awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jeti baharu tingkat pendapatan nelayan hingga 20 peratus di Kg Jilid 8
JAS kenal pasti premis berpotensi punca air hitam di kolam tadahan Bukit Rambai
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas

Bernama
Bernama
04/02/2026
00:10 MYT
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Hilmi berkata pelanggaran kepada syarat dan garis panduan telah berlaku semasa persembahan oleh Kugiran Masdo yang berlangsung pada konsert penutup Makar Fest XL, Sabtu lepas. - Facebook Hilmi
KOTA BHARU: Penganjur sebuah festival yang berlangsung di tapak parkir sebuah pusat beli-belah di sini dari 29 hingga 31 Jan lepas bakal berdepan penalti termasuk denda maksimum RM30,000 selepas didapati gagal mematuhi Garis Panduan Hiburan dan Sukan Negeri Kelantan 2025.
Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri Hilmi Abdullah berkata wang cagaran berjumlah RM8,000 juga telah ditarik balik dan penganjur Makar Fest XL turut berdepan risiko disenarai hitam sekiranya gagal melunaskan kompaun.
Beliau berkata pelanggaran kepada syarat dan garis panduan telah berlaku semasa persembahan oleh Kugiran Masdo yang berlangsung pada konsert penutup festival berkenaan, kira-kira 10.30 malam, Sabtu lepas.
"Walaupun penguat kuasa dan kru berjaya mengeluarkan beberapa penonton yang membuat provokasi serta kumpulan penonton yang didapati telah melanggar garis panduan hiburan, namun keadaan tidak berjaya dikawal oleh penganjur serta masih berulang.
"Penganjur didapati gagal menghentikan persembahan bagi mengawal keadaan. Turut dikesan berlakunya percampuran antara pengunjung lelaki dan wanita berikutan kedatangan penonton di luar dugaan tanpa ditempatkan petugas keselamatan secukupnya sebagaimana disyaratkan," katanya dalam hantaran di Facebook semalam.
Beliau berkata selepas meneliti laporan bertulis Pengarah Bahagian Perlesenan dan Kawalan Perniagaan serta rakaman video yang tular, Pegawai Pelesen mendapati penganjur telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 13(1) Enakmen Kawalan Hiburan dan Tempat-Tempat Hiburan (Kelantan) 2025.
Hilmi berkata hasil pemantauan mendapati semua artis jemputan lain mematuhi enakmen dan garis panduan dengan festival makanan yang memperoleh kelulusan Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam itu pada asalnya bertujuan sebagai platform perniagaan kepada usahawan kecil, peniaga tempatan dan penggiat seni, selain sebagai titik temu peminat seni.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Hilmi Abdullah
#denda
#Makar Fest XL
#Kota Bharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan