalam projek angin, solar dan geoterma.
"NOC serantau seperti Pertamina di Indonesia meluaskan pembabitan dalam geoterma, manakala Petronas Malaysia berhasrat mewujudkan operasi yang signifikan di pasaran pemerangkapan, penggunaan dan penyimpanan karbon (CCUS).
"NOC Malaysia mengumumkan rancangannya untuk membina kemudahan khas terbesar di dunia menjelang 2025, meneruskan perkongsian aktif dengan entiti antarabangsa untuk menonjolkan projek serantau berpotensi," kata Penganalisis Kanan Rantaian Bekalan Afiqah Mohd Ali dalam kenyataan.
Beliau berkata apabila beroperasi sepenuhnya, inisiatif ini akan mempunyai kapasiti bagi pemerangkapan karbon dioksida (CO2) sebanyak 3.3 juta tan setahun dan menyimpan CO2 yang dikumpulkan dengan selamat dalam takungan di Sarawak sepanjang tempoh operasinya selama 25 tahun.
Walaupun jumlah kos projek masih tidak dinyatakan, Rystad Energy menganggarkannya mampu mencapai AS$260 juta menjelang 2025.
Gentari, anak syarikat milik penuh Petronas juga telah membuat pelaburan yang besar dalam keupayaan solar, berusaha memanfaatkan potensi luas tenaga boleh baharu negara.
Dalam tempoh antara 2023 dan 2026, Petronas akan membelanjakan sejumlah AS$450 juta dalam projek CCUS dan pembangunan hidrogen sebanyak US$330 juta.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 21 2023
Perbelanjaan ini akan dipacu oleh pelaburan dalam projek angin, solar dan geoterma. - Gambar hiasan
Anwar gesa pemilihan PKR segera dilakukan, junjung prinsip demokrasi
Anwar berkata barisan kepimpinan parti juga harus melibatkan gandingan baharu dan lama.
Tiada lagi penyeri keluarga, pemergian 'Amoi' amat dirasai
Bapa mangsa, Lan Endor, menyifatkan pemergian Nurul Asikin atau lebih dikenali sebagai Amoi sebagai seorang yang sentiasa ceria dan tidak pernah lupa memberitahu ibunya setiap kali ingin ke mana-mana.
11 projek sakit dikenal pasti di Sarawak di bawah RMK-10
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, keseluruhan projek pembinaan yang telah dikenal pasti melibatkan sektor pendidikan, kesihatan dan pembangunan desa.
Projek hospital pengajar UNIMAS dijadual beroperasi 2026
Status pembinaan projek hospital pengajar UNIMAS mengikut jadual ditetapkan dengan status tersebut kini mencecah kepada 52 peratus.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza.
SAPP bebas buat keputusan keluar PN - Ahmad Zahid
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Parti Maju Sabah (SAPP) bebas membuat keputusan untuk keluar daripada Perikatan NAsional (PN).
SAPP main dua kolam - Bung Moktar
Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin ,menyifatkan tindakan sapp itu seperti sudah dijangka terutama ketika situasi politik sabah yang tidak menentu ketika ini.
Malaysia hasrat jadi tuan rumah lebih banyak acara e-sukan antarabangsa - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid menyatakan kesediaan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi lebih banyak acara sukan elektronik atau e-sukan antarabangsa pada masa akan datang.
Koordinasi agensi pelaksana Persekutuan-negeri perlu penambahbaikan - Fadillah
Koordinasi antara agensi pelaksana Persekutuan dan negeri perlu ditambah baik bagi membolehkan maklumat tepat diperoleh berhubung status kemajuan projek kerajaan Persekutuan di Sarawak.
Perdana Menteri Thailand tiba di Malaysia untuk lawatan rasmi dua hari
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra tiba di Malaysia hari ini bagi memulakan lawatan rasmi selama dua hari, atas jemputan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bursa Malaysia ditutup rendah, indeks komposit kekal atas paras 1,600
Bursa Malaysia bergelut untuk mengekalkan momentum positifnya sepanjang hari dan ditutup rendah sedikit hari ini berikutan jualan lewat dagangan.
Lebih RM75.9 juta kerugian akibat penipuan dalam talian dilaporkan di Melaka
Lebih RM75.9 juta kerugian dilaporkan akibat penipuan dalam talian di Melaka, membabitkan 1,845 kes setakat 10 Dis lalu.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Pembelian asing bagi kediaman di Malaysia dijangka meningkat tahun depan - Juwai IQI
Juwai IQI telah menjangkakan pembelian rumah asing di Malaysia akan meningkat tahun depan walaupun pada kadar yang mampan tidak lebih daripada lima peratus.
Malaysia rekod pelaburan RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini - PM Anwar
Malaysia berjaya merekodkan jumlah keseluruhan pelaburan yang diluluskan dalam pelbagai sektor ekonomi bernilai RM254.7 bilion dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.
MIDF Research unjur KDNK 2025 Malaysia berkembang kepada 4.6 peratus
2025 dijangka menjadi tahun pemulihan yang stabil dan lebih kukuh untuk Malaysia, dengan peluang pertumbuhan baharu dari aspek domestik dan global.
Kenanga Investment Bank jangka e-invois beri kesan terhad ke atas jualan kereta
Pelaksanaan e-invois memberi kesan yang terhad ke atas jualan kereta apabila pengeluar kereta meningkatkan usaha memberikan diskaun dan rebat bagi mengekalkan permintaan.
ASEAN model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan - Mohamad
ASEAN tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai "zon penampan" antara kuasa besar dunia tetapi sebagai model perkongsian keputusan bersama dan pengaruh mampan.
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan aktiviti pengambilan untung
Bursa Malaysia meneruskan aliran menurun untuk ditutup rendah pada Isnin, dipengaruhi oleh aktiviti pengambilan untung dalam saham utiliti terpilih berikutan peningkatan sektor yang kukuh.
Vivy, suami percaya sistem keadilan, harap bersihkan nama
Vivy Yusof dan suaminya, Datuk Fadzaruddin Shah Anuar memaklumkan mereka akan terus memberi kerjasama dalam siasatan pertuduhan pecah amanah yang disabitkan terhadap mereka.