KUALA LUMPUR: Pengeluar sarung tangan kini patut mengalihkan fokus mereka kepada pemain industri bukan perubatan dan menjadikan mereka sebagai pelanggan bagi memastikan industri itu kekal lumayan dan terus berkembang daripada menumpukan kepada sektor penjagaan kesihatan semata-mata, kata Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Zuraida Kamaruddin.
Beliau berkata, pemain perlu menjadi kreatif untuk meneroka cara dan kaedah baharu untuk menjadikan industri sarung tangan berkembang semula dan mencatatkan keuntungan walaupun bukan pada kadar apabila permintaan melonjak naik dan harga jualan purata mencapai paras rekod tertinggi.
Selain itu, katanya, wabak tersebut telah mencetuskan kesedaran tentang kepentingan kebersihan untuk mencegah pencemaran atau membendung penularan penyakit.
"Lagipun, sarung tangan pakai buang yang bergred bukan perubatan terdapat dalam pelbagai saiz, warna, ketebalan dan tekstur. Ia juga digunakan dalam pelbagai perniagaan seperti dalam perniagaan tatu, makmal dan pusat jagaan kanak-kanak.
"Walaupun industri minuman dan makanan merupakan pengguna sarung tangan dengan permintaan yang terhad, tempoh lapan hingga 10 tahun yang lalu ini telah menyaksikan peningkatan tahap kesedaran dengan pemain industri dan pengguna sama-sama menyedari hakikat bahawa pengendalian makanan berkisar pada tahap kebersihan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Zuraida berkata sarung tangan juga digunakan dalam industri elektronik semikonduktor untuk melindungi komponen elektrik atau elektronik daripada pencemaran.
"Baru-baru ini, saya juga telah melawat 10 negara termasuk Mesir, Qatar, Pakistan dan Turki untuk mempromosikan komoditi negara dan membuka pasaran baharu dan semasa lawatan ini, beberapa memorandum persefahaman (MoU) telah ditandatangani dan saya juga mengambil kesempatan untuk menepis beberapa dakwaan terhadap komoditi negara dan memberi fakta yang betul," katanya.
Justeru, beliau menegaskan kementerian tersebut akan melakukan segala yang mampu untuk membantu pengeluar tempatan mendapatkan pasaran baharu dan melebarkan sayap mereka kepada sektor bukan perubatan.
"Kami sentiasa bekerjasama rapat dengan pemain industri tempatan dan kerjasama ini akan memastikan industri sarung tangan getah tempatan negara akan terus berkembang maju," katanya.
Sehubungan itu, katanya, langkah Pertubuhan Pengilang Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) untuk memanfaatkan industri bukan perubatan sebagai pemacu permintaan masa depan bagi sarung tangan gred bukan perubatan adalah tepat.
"Telah diketahui ramai bahawa harga saham sarung tangan di Bursa Malaysia telah merosot dengan ketara sejak pertengahan tahun lalu.
"Walaupun ia menyakitkan, kita harus menerima hakikat bahawa tempoh kemuncak semasa pandemik COVID-19 pada tahun 2020 yang telah mendorong pertumbuhan pesat industri ini dengan pemain baharu mungkin tidak berulang lagi terutamanya apabila dunia beransur-ansur beralih ke fasa endemik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed May 04 2022
Zuraida berkata, pemain perlu menjadi kreatif untuk meneroka cara dan kaedah baharu untuk menjadikan industri sarung tangan berkembang semula. - Gambar fail/Bernama
RUU mengenai hak kebebasan rakyat perlu perundingan lebih menyeluruh dengan ahli parlimen – Pegawai Ahli Parlimen
Pegawai Khas Ahli Parlimen Subang , Wong Ivan berkata perundingan dengan ahli-ahli parlimen perlu dilakukan dengan lebih menyeluruh dan diberi peruntukan masa yang lebih panjang untuk menilai sebarang usul Rang Undang-undang (RUU) yang dikemukakan oleh kerajaan. Jelasnya, perundingan ini adalah lebih mustahak apabila ia melibatkan yang memberi kesan kepada hak kebebasan rakyat untuk bersuara. #DialogAnakMuda
Hak kebebasan tidak akan tercapai selagi ‘Akta Sakit Hati’ masih wujud - SUARAM
Pengurus Program Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Azura Nasron berkata kebebasan bersuara yang hakiki tidak akan dapat dicapai selagimana masih ada peruntukan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Beliau mempertikaikan bahawa definisi ‘jelik melampau’ dalam peruntukan berkenaan tidak terlepas daripada kemungkinan akan disalahguna pada masa akan datang. #DialogAnakMuda
Pindaan Akta 588 tidak jamin persekitaran media sosial yang sihat – Ketua Pengarang Cilisos
Ketua Pengarang Cilisos Media, Iqbal Fatkhi berkata pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588) tidak menjamin persekitaran penggunaan media sosial yang sihat. Beliau mengkritik definisi ‘jelik melampau’ dalam Seksyen 233 Akta berkenaan yang masih tidak jelas dan samar. #DialogAnakMuda
Tekankan aspek penggunaan media sosial secara hemat pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia dan Yang Di Pertua Persatuan Alumni MFLS Universiti Malaya, Esther Ezhil Nanggai berkata belia perlu didedahkan dengan cara penggunaan media sosial yang berhemat susulan pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, peruntukan undang-undang tidak menjamin matlamat Akta berkenaan dicapai tanpa kesedaran dalam kalangan belia. #DialogAnakMuda
Komentar berunsur perkauman, agama masih perlu dikawal pasca pindaan Akta 588 - Belia
Ahli Parlimen Belia Malaysia Negeri Perak dan Setiausaha Politik Ahli Dewan Negeri (ADN) Canning, Tan Li Pei berkata sebarang kandungan, perkongsian dan komentar di media sosial masih perlu dikawal pasca pindaan Akta Komunikasi dan Multimedia (Akta 588). Jelasnya, kawalan terhadap unsur-unsur perkauman dan agama bukan suatu bentuk menafikan hak kebebasan bersuara rakyat. #DialogAnakMuda
Bekas remisier didakwa tipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan berhubung pembelian saham
Seorang bekas remisier mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen menipu anak bekas Menteri Wilayah Persekutuan dalam urusan pembelian saham pembekalan peralatan golf, tahun lepas.
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tiada risiko kekurangan sarung tangan getah meskipun penularan mpox - MARGMA
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai potensi lonjakan permintaan akibat penularan wabak itu, tidak perlu membuat pembelian panik.
MARGMA yakin permintaan sarung tangan getah global meningkat pada 2024
Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia (MARGMA) yakin permintaan global terhadap sarung tangan getah akan meningkat pada 2024.
Permintaan, harga untuk sarung tangan getah perubatan, pembedahan dijangka meningkat - Pakar
Permintaan untuk sarung tangan getah perubatan dan pembedahan meningkat pada bulan lepas walaupun situasi lebihan bekalan yang berterusan dan dijangka mencapai keseimbangan menjelang 2025.
Langkah muktamadkan mekanisme harga getah mampu dicapai walau mencabar - Pakar
Dennis Low berkata usaha bagi mencapai persetujuan bersama dan menumpukan mekanisme ini tidak sukar jika terdapat satu objektif bersama.
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Pemulihan sektor sarung tangan getah terus dibelenggu cabaran
Penurunan harga saham punca Top Glove, Hartalega terkeluar daripada komponen utama FBM KLCI
Isu lebihan bekalan dalam industri sarung tangan getah telah mempengaruhi harga saham kedua-dua syarikat berkenaan.
Malaysia terajui pengeluaran inovatif sarung tangan getah - MARGMA
Negara mengeluarkan kira-kira 259 bilion unit sarung tangan yang dibekalkan ke 195 negara.
KPPK optimis Malaysia mampu capai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bln tahun ini
Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) optimis Malaysia mampu mencapai nilai eksport sarung tangan getah RM23.6 bilion pada tahun ini susulan terdapat peningkatan dalam budaya kebersih
Ketidaktentuan pasaran jejas pasaran getah minggu depan
Wujud kebimbangan mengenai kekurangan makanan dan musim sejuk dalam keadaan konflik Rusia-Ukraine ketika ini.
Lelaki, anak tiri didakwa tipu bekalan sarung tangan lebih RM700,000
Seorang lelaki dan anak tirinya mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan memperdaya dua lelaki berhubung pembekalan sarung tangan getah yang tidak wujud.