LANGKAH syarikat gergasi teknologi, Microsoft membeli laman sosial untuk golongan profesional, LinkedIn pada nilai AS$26.2 bilion sekaligus menjadi pengambilalihan syarikat ke syarikat terbesar dalam industri teknologi sejak Hewlett Packard membeli Compaq pada 2002, mencetuskan cakap-cakap tidak rasional di kalangan industri. Namun jika perjanjian itu benar menunjukkan 'gelembung' dalam industri, ia tidak semestinya dalam sektor teknologi atau dalam pasaran saham.
Pertama, gabungan dua syarikat itu adalah masuk akal dari semua peringkat. Kedua-dua syarikat menyediakan perkhidmatan kepada pengguna berusia, korporat dan mempunyai misi hampir serupa, dengan Microsoft mahu 'membolehkan orang ramai dan perniagaan seluruh dunia sedar potensi sebenarnya' dan LinkedIn pula 'mahu menghubungkan dunia profesional menjadikan mereka lebih produktif dan berjaya'.
Cantuman kedua syarikat membolehkan penjimatan kos ketara: Microsoft mampu berjimat besar dengan mendisiplinkan pampasan berasaskan saham yang boros oleh LinkedIn, di mana syarikat rangkaian sosial itu meramalkan sekitar AS$580 juta pada 2016, dan dari segi pendapatan adalah antara AS$3.65 dan AS$3.7 bilion.
Kedua, ini bukan perjanjian melibatkan 'gelembung' saham yang biasa. Dalam transaksi sedemikian, sebuah syarikat dengan harga stok mendatar menerbitkan ekuiti untuk membiaya pembelian syarikat lain pada harga saham mendatar, dan kebiasaannya ia melonjakkan harga saham kedua dua syarikat lebih tinggi pada asas logik "1+1=3". Microsoft, sebaliknya, membayar pembelian dengan tunai. Pasaran saham, bagaimanapun, memberi reaksi pesimis pada awalnya: penilaian pasaran Microsoft jatuh lebih rendah dan peningkatan saham LinkedIn, menjadikan nilai gabungan entiti itu lebih rendah dari nilai syarikat masing-masing pada Jumaat.
Bagi melihat di mana gelembung mungkin berlaku, pertimbangkan kembali bagaimana Microsoft menjana dana untuk pembelian itu. Ia akan dijana sepenuhnya melalui terbitan bon baru, sekaligus menambah bebanan hutang AS$25 bilion yang sebelum ini telah meningkat kepada AS$15 bilion sejak tahun lepas.
Terbitan hutang korporat meningkat sejak krisis kewangan 2008 bagi beberapa sebab, termasuk dasar mudah tunai bank pusat, kadar faedah rendah atau negatif dalam kebanyakan pasaran maju dan langkah bank pusat asing membeli bon korporat secara langsung. Di Amerika Syarikat, tungakkan bon korporat berjumlah 27 peratus dari Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada Mac 2016, meningkat berbanding 20 peratus pada akhir 2007.
Untuk kepastian, separuh terbitan hutang adalah dalam bentuk arbitraj cukai: berbanding menanggung cukai dengan membawa masuk tunai dari luar negara untuk membayar belian balik saham, syarikat teknologi dan farmaseutikal Amerika meminjam wang dari dalam negara. Oleh itu, apabila sumber pinjaman dana adalah murah ia akan disalah guna, dan lebihan terbitan secara am merupakan petanda bahaya yang besar, sama ada ia melibatkan IPO teknologi pada akhir 1990, hutang gadai janji pada pertengahan tahun 2000, hutang sektor tenaga pada awal 2010 atau hutang korporat hari ini.
The Washington Post
Tue Jun 14 2016
Benarkah langkah Microsoft membeli LinkedIn pada nilai AS$26.2 bilion satu tindakan tidak rasional. - Gambar fail
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
COVID-19: Thailand kuat kuasa perintah 'gelembung dan tutup' di kem pekerja binaan
Thailand kuat kuasa kaedah 'gelembung dan tutup' di kem pekerja binaan di Bangkok untuk membendung gelombang ketiga penularan COVID-19.
Messi disiasat langgar protokol COVID-19 dengan parti barbeku
Messi didakwa menjemput rakan sepasukan dan pasangan masing-masing ke rumahnya bagi meraikan kemenangan 3-2 ke atas Valencia dengan parti barbeku.
Malaysia harap dapat umum gelembung lalu lintas udara dengan Singapura tidak lama lagi
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berharap Malaysia dapat mengumumkan gelembung lalu lintas udara dengan Singapura dan rakan hubungan bilateral lain, tidak lama lagi.
Pengambilalihan Linkedln oleh Microsoft dedah bahaya 'gelembung'
Langkah Microsoft membeli LinkedIn pada nilai AS$26.2 bilion mencetuskan cakap-cakap tidak rasional.