awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pembelian EHP satu padanan strategik untuk FGV

Bernama
Bernama
06/07/2015
15:07 MYT
Pembelian EHP satu padanan strategik untuk FGV
Pegangan 37 peratus menerusi pembelian itu turut menjadikan FGV pemegang saham terbesar dalam EHP.
Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV) pada Isnin menyifatkan cadangan pembelian simpanan tanah Eagle High Plantations (EHP) yang juga gabungan simpanan tanah terbesar daripada vendor tunggal, adalah satu padanan strategik yang tiada tandingannya untuk kumpulan itu.
Malah, FGV dalam satu kenyataan, berkata ia telah lama meninjau ladang-ladang di luar Malaysia termasuk Afrika, Myanmar dan Indonesia.
Pegangan 37 peratus menerusi pembelian itu turut menjadikan FGV pemegang saham terbesar dalam EHP, sekaligus memberikannya kawalan polisi dan wakil dalam Lembaga Pengarah EHP.
"Kami dengan sukacitanya membenarkan pasukan tempatan meneruskan operasi dengan input kami kerana adanya kesinambungan dan kepakaran dengan pasukan tempatan," katanya.
FGV menegaskan, penting untuk menghapuskan persepsi bahawa urus niaga di Indonesia sepatutnya pada harga lebih rendah berbanding di Malaysia berikutan jenis tempoh pegangan tanah (bebas berbanding pajakan).
"Elemen penelitian utama dalam pemilihan kami adalah berdasarkan nilai ekonomi tanah itu. Ladang-ladang di Indonesia mempunyai hasil lebih tinggi berbanding ladang di Malaysia kerana kitaran tanah sana (Indonesia) bagi penanaman semula adalah kurang berbanding di sini," katanya.
Menurut FGV, dalam analisis akhirnya, ia adalah urus niaga komersial semata-mata yang bertujuan menghasilkan 'gergasi' sawit ASEAN, pengubah 'permainan' global dengan manfaat jelas bagi kedua-dua negara serta syarikat.
"Sindiran politik serta rujukan kepada syarikat kaitan kerajaan lain serta hubungan peribadi adalah tidak perlu kerana hasil daripada urus niaga ini adalah akan menjadi pengubah bagi industri minyak sawit di peringkat global," katanya.
Ini turut melancarkan lagi perjalanan FGV bagi mencapai matlamatnya yang digariskan dalam pelan transformasi lima tahun yang dipacu tiga teras iaitu peningkatan hasil, pengoptimuman kos dan kecemerlangan operasi.
Topic Berkaitan
#Eagle High Plantations
#felda global ventures
#FGV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan