KUALA LUMPUR: Firma penyelidkan mengekalkan anggaran pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2022 pada 8.5 hingga 9.0 peratus walaupun Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPI) adalah sederhana.
Ambank Research dalam nota hari ini berkata output perindustrian secara umumnya teguh pada 2022, namun mereka meramalkan momentum pada masa akan datang akan diterjejas disebabkan kelembapan aktiviti ekonomi global pada 2023 berikutan impak kumulatif susulan langkah mengetatkan dasar monetari dalam kalangan bank pusat utama yang mula menunjukkan kesan.
"Selain itu, kita melihat bahawa pembukaan semula China merupakan isyarat positif untuk mengurangkan kesan kelembapan ekonomi global yang akan berlaku," kata firma penyelidikan itu.
Di dalam negara, Ambank Research berkata paras kadar faedah kekal akomodatif walaupun ia terus menyaksikan sokongan daripada penggunaan swasta.
"Anggaran awal kami menunjukkan KDNK pada suku keempat 2022 akan berada dalam jajaran 6.5 hingga 7.0 peratus iaitu lebih rendah berbanding 14.2 peratus pada suku terdahulu," katanya.
Mengenai KDNK Malaysia, Kenanga Investment Bank meramalkan penyusutan mendadak pertumbuhan pada suku keempat 2022 yang akan menjadikan pertumbuhan 2022 seperti ramalannya iaitu 8.6 peratus (2021:3.1 peratus).
Sementara itu, pertumbuhan indeks pembuatan 2023 dijangka sederhana kepada 6.6 peratus tahun ke tahun (2022:8.2 peratus; 2021:9.5 peratus) dengan pertumbuhan pembuatan dijangka dipengaruhi oleh permintaan luaran yang lemah berikutan ekonomi global bersedia mengalami kelembapan dan kemerosotan permintaan domestik.
"Ini dibuktikan oleh Indeks Pengurus Pembelian Pembuatan Malaysia yang susut untuk bulan kelima berturut-turut pada Januari (46.5; November: 47.8) dan kekal pada paras kemerosotan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 08 2023
Ambank Research berkata paras kadar faedah dalam negara dijangka akan kekal akomodatif walaupun ia terus menyaksikan sokongan daripada penggunaan swasta. - Fail/BERNAMA
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta, ditipu pelaburan tidak wujud
Seorang warga emas kerugian RM1,590,800 apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Nyanyian karol meriahkan persiapan sambut Krismas
Di Tawau lazimnya acara ini awal disember setiap tahun dari jam 7 malam dan ada kalanya sehingga jam 1 pagi.
376 peserta terpilih sertai SY Startup 2024
Ekoran sambutan hangat ini Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah mengesahkan program ini akan diteruskan pada tahun hadapan.
Kerajaan Sarawak berusaha tingkatkan pengeluaran beras
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu berkata bekalan makanan di negara ini mencukupi.
Penyelaras Kemanusiaan PBB suarakan kebimbangan krisis kemanusiaan yang semakin memuncak di Gaza
Muhannad Hadi melahirkan kebimbangan terhadap keadaan keselamatan dan kemanusiaan yang semakin merosot di Semenanjung Gaza.
Loji Electrolyser Sejingkat kurangkan masa penghasilan hidrogen
Loji electrolyser pertama Sarawak di Sejingkat berjaya mengurangkan masa penghasilan satu kilogram hidrogen kepada 30 kilowatt perjam berbanding 40 kilowatt perjam sehingga Julai lalu.
Fadillah setuju dua jawatan tertinggi PBB tidak dipertandingkan
PBB dijadual mengadakan perhimpunan agungnya pada Februari 2025 dengan pertandingan dikatakan tertumpu kepada saingan jawatan Naib Yang DiPertua
PBB perlu bersedia seakarang hadapi PRN - Fadillah
Naib Presiden Kanan PBB Datuk Seri Fadillah Yusof mengingatkan anggota parti itu agar tidak selesa dengan kemenangan besar dan pujian yang diberi kepada kerajaan sebaliknya fokus agar tidak terlepas kuasa ke tangan pihak lain.
353 premis KEMAS rosak akibat banjir di lapan negeri
Sebanyak 353 premis Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) rosak akibat banjir yang melanda lapan negeri sejak November lepas, membabitkan kerugian hampir RM6 juta.
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Pahang catat KDNK melebihi pertumbuhan nasional dua tahun berturut-turut
Pahang merekodkan pertumbuhan KDNK 10.8 peratus berbanding purata nasional iaitu 8.7 peratus pada 2022.
Industri Landskap Negara disasar sumbang RM40 bilion KDNK menjelang 2035 - Nga
Nga Kor Ming berkata sasaran itu diletakkkan selepas melihat industri landskap negara kini yang bernilai RM4 bilion.
Malaysia bakal raih manfaat daripada tarif meluas AS - Marc Ratings
Malaysia dijangka mendapat manfaat daripada tarif meluas yang dikenakan Amerika Syarikat (AS), sekurang-kurangnya dalam masa terdekat, demikian menurut MARC Ratings Bhd.
Nilai tambah KDNK sektor pembuatan naik 5.5 peratus suku ketiga 2024 - MITI
Nilai tambah Keluaran Dalam Kasar Negara (KDNK) bagi sektor pembuatan meningkat kepada RM97.4 billion pada suku ketiga 2024.
Ekonomi Malaysia dijangka tumbuh 5 peratus tahun depan - MARC Ratings
MARC Ratings Berhad menjangkakan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia kekal kukuh sekitar 5 peratus.
Malaysia di landasan tepat kurangkan kadar defisit secara konsisten - Amir Hamzah
Malaysia berada pada landasan yang betul dalam mengurangkan kadar defisit secara konsisten, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
KDNK Sarawak diunjur lebih 5.0 peratus pada 2025 - Abang Johari
Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Sarawak yang dipacu oleh pelaburan strategik dalam infrastruktur dan teknologi hijau diunjurkan melepasi 5.0 peratus pada 2025.
Putin luluskan belanjawan persekutuan untuk 2025-2027
Presiden Rusia Vladimir Putin meluluskan belanjawan persekutuan bagi 2025 serta tempoh yang dirancang untuk 2026-2027.
Saham perbankan seret turun Bursa Malaysia ke paras bawah 1,600
Penurunan saham wajaran tinggi perbankan menjejaskan Bursa Malaysia sehingga menyeret turun indeks di bawah paras penting 1,600 mata.
Dasar ekonomi Trump boleh tambah RM19.7 bilion kepada KDNK Malaysia - Juwai IQI
Dasar ekonomi Donald Trump dijangka memberi kesan besar ke atas ekonomi Malaysia, dengan unjuran menunjukkan cara Presiden AS itu boleh menyumbang RM19.7 bilion kepada KDNK negara.