Skip to main content

Dunia

Harga minyak dibuka lebih tinggi ketika konflik terus mengganggu bekalan global

Sumber: CRUDE OIL
Kenaikan itu berlaku ketika pasaran terus memberi reaksi terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat.

TOKYO: Harga minyak dunia dibuka lebih tinggi pada Isnin selepas cuti hujung minggu Easter, susulan konflik berterusan antara Amerika Syarikat (AS), Israel dan Iran yang terus mengganggu bekalan tenaga global.

Niaga hadapan minyak mentah Brent meningkat sebanyak AS$2.40 atau 2.2 peratus kepada AS$111.43 setong, manakala minyak mentah penanda aras AS, West Texas Intermediate (WTI), naik AS$3.00 atau 2.7 peratus kepada AS$114.57 setong pada awal dagangan.

Advertisement

Kenaikan itu berlaku ketika pasaran terus memberi reaksi terhadap ketegangan geopolitik di Asia Barat, khususnya gangguan terhadap aliran tenaga susulan perang antara AS-Israel dan Iran.

Presiden AS, Donald Trump, pada Ahad meningkatkan tekanan terhadap Tehran dengan mengancam untuk menyasarkan loji janakuasa dan jambatan di Iran sekiranya Selat Hormuz,  laluan penting bagi eksport minyak global, tidak dibuka semula menjelang Selasa.

Ancaman tersebut, yang disampaikan menerusi hantaran media sosial sempena Hari Easter, menambah lagi kebimbangan pasaran terhadap risiko gangguan bekalan yang lebih besar daripada wilayah pengeluar minyak utama dunia.

Selat Hormuz mengendalikan kira-kira satu perlima perdagangan minyak dan gas global, dan sebarang sekatan atau gangguan di laluan itu berpotensi mencetuskan lonjakan harga serta tekanan berterusan ke atas pasaran tenaga antarabangsa.

 

Must Watch Video