KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini melancarkan Buku Pelan Besar Industri Halal 20302030 (HIMP 2030), iaitu rangka tindakan untuk menjadikan Malaysia peneraju utama industri halal dunia.
Zahid yang juga pengerusi Majlis Pembangunan Halal Malaysia berkata, HIMP 2030 dirangka tepat pada masanya untuk mengambil kesempatan strategik susulan permintaan global yang semakin meningkat terhadap produk dan perkhidmatan halal.
Katanya, dalam masa yang sama ia akan memperkukuh peranan Malaysia dengan memanfaatkan ekosistem industri halal negara yang diiktiraf dunia dan pakar-pakar tempatan.
"HIMP 2030 dengan tema 'Prominent, Visible and Globalised Halal Malaysia' menggambarkan objektif utama untuk memangkin pertumbuhan industri halal Malaysia yang inklusif dan komprehensif.
"Ia akan menambah baik dinamik ekosistem industri halal dalam negara untuk produk dan perkhidmatan yang ditawarkan selain menyokong perkembangan kesejahteraan sosioekonomi Malaysia pada masa akan datang," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Pelancaran HIMP 2030 turut dihadiri oleh Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Mengulas lanjut, Ahmad Zahid berkata, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mengunjurkan industri halal negara berkembang kepada ASD113.2 bilion menjelang 2030, dan menyumbang 8.1 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2025.
"MITI akan terus memperkukuh setiap komponen dalam ekosistem halal bagi mengangkat kedudukan Malaysia sebagai pemain utama pasaran halal, dan memanfaatkan 2 bilion populasi muslim global.
"Untuk mencapai hasrat itu, MITI dan agensinya sudah memulakan gerak kerja memposisikan industri halal sebagai peluang yang menguntungkan dan kompetitif, khususnya kepada Perusahaan Kecil Sederhana (PKS)" katanya lagi.
Di bawah HIMP 2023 terdapat 23 inisiatif yang dikenal pasti bagi mencapai lima sasaran, termasuk industri halal domestik yang rancak dan pelbagai, penawaran patuh syariah sepenuhnya, memudah cara urusan perniagaan di Malaysia, mewujudkan ekosistem perniagaan yang kompetitif dan mempromosikan 'Halal Malaysia' di peringkat global.
Irfan Faruqi
Thu Mar 23 2023

Zahid (kanan) dan Tengku Zafrul (kiri) menunjukkan buku Pelan Besar Industri Halal 2030 (HIMP 2030) - Foto BERNAMA

KPDN sedia pertimbang tambah bekalan gula di negeri tertentu semasa musim perayaan
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Seri Salahuddin Ayub sedia mempertimbangkan cadangan untuk menambah bekalan gula di negeri tertentu pada musim perayaan.

KKD gesa Telegram jumpa MCMC untuk elak tindakan
KKD menggesa pihak Telegram mengadakan pertemuan dengan MCMC dalam masa terdekat bagi mengelakkan tindakan berhubung beberapa isu keselamatan siber.

Presiden Xi mahu China tumpu kepada menghijaukan kawasan gurun, cipta keajaiban baharu
Presiden Xi Jinping mahu China terus meningkatkan usaha untuk mencegah hakisan tanah dan memastikan penghijauan kawasan gurun sehingga keajaiban baharu dapat diwujudkan.

Mohamad Hasan bimbang trend ahli politik tabur retorik ancam perpaduan
Mohamad berkata, golongan ini sanggup memperlekeh jaminan hak asasi, kebebasan dan keutuhan institusi awam.

Kenya minat pelajari kepakaran Malaysia dalam penyediaan rumah mampu milik
Kenya berminat mendapatkan khidmat kepakaran Malaysia dalam aspek penyediaan perumahan mampu milik negara.

Kejayaan Malaysia dalam kes tuntutan Sulu tamatkan usaha rampas aset negara - Fahmi Fadzil
Kejayaan Malaysia dalam pertikaian undang-undang di Perancis berkaitan tuntutan kumpulan yang mendakwa waris Kesultanan Sulu, mematikan segala usaha mereka untuk cuba merampas aset negara.

Calling centre judi: 20 individu ditahan - Polis
Polis menahan 20 individu kerana disyaki terlibat dalam kegiatan calling centre perjudian dalam talian di sebuah premis sekitar Lembah Klang, semalam.

Jaga adab, akhlak ketika di jalan raya - Mohd Na'im
Pengguna jalan raya harus sentiasa mengamalkan adab yang baik dan jangan sesekali terlibat dalam pergaduhan.

APG 2023: Kontinjen negara cemerlang, melebihi pencapaian di Solo
Atlet negara sehingga kini merangkul 42 pingat emas, 35 perak dan 25 gangsa selepas berakhir hari kelima temasya dwitahunan hari ini.

Wanita rugi lebih RM132,000 terpedaya beli kereta terpakai tidak wujud melalui Facebook
Seorang wanita kerugian RM132,860 apabila terpedaya selepas mahu membeli kereta terpakai yang tidak wujud yang dijual di laman Facebook, 1 Jun lalu.

Jualan makanan halal negara dijangka capai RM50 bilion tahun ini - Mohd Na'im
Pelbagai inisiatif dilancar kerajaan untuk mempertingkat kualiti produk halal dan menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

Pinda akta, beri makanan halal kepada haiwan - Pekemas
Status halal untuk makanan haiwan-haiwan di negara ini penting seperti mana status halal makanan untuk umat Islam.

Persijilan logo halal Jakim tidak cakupi skop makanan ternakan - DVS
Persijilan logo halal Jakim adalah berfokus kepada pensijilan halal bagi makanan manusia.

Sekretariat Industri Halal dan Keusahawanan UMNO bela usahawan, penggiat industri
Menurut Tengku Zafrul, sekretariat yang baharu ditubuhkan itu bermesyuarat kali pertama semalam.

Kazan Forum 2023: Mat Sabu ketuai delegasi ke Rusia
Mohamad akan menyampaikan ucapan pada sesi meja bulat bagi menyatakan wawasan sektor pertanian dan keterjaminan makanan negara.

KyoChon 1991 Malaysia disahkan halal oleh JAKIM
KyoChon 1991 Malaysia menjadi rangkaian ayam goreng Korea antarabangsa pertama yang mendapat pengiktirafan halal oleh JAKIM.

FamilyMart Malaysia henti jual minuman alkohol di 360 kedainya sejak Mac
FamilyMart Malaysia telah menghentikan penjualan minuman alkohol di semua 360 kedainya bagi memberikan keyakinan tambahan kepada para pelanggannya.

Persijilan halal untuk menu baharu dipercepatkan
Pengeluaran sijil halal bagi menu baharu yang dibangunkan oleh pengusaha atau pengeluar produk makanan yang telah memiliki sijil berkenaan akan dipercepatkan.

Eksport produk halal Malaysia dijangka meningkat tahun ini - HDC
Pengeksportan produk halal negara dijangka meningkat sehingga 15 peratus tahun ini berdasarkan prestasi dagangan keseluruhan negara yang mencapai lebih RM3 trilion tahun lepas.

Penghantaran makanan halal kukuh kedudukan Malaysia sebagai hab halal global
Platform perkhidmatan penghantaran makanan berstatus halal mampu mengukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab halal di peringkat global.