Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Oktober 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 23 Oktober 2025.
Keputusan itu dicapai selepas mengambil kira kesan tindakan saman serta kos perundangan yang bakal ditanggung oleh kedua-dua belah pihak.
Risikan awal, pasukan khas dan pemantauan berterusan digerakkan menjelang sidang 26-28 Oktober yang bakal dihadiri pemimpin serantau dan antarabangsa.
SPRM sedang melaksanakan tindakan lanjut termasuk kerjasama dengan pihak berkuasa antarabangsa, namun belum menerima maklum balas rasmi daripada Interpol.
Beliau secara peribadi bersetuju supaya dikembalikan semula hukuman rotan di sekolah, namun pelaksanaannya perlu disertai dengan syarat ketat.
5. Kegagalan paip pembetungan punca insiden lubang benam jalan Masjid India - Dr Zaliha
5. Kegagalan paip pembetungan punca insiden lubang benam jalan Masjid India - Dr Zaliha
Kegagalan struktur paip pembetungan yang mereput dan ketidakstabilan tanah dikenal pasti sebagai punca utama kejadian lubang benam di Jalan Masjid India Ogos tahun lepas.
Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pasport antarabangsa menantu kepada bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dibatalkan Jabatan Imigresen Malaysia.
Kerajaan bercadang untuk menyegerakan pembinaan tembok konkrit baharu di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand bagi meningkatkan kecekapan kawalan sempadan dan menjamin keselamatan negara.
Perbualan telefon Datuk Seri Najib Tun Razak dan bekas Pengerusi 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Tan Sri Mohd Bakke Salleh tidak mempengaruhi keputusan syarikat itu untuk menjalin usaha sama dengan PetroSaudi International Ltd (PSI), Mahkamah Tinggi diberitahu hari ini.
Seorang saksi pendakwaan dalam perbicaraan kes gangguan seksual membabitkan pendakwah terkenal, Ebit Erawan Ibrahim Lew atau Ebit Lew, memberitahu Mahkamah Majistret di sini, hari ini bahawa tertuduh mendakwa telefon bimbit miliknya rosak dan tidak mengetahui keberadaannya.
Jumlah hasil petroleum negara dari tahun 2018 hingga 2024 adalah sebanyak RM775.2 bilion, menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami