KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd berkata Amanat Lebuhraya Rakyat Bhd (ALR) dan empat syarikat konsesi lebuh raya telah bersetuju untuk melanjutkan Tarikh Pelaksanaan Perjanjian Definitif dari 31 Julai, 2022 kepada 30 Ogos, 2022.
"Walaupun tarikh akhir untuk pelaksanaan itu dilanjutkan, lembaga pengarah berhasrat untuk melaksanakan Perjanjian Definitif pada atau sebelum 5 Ogos 2022," kata Gamuda dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.
Pada 18 April, Gamuda berkata setiap syarikat pemegang konsesi -- Kesas Holdings Bhd, Sistem Penyuraian Trafik KL Barat Holdings Sdn Bhd (SPRINT Holdings), Lingkaran Trans Kota Holdings Bhd (LITRAK Holdings) dan Projek Smart Holdings Sdn Bhd (SMART Holdings), masing-masing telah menerima secara berasingan surat tawaran bersyarat untuk cadangan pelupusan semua sekuriti kepada ALR.
ALR telah menawarkan untuk memperoleh 70 peratus kepentingan dalam KESAS Sdn Bhd; 51.6 peratus kepentingan dalam SPRINT; 43.2 peratus kepentingan dalam LITRAK; dan 50 peratus kepentingan dalam SMART. Bahagian Gamuda dalam jangkaan nilai ekuiti untuk empat syarikat tersebut berjumlah RM2.33 bilion.
Bulan lalu, Gamuda berkata ALR dan setiap syarikat konsesi lebuh raya telah memuktamadkan terma dan syarat draf perjanjian jual beli saham.
Ia berkata keputusan mengenai cadangan pelupusan LITRAK dan SPRINT akan bergantung sepenuhnya kepada undian pemegang saham tidak berkepentingan yang hadir pada mesyuarat agung luar biasa (EGM) LITRAK Holdings, syarikat bersekutu 42.8 peratus, selain Gamuda.
LITRAK Holdings memiliki 100 peratus kepentingan ekuiti dalam LITRAK dan 50 peratus kepentingan dalam SPRINT.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jul 12 2022

Bulan lalu, Gamuda berkata ALR dan setiap syarikat konsesi lebuh raya telah memuktamadkan terma dan syarat draf perjanjian jual beli saham. - Gambar hiasan/DagangNews

Banduan lari dari Pusat Koreksional Jasin berjaya ditangkap
Polis berjaya menahan seorang banduan yang melarikan diri dari Pusat Koreksional Jasin sejak enam hari lepas, di sekitar kawasan Alor Gajah malam tadi.

Ustaz Abdullah Khairi dakwa digam daripada program ceramah
Abdullah Khairi memaklumkan beliau 'digam' untuk dua program termasuk Forum Perdana berkenaan.

Saham YTL Power naik selepas umum kerjasama dengan TNB bekal elektrik ke Singapura
Saham YTL Power International Bhd naik 1.5 sen kepada 74.5 sen selepas ia mengumumkan kerjasama dengan unit TNB untuk membekalkan 100 megawatt (MW) elektrik dari Malaysia ke Singapura.

Kes demam denggi di Ipoh meningkat 364.3 peratus
Kes denggi dijangka meningkat pada bulan Januari dan Februari serta memuncak pada Jun dan Julai 2023.

Tiada penghantaran jet ke Ukraine - Biden
Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden pada Isnin berkata bahawa beliau tidak akan meluluskan penghantaran jet pejuang F-16 ke Ukraine.

Kamaruzzaman enggan ulas Tengku Zafrul bertanding DUN Kota Raja
Soal pemilihan calon yang diketengahkan pada pilihan raya diserahkan sepenuhnya kepada kepimpinan tertinggi parti itu.

Op Limau: 905 individu ditahan disyaki terlibat perjudian
Kesemua tangkapan itu membabitkan 137 serbuan bagi tempoh 15 hingga 29 Jan lepas.

Ringkas SPUTNIK: Kaedah selesai konflik perlu diterima bersama
Ikuti rangkuman 3 berita global terbaik dalam Sputniknews.com.

AWANI Ringkas: Kekurangan guru masih berlaku
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ipoh bandar paling murah bagi pendidikan antarabangsa di Asia - Datuk Bandar
China terus mendominasi sebagai negara paling mahal di Asia untuk sekolah antarabangsa.

Gamuda sasar projek pembangunan pam hidro di Australia
Pelan RE Gamuda telah melebihi sempadan Malaysia yang menyaksikan Australia sebagai pasaran terpenting dan utama bagi kumpulan itu.

TNB, Gamuda Land semai perkongsian bina dua stesen elektron untuk EV
Stesen-stesen tersebut, yang dijadualkan siap menjelang 2025, akan mempercepatkan pembangunan ekosistem dan infrastruktur untuk EV di negara ini.

Gamuda peroleh kontrak projek kereta api bawah tanah di Taiwan
Projek yang mengambil masa lapan tahun untuk disiapkan itu akan dilaksanakan oleh usaha sama 60:40 tidak diperbadankan yang terdiri daripada Gamuda dan AWEC.

Gamuda catat keuntungan bersih tertinggi sebanyak RM806 juta
Syarikat kejuruteraan, hartanah dan infrastruktur itu berkata pendapatan luar negaranya melonjak tiga kali ganda kepada RM292 juta.

Gamuda, Litrak dapat 'lampu hijau' lupuskan aset lebuh raya kepada ALR
Penjualan itu mendapat kelulusan lebih 99 peratus dalam EGM Litrak pada 27 Julai dan kumpulan itu pada 5 Ogos lalu.

Stesen MRT laluan Putrajaya direka dengan ciri mesra OKU - MMC Gamuda
Reka bentuk semua stesen laluan MRT Putrajaya mematuhi sepenuhnya Standard Malaysia untuk Reka Bentuk Sejagat dan Kemudahan Akses dalam Persekitaran Alam Bina.

Pelaksanaan Perjanjian Definitif lupus 4 lebuh raya dilanjut hingga 30 Ogos - Gamuda
Walaupun tarikh akhir dilanjutkan, lembaga pengarah berhasrat melaksanakan Perjanjian Definitif pada atau sebelum 5 Ogos.

Kenaikan harga bahan mentah dijangka tidak jejas margin keuntungan Gamuda
Firma itu optimis bahawa kumpulan itu mempunyai langkah terbaik dalam melindungi margin keuntungannya.

Gamuda raih kontrak RM1.97 bilion projek bekalan air Sg Rasau
Projek tersebut yang turut melibatkan pembinaan dua jejantas melintasi Lebuhraya Elite dan Lebuhraya Lembah Klang Selatan akan dimulakan pada 15 Julai ini dan dijangka selesai menjelang 30 Jun, 2025.

LITRAK, SPRINT, KESAS, SMART terima tawaran bersyarat Amanat Lebuhraya Rakyat
ALR menawarkan secara bersyarat untuk membeli semua sekuriti KESAS berdasarkan nilai perusahaan sebanyak RM1.24 bilion pada tarikh penilaian 31 Dis 2021; RM1.81 bilion untuk SPRINT; RM2.12 bilion untu