awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman digital: Undang-undang jenayah perlu seiring kemajuan siber - Azalina
[TERKINI] Pendaftaran murid darjah satu bagi tahun 2027 dibuat secara dalam talian
Hentikan boikot zakat, wakaf susulan isu ceroboh tanah perkuburan - Zulkifli

Kementerian, GLIC digesa tumpu pada penilaian keberkesanan inisiatif PuTERA35 - PM Anwar

Bernama
Bernama
28/01/2026
07:10 MYT
Kementerian, GLIC digesa tumpu pada penilaian keberkesanan inisiatif PuTERA35 - PM Anwar
Anwar ketika mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini. -Foto Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa kementerian serta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) memberi penekanan serius terhadap aspek penilaian keberkesanan inisiatif berimpak tinggi di bawah Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 (PuTERA35).
Beliau yang mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) Bilangan 1 Tahun 2026 hari ini berkata kementerian dan GLIC juga perlu memastikan pelaksanaan inisiatif yang dirangka tidak bertindih dan bersifat saling melengkapi.
Anwar menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini berkata analisis mendalam dan berterusan penting bagi mengelakkan kecenderungan hanya sekadar menyenaraikan usaha yang telah dilaksanakan, tanpa menilai impak sebenar serta ruang penambahbaikan yang wajar diterokai.
Menurut beliau, MEB telah meneliti secara menyeluruh kemajuan pelaksanaan serta inisiatif berimpak tinggi di bawah PuTERA35.
“Mesyuarat turut mengambil maklum kemajuan semasa pelaksanaan pelbagai inisiatif oleh GLIC dalam menyokong agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera, khususnya dalam bidang pembangunan hartanah, keusahawanan, pembangunan bakat dan inisiatif sosial.
“Dengan pendekatan yang lebih bersepadu, berfokus dan tersusun, saya yakin inisiatif di bawah PuTERA35 akan terus memberi manfaat merentasi pelbagai lapisan masyarakat serta menzahirkan hasil yang dihasratkan demi kemakmuran ekonomi Bumiputera dan negara secara keseluruhan,” kata Anwar.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anwar Ibrahim
#GLIC
#Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035
#PuTERA35
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.