KUALA LUMPUR: Pemain dan peserta pasaran perlu mengelak daripada menyumbang kepada tekanan menurun ke atas ringgit dan sebaliknya kekal tenang serta memainkan peranan sebagai penstabil dalam mengatasi situasi semasa yang sangat dinamik, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Adnan Zaylani.
Katanya, bank pusat memerhati dengan teliti sentimen pasaran serta awam kerana ia menyedari bagaimana sentimen turut memacu sebut harga dan nilai pasangan ringgit/dolar AS termasuk aliran pasaran dan tingkah laku orang ramai.
"Mungkin kita (pemain pasaran) harus mempertimbangkan kepentingan yang lebih besar, melebihi keuntungan kita sendiri atau pulangan yang lebih tinggi.
"Kita lihat terdapat banyak rasa tidak puas hati terhadap kelemahan ringgit dan secara amnya, ramai di antara kita memilih ringgit yang lebih kukuh. Namun tindakan kita adalah sebaliknya. Kita harus mengubah ini," kata Adnan dalam ucaptama pada Majlis Makan Malam Tahunan Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia 2023 pada Jumaat.
Pergerakan kadar pertukaran ringgit sejak kebelakangan ini tidak mencerminkan asas ekonomi Malaysia yang sebenar, oleh itu, pemain pasaran perlu bersedia untuk memainkan peranan mereka.
"Kita semua perlu menyedari bahawa tindakan individu juga boleh menyumbang kepada tekanan menurun jangka pendek ke atas ringgit.
"Permintaan oleh korporat serta pelabur untuk melabur di luar negara, pengeksport yang menahan penukaran mata wang, pengimportyang membeli mata wang asing dan melindung nilai jauh sebelum diperlukan. Individu, perniagaan, membuka akaun mata wang asing atau menukar simpanan ringgit mereka bagi kadar faedah mata wang asing yang lebih tinggi.
"Tidak dinafikan, secara kolektif, ini menambah lagi tekanan kepada ringgit," katanya.
Beliau berkata peserta pasaran harus mengelak daripada menyumbang kepada tekanan menurun ke atas ringgit, apatah lagi menjejaskan fungsi teratur pasaran.
" Sehubungan itu, pemain pasaran harus menasihati pelanggan mereka untuk menguruskan pendedahan pertukaran asing mereka dengan sewajarnya. Ini bagi memastikan aktiviti pasaran kewangan kita mengembangkan lagi risiko kepada ekonomi," katanya lagi.
"Pada masa ini, Malaysia tidak mengalami sebarang krisis mahupun tekanan kewangan atau ekonomi, bank pusat itu tetap berwaspada," katanya.
Adnan berkata terdapat keperluan untuk bersiap sedia kerana jangkaan perubahan dalam pendirian bagi mengetatkan lagi monetari global, khususnya di Amerika Syarikat, ia bagaimanapun bukanlah penyelesaian yang muktamad memandangkan kehadiran berterusan risiko inflasi.
"Dengan ini, kita perlu bersedia. BNM sudah tentu memantau gelagat serta aliran pasaran termasuk akan bertindak sewajarnya. Pada asasnya, jika perlu, kita akan memasuki pasaran untuk memastikan kecairan dan membendung sebarang turun naik yang tidak wajar.
"Pemantauan kita telah meluas, kini meliputi bukan sahaja pasaran kewangan tetapi juga menjejaki aliran korporat; eksport, import dan pembayaran balik pinjaman, trend dalam kalangan orang ramai yang melabur termasuk ketersediaan penawaran mata wang asing yang semakin meningkat," katanya lagi.
"Saya pasti kita semua melihat ke hadapan atau mengharapkan perkembangan yang lebih baik dalam pasaran kewangan ke arah 2024. Kemungkinan kita mungkin melihat kemuncak kenaikan kadar faedah AS kerana Fed telah menahan sebanyak dua kali berturut-turut mesyuarat dan beberapa data ekonomi AS baru-baru ini juga menunjukkan ekonomi yang perlahan termasuk tekanan inflasi yang berkurangan.
Adnan menjelaskan bahawa jangkaan pertukaran asing baru-baru ini oleh penganalisis, mencerminkan Rizab Persekutuan mungkin hampir pada penghujung kitaran kenaikan kadarnya, oleh itu, beberapa peserta pasaran menjangkakan ringgit akan mengukuh, mencapai antara paras 4.55 hingga 4.61 menjelang akhir tahun dan seterusnya pengukuhan menjelang 2024.
"Kita semua boleh memainkan peranan dalam membawa diri kita ke arah itu" katanya.
"Dalam kita melangkah memasuki tahun baharu, saya berharap kita terus mengemudi pasaran kewangan dengan lebih kesedaran tentang impak kita dan menyedari bahawa tindakan kolektif kita boleh membentuk landskap kewangan yang lebih berdaya tahan serta saksama," katanya.
Walaupun menghadapi pelbagai cabaran pada 2023, Malaysia terus dilihat memiliki daya tahan dalam pasaran kewangan, dengan pasaran pertukaran asing merekodkan volum pusing ganti harian yang kukuh sebanyak AS$15.4 bilion sehari.
"Turun naik ringgit kekal terendah dalam kalangan rakan serantau. Sememangnya, dua tahun dalam kitaran semasa kekuatan dolar AS ini, pasaran, institusi kewangan dan sektor kewangan kita, ekonomi semuanya telah mengharungi cabaran ini dengan baik.
"Kita pastinya tidak mengalami sebarang krisis mahupun tekanan kewangan atau ekonomi. Walaupun begitu, bank pusat tetap berwaspada," katanya.
Beliau juga menekankan bahawa menggunakan ringgit sebagai barometer pembangunan ekonomi negara adalah penunjuk yang mengelirukan, melihat kepada pertumbuhan ekonomi dan kedudukan fiskal Malaysia yang berterusan
Malaysia juga terus menyaksikan pasaran wang antara bank sebanyak RM8.77 bilion, manakala tunggakan saiz pasaran bon kini melebihi RM2 trilion dengan pasaran bon kerajaan pada RM1.1 trilion, bukti bagaimana pasaran kewangan telah dapat menyerap dan menangani pembiayaan jangka panjang untuk sektor kerajaan dan korporat.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 24 2023

Adnan berkata peserta pasaran harus mengelak daripada menyumbang kepada tekanan menurun ke atas ringgit, apatah lagi menjejaskan fungsi teratur pasaran. - Foto fail/BERNAMA
Penstrukturan semula Sapura Energy lalui kelulusan pemiutang, proses mahkamah
Penstrukturan semula Sapura Energy Bhd (SEB) sudah melalui kelulusan pemiutang serta proses mahkamah manakala suntikan kerajaan bukannya geran tetapi pelaburan ke arah memulihkan ekosistem minyak dan gas (O&G) yang strategik untuk ekonomi negara.

Kes rogol pelajar: Pengajar institut kemahiran di Kemaman direman
Seorang tenaga pengajar di sebuah institut kemahiran di Kemaman direman enam hari kerana disyaki merogol seorang pelajarnya, hujung tahun lepas.

Palsu dokumen, modus operandi sindiket tipu JPN peroleh sijil kelahiran - Saifuddin
Satu sindiket dikesan mengemukakan dokumen kelahiran palsu dan memperdaya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) bagi mendapatkan sijil kelahiran sah untuk dijual dalam pasaran gelap.
Sindiket MyKad dan sijil kelahiran palsu tumpas
JPN menumpaskan sindiket pemalsuan MyKad dan sijil kelahiran dalam dua operasi berasingan. Beberapa individu ditahan, termasuk seorang peguam, dengan rampasan peralatan pemalsuan serta dokumen palsu yang digunakan untuk tujuan penipuan identiti.

TH terima 84,000 rayuan isi kekosongan haji
Lembaga Tabung Haji (TH) telah menerima 84,000 rayuan untuk mengisi kekosongan jemaah yang tidak dapat mengerjakan ibadat haji tahun ini.
[TERKINI] Kes Zayn Rayyan: Ibu bapa tidak mengaku salah abaikan
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik, Allahyarham Zayn Rayyan Abdul Matin mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen petaling jaya atas pertuduhan pindaan berhubung kesalahan mengabaikan anak mereka, pada tahun 2023.
Pantau Belanjawan: Hutang BNPL | Risiko besar masa depan di sebalik revolusi kewangan
Peningkatan transaksi BNPL kepada RM7.1 bilion menimbulkan persoalan kritikal mengenai kestabilan ekonomi, kawal selia undang-undang, dan risiko kewangan pengguna. Bagaimana RUU Kredit Pengguna dapat menyeimbangkan perlindungan pengguna tanpa menghalang inovasi Fintech?
AWANI Ringkas: JPN tumpaskan sindiket palsu sijil kelahiran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Delegasi Malaysia jalan kajian empirikal pengasingan kuasa Peguam Negara, Pendakwa Raya di UK
Datuk Seri Azalina Othman Said kini berada berada di London, United Kingdom bersama delegasi Malaysia untuk kajian empirikal cadangan pengasingan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya negara itu.

PM Anwar hadir program Ihya Ramadan di KKDW
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menghadiri program Ihya Ramadan anjuran Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Mara sasar kurangkan pinjaman tidak berbayar kepada 30 peratus
Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyasarkan untuk mengurangkan pinjaman tidak berbayar (NPL) yang ditanggung agensi itu di bawah paras 30 peratus tahun ini.

BNM terbit kertas perbincangan cadangan dasar strategi literasi kewangan kebangsaan 2026-2030
BNM melalui Jaringan Pendidikan Kewangan (FEN) menerbitkan kertas perbincangan yang menggariskan cadangan dasar bagi Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan (NSFL) kedua (2026 - 2030).

Peningkatan bayaran premium insurans: PAC adakan sesi pendengaran awam
PAC akan mengadakan Sesi Pendengaran Awam bagi prosiding Peningkatan Bayaran Premium Insurans Kesihatan dan Takaful, Caj Hospital Swasta dan Impak Kepada Kesihatan.

BNM keluarkan dokumen semakan semula dasar wang elektronik
Bank Negara Malaysia (BNM) mengeluarkan dokumen dasar wang elektronik dan set soalan lazim (FAQ) yang disemak semula berkuat kuasa hari ini.

Makmal Inovasi Kewangan Iklim dijangka beroperasi pada separuh pertama 2025 - BNM
CFIL bertujuan mempercepat pembangunan penyelesaian kewangan iklim yang inovatif bagi meningkatkan aliran kewangan ke arah peralihan dan aktiviti hijau.

Pemansuhan kadar faedah rata pinjaman peribadi boleh kekang hutang isu rumah, risiko bankrap
Cadangan Bank Negara Malaysia (BNM) untuk memansuhkan kadar faedah rata untuk mengira pembiayaan peribadi dilihat sebagai langkah penting ke arah menambah baik kesihatan kewangan isi rumah.

Rizab antarabangsa BNM susut kepada AS$118.1 bilion pada 13 Dis, 2024
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$118.1 bilion (AS$1=RM4.50) pada 13 Dis 2024, berbanding AS$118.3 bilion pada 30 Nov, 2024.

BNM umum langkah atasi kenaikan kadar premium insurans minggu depan - Amir Hamzah
Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengumumkan butiran lanjut mengenai langkah-langkah interim bagi mengatasi kenaikan kadar premium insurans pada minggu hadapan.

Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia naik kepada AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024
Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia berjumlah AS$118.0 bilion pada 15 Nov, 2024, meningkat berbanding AS$117.6 bilion pada 30 Okt, 2024.

Buy Now Pay Later ibarat hutang buku '555', tiada duit tapi mahu melaram - Penganalisis
Zaman dulu konsep berhutang satu aib, malu kalau kita berhutang tapi sekarang konsep itu tidak wujud lagi kerana yang penting kita ada sesuatu untuk menunjuk-nunjuk.