KUALA LUMPUR: Kajian oleh Visa mendapati sebanyak 93 peratus pengguna di Asia Tenggara (SEA) telah mula menggunakan pelbagai kaedah pembayaran tanpa tunai seperti kad, kad tanpa sentuh, teknologi mudah alih tanpa sentuh, dompet elektronik dan pembayaran kod QR.
Penemuan yang tertera dalam 'Consumer Payment Attitudes Study 2022: Navigating A New Era In Payments' mendapati sikap ini diterajui oleh pengguna di Singapura (97 peratus), Malaysia (96 peratus), Indonesia (95 peratus) dan Vietnam (95 peratus).
Kajian itu juga mendapati semakin ramai pengguna memilih pembayaran tanpa tunai di pasaran yang mana wang tunai masih kekal dominan seperti Kemboja, Filipina dan Vietnam.
Sejak bermulanya pandemik, lebih separuh daripada pengguna Asia Tenggara telah mengurangkan kekerapan penggunaan wang tunai (56 peratus) dengan di Indonesia (68 peratus), Filipina (66 peratus) serta Malaysia (60 peratus).
"Kad tanpa sentuh dijangka akan mencatatkan pertumbuhan selanjutnya di rantau ini memandangkan kesedaran yang tinggi (69 peratus) dan minat (75 peratus) di kalangan bukan pengguna.
"Kesedaran adalah tertinggi di Singapura (90 peratus), Thailand (87 peratus) dan Malaysia (84 peratus ), pengguna di Filipina (89 peratus), Thailand (86 peratus) serta Vietnam (83 peratus) paling berminat untuk menggunakan kaedah pembayaran ini," kata Visa dalam kajian itu.
Mengenai pertumbuhan bagi bank digital, Visa berkata penggunaan perkhidmatan perbankan digital dijangka menokok disebabkan landskap perbankan Asia Tenggara terus menyaksikan liberalisasi.
Di Singapura misalnya, empat penerima lesen perbankan digital merancang untuk memulakan operasi pada 2022 dan Filipina telah memberikan enam lesen perbankan digital pada 2021.
Malaysia baru sahaja menganugerahkan lima lesen perbankan digital pada April 2022, manakala Thailand termasuk Indonesia sedang meneroka lesen untuk bank digital sepenuhnya.
Sementara itu, kajian tersebut menunjukkan bahawa 74 peratus pengguna Malaysia telah berjaya mengubah perbelanjaan mereka ke arah tanpa tunai.
"Penggunaan penghantaran ke rumah kekal tinggi di Malaysia dengan sembilan daripada 10 pengguna kini menggunakannya.
"Daripada jumlah itu, satu pertiga adalah pengguna kali pertama semasa pandemik," kata kajian itu.
Tiga sebab utama untuk berubah ke arah tanpa tunai adalah peningkatan penggunaan pembayaran tanpa sentuh (75 peratus), pertambahan dalam penggunaan pembayaran kad (60 peratus) dan penerimaan pembayaran tanpa tunai yang lebih meluas (45 peratus).
Kajian itu juga mendapati pada masa ini, 70 peratus pengguna menggunakan kad dalam talian, manakala 56 peratus memilih kad tanpa sentuh dan 40 peratus menggunakan teknologi mudah alih tanpa sentuh sebagai kaedah pembayaran digital mereka di pasaran.
Kaji selidik berkenaan telah ditauliahkan oleh Visa dan dijalankan dari Ogos hingga September 2021 di kalangan 6,520 pengguna berumur 18-65 tahun di Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, dan Kemboja.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jun 17 2022

Kajian oleh Visa menunjukkan, 74 peratus pengguna Malaysia berjaya mengubah perbelanjaan mereka ke arah tanpa tunai. - Gambar hiasan

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar AS memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat.

Niaga AWANI: Segera batalkan pengharaman eksport ayam
Sekatan eksport ayam ke Singapura hanya akan menyebabkan kehilangan pasaran sedia ada sekiranya ia berlanjutan, seterusnya merugikan negara ini, kata Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng.

Niaga AWANI: Korporat | DNeX sumbang kepakaran pembangunan teknologi ke Turkiye
Dagang NeXchange Berhad (DNeX) melalui anak syarikatnya, SilTerra Malaysia Sdn Bhd memeterai perjanjian persefahaman bersama Tuyar, sebuah syarikat teknologi di Turkiye dalam usaha membangunkan ekosistem semikonduktor di negara itu. Pengarah Urusan Kumpulan DNeX, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pihaknya akan membantu dari segi pembangunan teknologi selain berkongsi kepakaran pembangunan semikonduktor.

Jiwa SME | Juadah tradisional Burasak tembusi pasaran serantau
Memasarkan perniagaan dalam platform digital merupakan langkah terbaik buat usahawan makanan tradisional Burasak di Johor bagi meraih perhatian pelanggan. Biarpun negara dibelenggu COVID-19 selama dua tahun, namun perniagaan Mohammad Khazin Ahmad masih dapat bertahan apabila dia banyak menerima tempahan menerusi Facebook dan WhatsApp.

Perlu ada solusi jangka panjang tangani kos sara hidup rakyat - Young Syefura
Beliau berkata, ia bukan sahaja memberi kesan kepada golongan B40, sebaliknya turut memberi kesan sama kepada M40 dan juga T20.

Agong, Permaisuri zahir takziah kepada keluarga bekas Timbalan Presiden MIC, S. Subramaniam
Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga bekas T

Pembayaran tanpa tunai meningkat 93 peratus di Asia Tenggara - Kajian Visa
Sikap ini diterajui pengguna di Singapura (97 peratus), Malaysia (96 peratus), Indonesia (95 peratus) dan Vietnam (95 peratus).

400 peniaga Pasar Besar Siti Khadijah laksana pembayaran tanpa tunai
Transaksi pembayaran digital dalam kalangan peniaga dan pelanggan Pasar Besar Siti Khadijah memudahkan urusan jual beli.

MBI akan perluas e-dompet di pasar, medan selera selepas Aidilfitri
Ia bagi menggalakkan budaya digital dan peralihan kepada masyarakat tanpa tunai menerusi platform pengendali e-dompet yang terpilih.

Cyberjaya mahu jadi bandar tanpa tunai pertama melalui penggunaan TaPay
Cyberjaya berhasrat untuk menjadi bandar tanpa tunai pertama melalui penggunaan e-dompet TaPay (Take Action Pay) yang dibangunkan buat kali pertama di negara ini.

SPAD rancang kad tunggal untuk tren, bas di Lembah Kelang pada 2017
Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) merancang memperkenalkan sistem pembayaran tanpa tunai bersepadu (ICPS) pada 1 Jan 2017 untuk perkhidmatan tren dan bas di Lembah Klang.