awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan pengasuh taska berkaitan dakwaan dera bayi
Penunggang motosikal maut terjatuh ke dalam sungai
Yayasan Sultan Ibrahim Johor terima sumbangan RM1 juta daripada Kumpulan Malik Streams
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara

Bernama
Bernama
28/12/2025
04:15 MYT
JKR kenal pasti lebih 20 jalan Persekutuan di Kelantan perlu diselenggara
Kesemua jalan Persekutuan tersebut perlu diselenggara berikutan berlaku kerosakan seperti jalan berlubang akibat Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini. - Gambar hiasan/Bernama
KOTA BHARU: Jabatan Kerja Raya (JKR) telah mengenal pasti 29 jalan Persekutuan (FT) membabitkan sembilan jajahan di negeri ini yang memerlukan penyelenggaraan segera.

Ringkasan AI
  • JKR mengenal pasti 29 jalan Persekutuan di sembilan jajahan Kelantan memerlukan penyelenggaraan segera akibat kerosakan seperti jalan berlubang disebabkan oleh Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
  • Jalan-jalan Persekutuan yang memerlukan penyelenggaraan termasuk FT3 Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu, FT129 Flyover Tanah Merah, dan FT210 Jalan Pintas Pasir Puteh.
  • JKR Kelantan akan berunding dengan Kementerian Kerja Raya untuk anggaran kos membaik pulih jalan terbabit serta menasihatkan pengguna jalan raya agar berhati-hati dan mematuhi tanda amaran yang dipasang.

Sembilan jajahan terlibat ialah Kota Bharu, Machang, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Tumpat, Jeli, Bachok dan Gua Musang.
Pengarah JKR Kelantan Nik Badlihisham Nik Ismail berkata kesemua jalan tersebut perlu diselenggara berikutan berlaku kerosakan seperti jalan berlubang akibat Monsun Timur Laut (MTL) tahun ini.
"Gua Musang mempunyai tujuh jalan Persekutuan yang perlu diselenggara iaitu FT484 Jalan Kuala Betis; FT185 Jalan Lojing-Gua Musang; FT1741 Jalan Masuk Sungai Chiku 7 dan 8; FT36 Jalan Chiku-Aring 5; FT1745 Jalan Penempatan Aring 5; FT1742 Jalan Chiku-Aring Felda Jalan Masuk Aring 2 dan 3; dan FT1743 Jalan Dalam LKP Aring 8 dan 9.
"Enam lagi jalan Persekutuan melibatkan Kota Bharu iaitu FT3 Jalan Pasir Puteh-Kota Bharu; FT130 Jalan Wakaf Che Yeh-Salor-Pasir Mas; FT57 Jalan Kota Bharu-Pengkalan Chepa; FT8 Jalan Gua Musang-Kota Bharu; FT223 Jalan Pantai Cahaya Bulan; dan FT207 Jalan Sultan Ismail Petra," katanya kepada Bernama baru-baru ini.
Mengulas lanjut, Nik Badlihisham berkata masing-masing empat jalan Persekutuan perlu diselenggara di Jeli iaitu FT4 Jalan Gerik-Jeli; FT66 Jalan Sungai Sam-Jeli; FT202 Jalan Air Canal-Lakota; dan FT204 Jalan Gemang-Kampung Labu, manakala Tanah Merah pula FT199 Jalan Batu Gajah-Lawang; FT259 Jalan Sultan Ismail Petra; FT4 Jalan Machang-Jeli; dan FT129 Flyover Tanah Merah.
"Sementara itu, masing-masing dua jalan Persekutuan di Machang, Tumpat dan Pasir Puteh iaitu FT8 Jalan Gua Musang-Kota Bharu dna FT4 Jalan Machang-Jeli (Machang), FT3 Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu dan FT210 Jalan Pintas Pasir Puteh (Pasir Puteh), FT3 Jalan Kota Bharu-Rantau Panjang dan FT134 Jalam Kota Bharu-Pengkalan Kubor (Tumpat).
"Manakala, FT196 Jalan Panglima Bayu-Rantau Panjang di Pasir Mas dan FT211 Jalan Kubang Kerian-Bachok di Bachok," katanya.
Beliau berkata bagaimanapun JKR Kelantan akan merujuk lebih lanjut lagi dengan Kementerian Kerja Raya berhubung kerja penyelenggaraan berkenaan termasuk anggaran kos yang diperuntukan untuk membaik pulih jalan terlibat.
"Saya harap pengguna jalan raya berhati-hati ketika menggunakan jalan yang rosak dan mematuhi papan tanda amaran yang diletakkan di kawasan terlibat," katanya.
-- BERNAMA

Dapatkan info, ramalan cuaca dan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#JKR Kelantan
#jalan persekutuan
#Jabatan Kerja Raya
#penyelenggaraan
#monsun timur laut
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan