awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Hong Kong mula dengar rayuan mitigasi taikun media, Jimmy Lai sebelum hukuman dijatuhkan
Iran isytihar 3 hari berkabung nasional untuk “syuhada” mangsa protes
Syria pulihkan bekalan air ke Aleppo selepas gangguan oleh SDF
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pelaburan tambahan bukti keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
14/08/2025
21:10 MYT
Pelaburan tambahan bukti keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul berkata, dasar dan polisi kerajaan yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara memberi keyakinan kepada pelabur. - Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kemasukan pelaburan tambahan ke Malaysia disokong oleh keyakinan pelabur terhadap prospek ekonomi negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata dasar dan polisi kerajaan yang menyokong pertumbuhan ekonomi negara, memberi keyakinan kepada pelabur untuk membuat pelaburan tambahan di Malaysia.
"Kalau kilang itu tidak untung, mereka tidak akan buat pelaburan tambahan. Kita bagi contoh Infineon, mereka ada kilang di Jerman, Austria, Hungary, Singapura dan juga Indonesia. Mereka boleh saja besarkan operasi di negara lain, tetapi mengapa mereka memilih Malaysia?.
"Ini kerana mereka yakin dengan hala tuju ekonomi negara dan juga kerana kita sediakan insentif yang menarik bagi menggalakkan pelaburan dalam sektor berteknologi tinggi," katanya menerusi hantaran video di laman media sosial X beliau.
Tengku Zafrul berkata, kesungguhan pemimpin negara seperti Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjumpa pengurusan tertinggi syarikat pelabur membuktikan Malaysia bersedia untuk memudah cara pelaburan di negara ini.
Sekali gus, ini akan membina keyakinan serta mempercepat keputusan pelaburan tambahan syarikat tersebut, katanya.
"Itulah sebabnya (mengapa) misi perdagangan dan pelaburan ke luar negara yang diketuai Perdana Menteri itu penting. Kita nak tunjuk kita serius nak tarik pelaburan mereka, pelaburan tambahan ini tidak akan datang bergolek.
"Ia adalah indikator keyakinan pelabur terhadap ekonomi dan dasar kerajaan serta hasil daripada usaha gigih kepimpinan negara dalam menarik dan mengekalkan pelaburan berkualiti," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pelaburan tambahan
#keyakinan pelabur
#dasar negara
#Tengku Zafrul
#ekonomi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan