Cathay Pacific Airways Limited (Cathay Pacific) tidak mengurangkan kekerapan penerbangannya bagi laluan Hong Kong dan Malaysia walaupun bantahan di wilayah separa autonomi China itu masih berlanjutan.
Malah, Pengurus Negara Cathay Pacific bagi Malaysia dan Brunei, Anna Choi berkata dua penerbangan syarikat itu dari Pulau Pinang ke Hong Kong dan empat penerbangan dari Kuala Lumpur ke bandar raya tersebut masih beroperasi sejak Jun tahun lepas.
"Dalam perancangan awal promosi penerbangan, kami turut meningkatkan jadual penerbangan ke seluruh dunia. Namun, selepas perkembangan yang berlaku di Hong Kong, kami telah bertindak mengurangkan penerbangan itu seperti menyemak kekerapan serta kapasiti penerbangan.
"Bagaimanapun, penerbangan antara Hong Kong dan Malaysia masih tidak terjejas," katanya kepada pemberita selepas majlis makan tengah hari syarikat itu bersempena Tahun Baru Cina di sini, pada Isnin.
Malah, kata Choi, beberapa penerbangan Cathay Pacific bagi Pulau Pinang dan Kuala Lumpur turut mencecah kapasiti penumpang maksimum pada Krismas lepas.
Selain itu, beliau berkata walaupun Cathay Pacific masih belum memainkan sebarang peranan rasmi dalam kempen pelancongan Tahun Melawat Malaysia 2020, ia akan melaksanakan usaha sewajarnya bagi menyokong pasaran Malaysia.
"Kami mengadakan banyak promosi taktikal dari semasa ke semasa dan turut menawarkan penetapan harga kompetitif bagi semua destinasi," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jan 06 2020
Beberapa penerbangan Cathay Pacific bagi Pulau Pinang dan Kuala Lumpur turut mencecah kapasiti penumpang maksimum pada Krismas lepas. - Gambar fail
WTF: Tang Jie-Ee Wei hampiri kejuaraan, cipta sejarah
Chen Tang Jie-Toh Ee Wei menghampiri gelaran juara Jelajah Dunia Akhir (WTF) Persekutuan Badminton Dunia (BWF) selepas melangkah ke final edisi 2024 di Hangzhou, China, malam ini.
Karnival M6 jambatani komuniti e-sukan dengan khalayak umum
Sempena Kejohanan Antarabangsa Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M6 di mana Malaysia menjadi tuan rumah buat kali kedua.
Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal - Fahmi
Kontroversi Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia dianggap sebagai kesilapan ketara.
SAPP umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Parti Maju Sabah (SAPP) hari ini umum keluar daripada Perikatan Nasional - Presiden
Kos haji meningkat atau kekal diumum pada Isnin
Pengumuman kos bagi mengerjakan haji bagi tahun hadapan akan dibuat pada Isnin sekali gus menjawab persoalan sama ada berlaku peningkatan atau kos dikekalkan.
Jenazah bayi beku: Polis rekod keterangan doktor
Polis telah merakam keterangan empat individu pada Jumaat, berhubung kes jenazah bayi lelaki disimpan dalam peti sejuk di sebuah hospital swasta di Klang.
'Allosaurus' & 'Stegosaurus' dibida £12.4 juta pound
Tiga rangka dinosaur dari era Jurassic berjaya dibida dengan nilai 12.4 juta pound pada Khamis. Bidaan itu yang berlangsung di London melibatkan dua fossil Allosaurus yang dijual berpasangan berjumlah 8.1 juta pound atau bersamaan 10.3 juta dolar Amerika.
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
Francois Bayrou dilantik Perdana Menteri baharu Perancis
Presiden Perancis, Emmanuel Macron, yang sedang berhadapan tekanan politik, semalam melantik sekutunya yang berhaluan tengah, Francois Bayrou, sebagai Perdana Menteri baharu bagi negara itu.
Penunjuk perasaan Korea Selatan berhimpun menjelang undi pemecatan Presiden kali kedua
Penunjuk perasaan berhimpun di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu.
Pesawat A350 Malaysia Airlines beroperasi seperti biasa, enjin berbeza dari pesawat Cathay Pacific - Loke
Pesawat Airbus A350 Malaysia Airlines akan beroperasi seperti biasa walaupun syarikat penerbangan Cathay Pacific menggantung keseluruhan operasi 48 pesawat Airbus A350 miliknya.
Pintu tandas pesawat Cathay Pacific tertanggal ketika dalam perjalanan ke New York
Pintu itu tertanggal kira-kira tiga minit selepas pesawat tersebut berlepas.
Cathay Hong Kong batalkan penerbangan, 11 cedera
Sebuah pesawat Cathay Pacific membatalkan prosedur berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong akibat gangguan isyarat pada awal pagi Sabtu.
Cathay Pacific, HK Express henti beberapa laluan penerbangan Hong Kong-Jepun
Syarikat penerbangan Cathay Pacific dan HK Express mengumumkan akan menghentikan beberapa laluan penerbangan Hong Kong-Jepun antara Februari dan Mac kerana had yang dikenakan oleh kerajaan Jepun.
Cathay Pacific arah 27,000 kakitangan ambil cuti tanpa gaji tiga minggu
Cathay Pacific terpaksa mengarahkan 27,000 kakitangannya untuk mengambil cuti tanpa gaji selepas syarikat itu menghadapi krisis.
Cathay Pacific tersilap jual tiket harga AS$16,000 pada harga AS$675
Harga sebenar bagi tiket berkenaan AS$16,000 tetapi oleh kerana kesilapan teknikal ia menjadi 30 kali ganda lebih murah.
321 penumpang cemas, pesawat melintas angin kencang
Sembilan penumpang cedera apabila kapal terbang yang mereka naiki dilanda angin kencang di udara ketika sedang terbang melintasi ruang udara Jepun.