awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Masih terdapat jurang antara Pearly - Thinaah dan Sheng Shu-Tan Ning - Rosman
[TERKINI] Dr Mahathir nikmati kopi di luar hospital, tanda kesihatan semakin baik
Dakwaan jurutera pakar tempatan tidak diiktiraf tidak berasas - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Feri karam di Bali: Kedutaan siasat dakwaan rakyat Malaysia terlibat

Bernama
Bernama
06/07/2025
05:30 MYT
Feri karam di Bali: Kedutaan siasat dakwaan rakyat Malaysia terlibat
Setakat 5 Julai, sekurang-kurangnya enam maut, 29 masih hilang manakala 30 yang lain berjaya diselamatkan, menurut Kementerian Pengangkutan Indonesia. - Gambar/ AP
PUTRAJAYA: Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesahkan maklumat mengenai kemungkinan penglibatan seorang warganegara Malaysia dalam insiden feri karam di Selat Bali.

Ringkasan AI
  • Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa Indonesia untuk mengesahkan kemungkinan penglibatan seorang rakyat Malaysia dalam insiden feri karam di Selat Bali.
  • Walaupun maklumat awal menyatakan tiada rakyat Malaysia terlibat, laporan terbaharu menunjukkan kemungkinan sebaliknya, dan usaha pengesahan identiti mangsa sedang giat dijalankan.
  • Operasi mencari dan menyelamat masih diteruskan, dan rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan konsular boleh menghubungi Kedutaan Malaysia di Jakarta atau Konsul Kehormat Malaysia di Bali; insiden melibatkan 87 orang dengan sekurang-kurangnya enam maut dan 29 masih hilang.

Kementerian Luar Negeri dalam satu kenyataan pada Ahad memaklumkan bahawa usaha sedang dijalankan untuk mengesahkan identiti mangsa-mangsa yang terlibat.
"Kedutaan telah berhubung dengan pihak berkuasa Indonesia sejak awal lagi dan pada mulanya dimaklumkan bahawa tiada warganegara Malaysia terlibat dalam insiden itu.
"Namun, berikutan laporan terbaharu yang menunjukkan kemungkinan terdapat seorang rakyat Malaysia antara mangsa, pihak Kedutaan sedang giat bekerjasama dengan Jabatan Konsular Kementerian dan pihak berkuasa Indonesia bagi mengesahkan perkara ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu turut menegaskan bahawa selagi operasi mencari dan menyelamat masih dijalankan, Kedutaan akan terus menjalin hubungan rapat dan berterusan dengan semua agensi berkaitan.
Bagi mendapatkan bantuan konsular, rakyat Malaysia boleh menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta di alamat Jl. H.R. Rasuna Said Kav.X/6, No. 1-3, Kuningan, Jakarta Selatan, Indonesia melalui talian +6281380813036 atau emel [[email protected]](mailto:[email protected]).
Mereka juga boleh menghubungi Konsul Kehormat Malaysia di Bali di talian +62361751953.
Bernama sebelum ini melaporkan bahawa sebuah feri yang membawa 12 anak kapal, 53 penumpang dan 22 kenderaan karam di Selat Bali lewat malam Rabu ketika dalam perjalanan dari Jawa Timur ke Bali.
Setakat 5 Julai, sekurang-kurangnya enam maut, 29 masih hilang manakala 30 yang lain berjaya diselamatkan, menurut Kementerian Pengangkutan Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#feri karam
#Bali
#rakyat Malaysia
#Indonesia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan