Skip to main content

Sukan

Sivasangari terkandas di suku akhir di El Gouna

Sumber: El Gouna Squash
Sivasangari memberikan saingan sengit tetapi gagal mengekang kehebatan Sherbini yang berada di ranking kedua. - Facebook El Gouna Squash

KUALA LUMPUR: Cabaran Malaysia di Kejohanan Skuasy Terbuka Antarabangsa El Gouna 2026 berakhir apabila pemain utama negara S. Sivasangari tersingkir di suku akhir setelah tewas straight set kepada pemain Mesir Nour El Sherbini, semalam. 

Pemain nombor enam dunia itu memberikan saingan sengit tetapi gagal mengekang kehebatan Sherbini yang berada di ranking kedua, untuk mencatat kemenangan 3-0 iaitu, 12-10, 11-8, 11-9.

Advertisement

Sivasangari sebelum ini menampilkan aksi cemerlang untuk mara ke kelompok lapan terbaik. 

Sementara itu, Sherbini yang mara ke separuh akhir akan berdepan sama ada wakil Amerika, Olivia Weaver atau Britain, Georgina Kennedy untuk melangkah ke final. 

Terdahulu, kempen pasukan lelaki Malaysia tamat di pusingan kedua selepas Ng Eain Yow kalah 11-7, 11-2, 11-8 kepada pemain nombor dua dunia dari New Zealand, Paul Coll.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video