KUALA LUMPUR: Pelancaran Carsome PJ Automall di Naza Automall, Petaling Jaya yang berlangsung dua hari sejak 11 Jun lalu berjaya meraih lebih kurang  2,000 pengunjung.

Sepanjang program itu, orang ramai berpeluang mengikuti pelbagai aktiviti menarik termasuk persembahan muzik, gerai makanan, cabutan bertuah dan banyak lagi.

Tambah menarik, program tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran hos dan pelakon terkenal, Awal Ashaari.

Dimulakan pada tahun 2020, platform e-dagang jual beli kenderaan pramilik, Carsome, tampil berbeza dengan konsep perniagaan 'cara baharu membeli kereta'.

Justeru, pembelian kenderaan terpakai secara dalam talian kini semakin mudah dan lebih dipercayai menerusi pelancaran Carsome PJ Automall yang berkeluasan lebih 100,000 kaki persegi.

Pusat pameran terbesar di Malaysia untuk jenama itu juga adalah yang pertama dilengkapi stesen pengecas kenderaan elektrik.

Pelancaran ini  turut dimeriahkan dengan kehadiran hos dan pelakon terkenal, Awal Ashaari.


1.Diskaun makanan dengan Lesen to Shop dan Dine :

Di samping itu, pengunjung juga menikmati diskaun RM5 (sebanyak dua kali!) daripada mana-mana penjual makanan di Carsome CARnival menerusi tiket diskaun makanan menerusi Lesen to Shop and Dine.


2.Persembahan Busker:

Persembahan muzik secara langsung daripada artis-artis berbakat.


Selain itu, pengunjung juga dihiburkan dengan persembahan muzik secara langsung daripada artis-artis berbakat.


3.Cabutan bertuah dan hadiah menarik:

Antara pemenang bertuah yang memenangi hadiah menarik menerusi cabutan bertuah yang dilaksanakan.


Pengunjung bertuah juga menikmati pelbagai hadiah menarik bernilai sehingga RM12,000 menerusi aktiviti cabutan bertuah.


4.Lawatan Carsome:

Sementara itu,  pengunjung  ditawarkan perkhidmatan lawatan berpandu di sekitar kawasan Carsome PJ Automall, bilik pameran terbesar Carsome yang mampu menempatkan lebih 200 kereta.

Pengunjung juga boleh menikmati pengalaman membeli kereta yang lebih mudah dan lancar di sini di mana mereka bebas untuk memandu uji kereta idaman dan permohonan pinjaman  juga boleh dibuat serta-merta dengan pihak Public Bank yang turut berada di dalam Automall tersebut.


5.Produk dan tawaran menarik dari rakan-rakan kongsi Carsome:

Carsome juga meneroka peluang perkongsian baharu dengan jenama daripada pelbagai industri sebagai usaha berterusan syarikat untuk menangani masalah yang dihadapi pelanggan dan memberikan pengalaman berbeza.

Antara rakan kongsi yang terlibat ialah Public Bank, Tealive, Touch ‘n Go dan Touch ‘n Go Digital, Ecotint, Trapo, Liqui Moly, Setel, The Glass Auto, Giti Tyre, Chun Yang Tea dan Vanilla Crepe yang menawarkan pelbagai tawaran menarik kepada pengunjung.

Carsome Academy


Trapo


Liqui Moly


Public Bank


Touch ‘n Go dan Touch ‘n Go Digital.

Selain itu, pengunjung turut boleh menikmati promosi Promo Pembukaan Mega secara eksklusif untuk Carsome PJ Automall. Di mana, promosi ini ditawarkan dengan pembelian mana-mana kereta.

Pada masa sama, pengunjung juga turut boleh menikmati penawaran tambahan pemasangan lapisan cermin gelap kereta bernilai RM900* secara percuma dan eWallet Touch 'n Go RM100 * sehingga 11 Julai ini.

Jangan lepaskan peluang keemasan ini! Dapatkan promosi ini sebelum terlambat!


Apa yang anda boleh jangkakan daripada bilik pameran terbesar Carsome di Carsome PJ Automall:


1. Jadikan Carsome sebagai pilihan utama

Pelbagai pilihan kereta terpakai berkualiti yang disediakan di Carsome PJ Automall pastinya akan memberikan anda pengalaman baharu di mana anda juga bebas untuk memandu uji kereta idaman anda di situ.

Mencari kereta berkualiti yang sesuai dengan keperluan anda adalah lebih mudah dengan Carsome. Ini kerana kesemua kereta Carsome Certified telah menjalani proses pemeriksaan 175-titik yang teliti untuk memastikan ia bebas daripada kemalangan teruk dan kerosakan banjir. Itulah sebabnya, setiap kereta Carsome Certified pastinya sesuai dijadikan sebagai pilihan utama anda.

2. Jaminan kereta berkualiti

Setelah lulus pemeriksaan 175-titik kami yang teliti, juruteknik bertauliah kami akan menjalankan proses pembaikpulihan pada bahagian dalam dan luaran kereta di Carsome Certified Lab untuk memastikan kereta Carsome Certified mempunyai keselamatan melebihi taraf, keselesaan sepenuhnya dan estetik yang dibaik pulih.

3. Jaminan wang dikembalikan lima hari

Jika anda membeli kereta Carsome Certified dan berubah fikiran, anda boleh mengembalikannya dalam masa lima hari untuk mendapatkan bayaran balik penuh. Tanpa sebarang soalan!

4. Waranti satu tahun

Semua kereta Carsome Certified juga disertakan dengan waranti lanjutan satu tahun untuk ketenangan fikiran anda.

5. Harga tetap

Harga yang anda lihat pada penyenaraian ialah harga penuh kereta tanpa sebarang bayaran tersembunyi supaya anda tahu dengan tepat jumlah yang anda akan bayar.

Berikut ialah jadual serta butiran aktiviti yang boleh anda nikmati di Carsome CARnival untuk membantu anda merancang hari anda. Orang ramai juga boleh melayari laman web https://www.carsome.my/buy-car untuk mendapatkan maklumat lanjut.

*Tertakluk kepada terma dan syarat