Pelaksanaan peruntukan dalam Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) mengenai ketetapan pencegahan rasuah sebenarnya tidak lari daripada apa yang ingin dilaksanakan oleh kerajaan, malah dengan adanya perjanjian ini, isu tersebut dapat ditangani dengan lebih berkesan.
Bagi Dekan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Martadha Mohamed berkata dengan memberi contoh seperti ketelusan, pematuhan kepada undang-undang, tindakan kepada mana-mana individu yang terlibat dengan rasuah adalah seiring dengan matlamat kerajaan dalam membasmi rasuah.
"Kalau kita lihat, elemen-elemen ketelusan dan pematuhan kepada undang-undang bukanlah satu perkara yang baharu. Ia merupakan satu standard antarabangsa dan ketelusan itu menjadi sebahagian kepada urus tadbir baik dalam kerajaan," katanya.
Mengenai kebaikan peruntukan tersebut dalam membasmi rasuah, Ahmad Martadha menjelaskan bahawa rasuah dapat ditangani dengan lebih berkesan sekiranya kesemua 12 negara anggota menekankan pematuhan terhadap pembasmian rasuah.
Selain Malaysia, negara yang terlibat dalam TPPA ialah Brunei Darussalam, Singapura, Chile, New Zealand, Australia, Kanada, Jepun, Mexico, Peru, Amerika Syarikat dan Vietnam.
"Jika sebelum ini kita tidak ada agensi luar yang misalnya meminta agar kerajaan lebih menekankan kepada pembasmian rasuah, maka kita rasa apa yang kita buat itu sudah cukup baik.
"Namun, pada kali ini apabila 12 negara termasuk Malaysia yang menekankan kepada pematuhan tersebut, maka ianya mesti dilaksanakan dengan lebih berkesan lagi," katanya.
Bagi bekas timbalan ketua pesuruhjaya (pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Sutinah Sutan, peraturan dan undang-undang mengenai rasuah sedia ada mencukupi, tanpa ketetapan pencegahan rasuah dalam peruntukan TPPA tersebut.
Ini kerana Malaysia telah menandatangani Konvensyen Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pencegahan Rasuah (UNCAC) dan disebabkan itu, pelbagai peraturan dasar dan undang-undang mengenai rasuah telah diwujudkan di bawah konvensyen berkenaan, katanya.
"Di sektor swasta juga, SPRM dengan kerjasama agensi-agensi seperti Institut Integriti Malaysia, Transparency International-Malaysia (TI-M) dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia ada melaksanakan program integriti untuk memantapkan lagi sistem integriti korporat di Malaysia.
"Dari segi perolehan pun, kita di Malaysia sudah lama mengamalkan persepakatan integriti di mana pihak kerajaan dan syarikat yang mendapat tender itu, perlu menandatangani ikrar integriti korporat (CIP) supaya mereka komited untuk tidak melakukan rasuah sepanjang aktiviti perniagaan dijalankan dan jika berlaku juga, tindakan boleh diambil," katanya.
Selain itu katanya, undang-undang di Malaysia boleh diperketatkan lagi seperti Akta Liabiliti Korporat yang masih dalam proses membuat draf untuk menangani amalan korupsi dalam kalangan syarikat swasta.
"Menerusi akta ini, kalau syarikat terlibat dengan perbuatan rasuah di Malaysia, bukan sahaja individu yang dikenakan tindakan undang-undang, malah syarikat berkenaan pun boleh dikenakan denda bagi kesalahan sama," katanya.
Menurut Sutinah lagi, SPRM dan agensi-agensi yang terlibat akan terus membuat penambahbaikan walaupun tanpa pencegahan rasuah dalam TPPA kerana aktiviti rasuah sentiasa berubah-ubah dari segi pendekatan termasuk modus operandi.
"Usaha berterusan akan dibuat kerana jenayah rasuah ini begitu dinamik. Jadi, SPRM perlu cepat membuat perubahan dari segi strategi, pendekatan serta penambahbaikan ke atas prosedur peraturan dan undang-undang mengikut perkembangan semasa," katanya.
Dari segi penambahbaikan, Presiden TI-M Datuk Akhbar Satar berkata, elemen-elemen anti rasuah dan ketelusan integriti perlu dimasukkan ke dalam perjanjian tersebut supaya sesiapa sahaja yang terlibat dengan rasuah, boleh diambil tindakan secara serius dari segi siasatan dan hukuman.
Justeru, beliau bersetuju dengan Ketetapan Pencegahan Rasuah dalam TPPA asalkan ianya dapat dilaksanakan dengan efektif dan efisyen.
Ketika ditanya mengenai keberkesanan pencegahan rasuah dalam TPPA tersebut bagi membasmi rasuah dalam negara, beliau menegaskan bahawa ianya berdasarkan kepada integriti peniaga dan orang yang terlibat serta kekuatan agensi anti rasuah yang ada.
Sementara itu, Presiden Lembaga Kesedaran Pencegahan Jenayah Malaysia Prof Datuk Seri Saharuddin Awang Yahya percaya dengan adanya Pencegahan Rasuah dalam TPPA tersebut, gejala rasuah dapat ditangani bersama negara-negara anggota yang terlibat dengan perkongsian maklumat sesama negara.
Ini kerana, semua negara anggota akan berganding bahu bersama-sama memerangi rasuah antarabangsa dan juga domestik.
"Tiap-tiap negara ada agensi membasmi rasuah masing-masing. Saya percaya, mereka ini akan bersama-sama berkongsi maklumat antara satu sama lain berkaitan isu rasuah sekaligus gejala ini dapat ditangani dengan baik," katanya.
Dalam 30 bab TPPA, satu bab diperuntukkan untuk 'Ketelusan dan Anti Rasuah', bertujuan untuk menggalakkan matlamat yang dikongsi oleh semua Pihak-Pihak TPP dalam mengukuhkan tadbir urus yang baik dan menangani kesan rasuah yang boleh ada dalam ekonomi mereka.
Antara yang dipersetujui oleh mereka ialah menerima pakai atau mengekalkan kod atau piawaian tatalaku bagi pegawai awam mereka, serta langkah untuk mengenalpasti dan menguruskan konflik berkepentingan, meningkatkan latihan untuk pegawai awam, mengambil langkah untuk tidak menggalakkan hadiah, membantu melaporkan perbuatan rasuah, dan menyediakan langkah tatatertib atau langkah lain untuk pegawai awam terlibat dalam tindakan rasuah.
Bernama
Sun Nov 15 2015
Dalam 30 bab TPPA, satu bab diperuntukkan untuk 'Ketelusan dan Anti Rasuah', bertujuan untuk menggalakkan matlamat yang dikongsi oleh semua Pihak-Pihak TPP.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
Kementerian Luar dan UNAM bekerjasama untuk tingkatkan program kesedaran PBB di Malaysia
Kedua-dua pihak membincangkan cara memperkukuh kerjasama dalam melaksanakan program yang bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai PBB.
"Saya sudah pencen" - Tok Pa sahkan tidak bertanding
Mustapa mengesahkan beliau tidak akan bertanding dalam mana-mana pilihan raya kerana memutuskan untuk 'pencen' daripada politik.
Mustapa Mohamed terima anugerah daripada kerajaan Jepun
Mustapa dianugerahi Grand Cordon of the Order of the Rising Sun daripada Kerajaan Jepun atas sumbangan beliau dalam hubungan Jepun-Malaysia.
Mustapa Mohamed dianugerah Ijazah Doktor Kehormat AeU
Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Asia e University (AeU).
2.1 juta pekerja asing di Malaysia sehingga Jun tahun ini - Mustapa
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan 2.1 juta warga asing yang bekerja dalam pelbagai bidang, berada di Malaysia setakat Jun tahun ini.
Warga asing: Bilangan menurun berbanding 2020
Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) merekodkan bilangan warganegara asing yang berada di Malaysia berkurangan daripada 2.7 juta orang pada 2020 kepada 2.4 juta tahun ini.
Malaysia mampu tawar banyak perkara berkaitan ekonomi halal, bidang lain dalam dunia Islam - Mustapa
Malaysia sebagai sebuah negara terkemuka dalam dunia Islam, mampu menawarkan banyak perkara terutama yang membabitkan amalan terbaik, perdagangan dan inovasi.
Jumlah penganggur turun, kadar pengangguran kekal 3.7 peratus
Kedudukan pasaran buruh pada bulan Ogos 2022 kekal stabil berikutan prestasi ekonomi yang semakin baik dan memberangsangkan.
Sektor pelancongan perlu dipertingkatkan, perkukuh ekonomi negara - Mustapa
Peruntukan RM200 juta menerusi Bajet 2023 bagi tujuan pemulihan sektor pelancongan dilihat salah satu usaha memulihkan ekonomi dalam negara.
Kerajaan semak semula kategori kumpulan pendapatan - Mustapa
Kerajaan akan menyemak semula kategori kumpulan pendapatan berdasarkan hasil Survei Pendapatan, Perbelanjaan dan Kemudahan Asas tahun 2022.