KUALA LUMPUR: Kekurangan tenaga kerja ialah salah satu sebab utama penurunan produktiviti di seluruh industri perladangan negara sejak bermulanya pandemik COVID-19.
Justeru, sebuah firma teknologi, Nectar Consortium Sdn Bhd (Nectar), menawarkan alternatif yang lebih mampan sekali gus mengurangkan kebergantungan terhadap tenaga kerja asing.
Nectar membangunkan aplikasi pengurusan perladangan digital pertama Malaysia yang dipanggil Digital Estate Management Application atau DEMA, untuk mendigitalkan proses kerja dalam sektor perladangan.
Pengarah Urusan Nectar, Ahmad Tarmizi berkata, idea di sebalik pendigitalan perniagaan perladangan adalah untuk memperkemas keseluruhan proses dan menarik bakat muda serta komuniti perniagaan sedia ada untuk melihat sektor itu sebagai perniagaan yang menguntungkan.
“Penyelesaian digital kami juga boleh mengurangkan kos operasi dan meningkatkan hasil antara 30 dan 40 peratus secara purata. Dengan keselamatan makanan negara kita terancam, kita tidak mampu untuk terus menggunakan gaya lama dalam pengurusan pertanian dan perladangan.
“Masalah yang kita hadapi sekarang ialah kita banyak bergantung kepada tenaga kerja asing untuk sektor pertanian dan perladangan. Dengan DEMA, kami menyasarkan penduduk tempatan untuk mengambil bahagian dan memanfaatkan tanah yang ada dengan memasuki pertanian kontrak yang ditawarkan oleh Nectar. Akhirnya, mereka akan memiliki ladang dan menjadi pemilik perniagaan," katanya dalam satu kenyataan.
Beliau menambah bahawa pengguna DEMA akan dapat mengakses aplikasi pada peranti mudah alih mereka pada bila-bila masa untuk menjejak dan mengendalikan perniagaan mereka, hasil kerjasama unik dengan Maxis dan DiGi.
DEMA yang beroperasi menggunakan peranti mudah alih, membolehkan penanam merekod data, menjalankan penjejakan perniagaan masa nyata dan memantau aktiviti di lapangan.
“Jika anda mengusahakan ladang seluas 10 ekar melalui kaedah konvensional, anda mungkin memerlukan kira-kira 10 pekerja.
“Bagaimanapun, dengan menggunakan DEMA, anda mungkin perlu mengupah hanya pelatih atau graduan baharu, untuk sokongan semasa proses penuaian sementara anda masih boleh memantaunya melalui aplikasi ini," katanya lagi.
Astro Awani
Sat Jan 07 2023

Ahmad Tarmizi berkata pendigitalan adalah jalan ke hadapan bagi sektor pertanian dan perladangan. - Sumber foto Nectar

Banjir: Satu PPS dibuka di daerah Kubang Pasu
Satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka malam ini di daerah Kubang Pasu bagi menempatkan 21 mangsa banjir daripada enam keluarga.
Umpama mimpi jadi kenyataan buat anak yatim Iraq
Yayasan Rumah Iraq untuk Kreativiti ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 dengan tujuan untuk melindungi kanak-kanak gelandangan dan anak yatim di Baghdad.
Pasukan SAR teruskan usaha mencari mayat
Pasukan mencari dan menyelamat dari Libya dan Algeria meneruskan usaha mencari mayat mangsa banjir besar selepas dua empangan pecah pada dua minggu lepas.

Kolokium Timbang Tara Antarabangsa London himpun pakar undang-undang bincang kes Sulu
Kolokium itu membawa bersama ilmu dan pengalaman rakan-rakan persidangan untuk menyampaikan penilaian akademik secara mendalam akan impak kes Sulu.

Piala Malaysia: Perak FC layak ke separuh akhir
Perak FC layak ke separuh akhir Piala Malaysia biarpun menang tipis 1-0 berdepan Sabah FC pada aksi suku akhir kedua piala berprestij itu di Stadium Perak, malam ini.
30 kumpulan koir akan menyanyi di Pesta Antarabangsa Samaa
Perayaan lagu tahunan yang bermula pada Jumaat nanti akan berlangsung di North Wall Theatre di Kaherah.
EU bimbang pengambil alihan booking jejas pasaran
Kesatuan Eropah (EU) pada Isnin mengambil keputusan untuk menyekat agensi pelancongan dalam talian terkemuka Amerika Syarikat, Booking holdings daripada mengambil alih syarikat tempahan penerbangan Sweden, Etraveli Group.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Keputusan itu adalah bagi melindungi pasarannya yang mana pengambil alihan Booking dapat menggugat pasarannya di Eropah dan menjadi lebih dominan di rantau itu.
Ketua mafia Messina Denaro meninggal dunia
Ketua Mafia yang paling dikehendaki di Itali, Matteo Messina Denaro yang diberkas pada Januari selepas menjadi pelarian selama 30 tahun meninggal dunia.
Polis kutip RM302 juta, Januari hingga Ogos
Polis merekodkan kutipan kompaun lebih RM300 juta membabitkan 3.8 juta saman bagi lapan bulan pertama tahun ini.
17,241 kenderaan perdagangan diperiksa dalam 4 hari
Sebanyak 17,241 kenderaan perdagangan diperiksa bagi tempoh empat hari Op Khas Kenderaan Perdagangan dilaksanakan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman seluruh negara.

Kerajaan perlu libatkan semua lapisan masyarakat tangani isu kekurangan tenaga kerja mahir - Pakar
Kurangnya penglibatan golongan muda dalam mengisi tenaga kerja mahir adalah salah satu kelompangan yang perlu dilihat secara serius.

Kelulusan permohonan pekerja asing: Usahawan tiga sektor sedia beri latihan
Ia memberikan kelegaan setelah 14 tahun pembekuan pengambilan pekerja asing bagi sektor terbabit yang dikuatkuasakan sejak tahun 2009.

Jumlah penganggur di Malaysia 2022 berkurang ke 630,400 orang - DOSM
Tenaga buruh di Malaysia bertambah sebanyak 1.4 peratus kepada 16.02 juta orang berbanding 2021 sebanyak 15.80 juta orang.

Pertumbuhan ekonomi tinggi perlu dikekalkan, tangani jurang kemahiran tenaga kerja - Rafizi
Rafizi berkata bahawa "latihan semula dan pembangunan tenaga kerja juga perlu ditingkatkan ke skala yang tidak pernah dilihat sebelum ini."

Institusi TVET perlu teruskan peranan lahir tenaga kerja berkemahiran
TVET perlu terus memainkan peranan melahirkan tenaga kerja yang cekap, berkemahiran dan menyumbang kepada pembangunan negara serta memenuhi keperluan pasaran pekerjaan era semasa.

Kerajaan kaji semula pelarian, pencari suaka bekerja di sektor perladangan
Kerajaan melalui MKN sedang mengkaji semula kemungkinan penggunaan tenaga kerja sementara daripada komuniti pelarian dan pencari suaka di Malaysia.

Pelaburan berkualiti tinggi dapat selesaikan masalah lambakan pekerja asing - Penganalisis
Pelaburan kualiti rendah wujudkan ekosistem berpendapatan rendah mengundang kebergantungan kepada pekerja kurang mahir dari luar.

FMM sambut baik inisiatif pengambilan pekerja asing bagi penuhi keperluan tenaga kerja
Kerajaan menyedari kekurangan tenaga kerja yang mendesak dalam sektor kritikal yang telah menjejaskan operasi dan pertumbuhan perniagaan.

Pendigitalan pertanian tangani isu kekurangan tenaga buruh - Nectar
Nectar membangunkan aplikasi pengurusan perladangan digital pertama Malaysia yang dipanggil Aplikasi Pengurusan Harta Digital.

Zuckerberg mengaku bertanggungjawab pengurangan pekerja bermula Rabu
Beribu-ribu pekerja Meta dijangka diberhentikan bagi mengurangkan tenaga kerja dalam sektor teknologi itu.