awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: JDT buka tirai tahun 2026 tewaskan Selangor
Polis kenal pasti 16 lagi mangsa kebakaran bar di Crans-Montana
Bekas jurulatih NFDP keluar bukan kosong, tetap boleh bantu perkembangan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengambilalihan baki saham MAHB cecah 75.73 peratus

Bernama
Bernama
07/01/2025
01:00 MYT
Pengambilalihan baki saham MAHB cecah 75.73 peratus
Tawaran pengambilalihan untuk saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham selebihnya dan tempoh telah dilanjutkan kepada Jumaat, 17 Jan 2025 daripada 8 Jan 2025. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pengambilalihan baki saham oleh pemberi tawaran bersama saham Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) bagi pihak Gateway Development Alliance Sdn Bhd, Pantai Panorama Sdn Bhd, Kwasa Aktif Sdn Bhd dan Gip Aurea Pte Ltd telah mencapai 75.73 peratus.
AmInvestment Bank dalam satu kenyataan semalam berkata jumlah saham MAHB yang dipegang oleh pemberi tawaran bersama dan pemberi tawaran muktamad bersama pada 5 petang, 6 Jan 2025 adalah pada 70.08 peratus (1,169,277,833 saham), dengan 5.65 peratus (94,297,176 saham) penerimaan belum selesai.
Ini menjadikan jumlah saham yang diperoleh sebanyak 75.73 peratus dengan sejumlah 1,263,575,009 saham.
Tawaran pengambilalihan untuk saham MAHB akan kekal pada RM11 bagi baki saham selebihnya dan tempoh telah dilanjutkan kepada Jumaat, 17 Jan 2025 daripada 8 Jan 2025, kata bank pelaburan itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#MAHB
#Kwasa Aktif
#penambilalihan
#saham
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan