Pengeluaran dan eksport minyak sawit November susut 5.30 serta 28.13 peratus - MPOB

Eksport minyak kelapa sawit turun 28.13 peratus kepada 1.21 juta tan daripada 1.69 juta tan, kata MPOB dalam laporan November, Prestasi Industri Minyak Sawit Malaysia. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Pengeluaran minyak sawit Malaysia (MSM) merosot 5.30 peratus dari bulan ke bulan kepada 1.94 juta tan pada November 2025 berbanding 2.04 juta tan yang dicatatkan semasa Oktober 2025, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Ringkasan AI
- Pengeluaran minyak sawit Malaysia (MSM) merosot 5.30% kepada 1.94 juta tan pada November 2025 berbanding bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
- Eksport minyak kelapa sawit turun 28.13% kepada 1.21 juta tan, sementara output isirong sawit jatuh 7.43% kepada 442,266 tan.
- Inventori MSM meningkat 17.56% kepada 1.74 juta tan pada November, manakala eksport oleokimia berkurangan 20.13% tetapi eksport biodiesel melonjak 104.79%.
Pengeluaran minyak isirong sawit mentah turun 1.35 peratus kepada 207,679 tan, manakala output kek isirong sawit menyusut 1.92 peratus kepada 225,357 tan.
Inventori MSM naik 17.56 peratus kepada 1.74 juta tan pada November, manakala inventori minyak sawit diproses mengukuh sebanyak 6.50 peratus kepada 1.09 juta tan.
"Ini membawa jumlah inventori minyak sawit menjadi lebih tinggi sebanyak 13.04 peratus kepada 2.83 juta tan pada November daripada 2.51 juta tan yang disaksikan pada Oktober," kata MPOB.
Eksport minyak isirong kelapa sawit pula melemah sebanyak 13.20 peratus kepada 87,287 tan, manakala eksport kek isirong sawit mencatatkan kenaikan 5.02 peratus dari bulan ke bulan kepada 228,080 tan.
Eksport oleokimia berkurangan 20.13 peratus dari bulan ke bulan kepada 203,325 tan tetapi eksport biodiesel melonjak 104.79 peratus kepada 47,059 tan.
"Import MSM pada November adalah sifar manakala jumlah import minyak sawit merosot 61.30 peratus dari bulan ke bulan kepada 3,365 tan berbanding 8,695 tan yang dicatatkan pada Oktober," tambahnya lagi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami


