awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Batik ecoprint hasil karya anak didik Cikgu Hadi curi tumpuan di Festival Kraf Johor 2025
FEZAKAT 2025 tingkatkan kesedaran, kefahaman zakat kepada masyarakat
Enam penempatan Orang Asli di Kelantan dikategori "hot spot" bencana
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Peluang perniagaan dalam bidang pendidikan al-Quran

Ahmad Khairol Shafizan Johari
Ahmad Khairol Shafizan Johari
05/11/2014
00:14 MYT
Peluang perniagaan dalam bidang pendidikan al-Quran
JALALUDDIN: Al Baghdadi mempunyai 4 produk yang dipatenkan - Pusat Pembelajaran Al Quran, Program Hafazan Al-Quran, Pusat Pra Sekolah dan Pra-Kelahiran.
Kaedah pengajian al-Quran kini lebih mudah dan diadakan dalam suasana yang lebih selesa.
Ini secara tidak langsung membawa dimensi baru dalam pembelanjaran al-Quran.
Melalui inovasi diperkenalkan dalam kaedah pembelajaran, ia bukan sahaja mampu menambah minat pelajar, malah memberikan peluang perniagaan yang cukup luas kepada sesiapa sahaja yang berminat menceburinya.
Antara usahawan yang berjaya melihat potensi sektor pendidikan al-Quran ialah Noor Hayati Mohd Zain yang merupakan seorang pesara guru.
Beliau mula berkecimpung dalam bidang tersebut sejak Januari lalu.
Jelasnya minat mendalam dalam bidang pendidikan, ditambah pula kecenderungan untuk mendalami ilmu al-Quran menyebabkan beliau tekad menceburi bidang ini.
“Di situ mulanya idea mencari bagaimana mulakan pendidikan al-Quran walaupun kita tidak mempunyai latar belakang pengajian Syariah atau al-Quran, dan saya bersyukur kerana telah dipertemukan dengan Al Baghdadi kerana ia membuka peluang kepada saya untuk terlibat dalam bidang ini,” jelasnya ketika bertemu dengan Astro AWANI di premisnya di Kota Damansara.
Begitupun, awal permulaan perniagaan memberi cabaran besar buat Noor Hayati terutamanya dalam meuar-uarkan kepada orang ramai mengenai kelas-kelas anjurannya.
Namun, beliau percaya melalui inovasi produk yang dilaksanakan pemilik lesen mampu menarik minat ramai terhadap perkhidmatan yang ditawarkannya.
“Kalau kita lihat di masjid atau surau sebagai contoh, kelas pengajian Quran hanya dihadiri antara 10 hingga 30 pelajar, tetapi Pusat Pendidikan Quran Al Baghdadi yang dibanjiri antara 100 hingga 200 orang pelajar,” jelas Pengasas Teknik Al Baghdadi, Jalaluddin Hassanuddin.
Ini, jelasnya, mengambarkan potensi tinggi dalam bidang pengajian al-Quran.
Ketika kini Al Baghdadi mempunyai empat produk yang sudah dipatenkan, Pusat Pembelajaran Al Quran, Dan Program Hafazan Al-Quran, Pusat Pra Sekolah Dan Program Pendidikan Pra-Kelahiran.
Tahun depan pula, pihaknya akan memperkenalkan sebuah lagi produk melibatkan Program Jagaan Kanak-Kanak.
Kumpulan Al Baghdadi kini mempunyai 819 pusat di seluruh negara dan ia diyakini mampu mencecah 1,000 pusat menjelang akhir tahun ini.
Selain itu, pihaknya juga dalam perbincangan dengan beberapa agensi kerajaan untuk membolehkan sistem ini difrancaiskan.
Apabila difrancaiskan kelak, Jalaluddin percaya akan wujud lebih ramai usahawan yang berminat berkecimpung dalam bidang memandangkan mereka yang layak boleh mendapat tawaran pembiayaan.
Topic Berkaitan
#Al Baghdadi
#Al-Quran
#masjid
#Quran
#surau
#syariah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan