awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kebakaran bar di Switzerland mungkin berpunca daripada bunga api pada botol minuman - Pihak berkuasa
Kejayaan usahawan perintis tanaman bawang bukti keberkesanan kerjasama MARDI, petani
Bali akan periksa baki akaun simpanan pelancong asing dalam usaha promosi pelancongan berkualiti
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pengerusi baharu Serba Dinamik letak jawatan, tidak setuju tindakan 'berat sebelah'

Dagang News
Dagang News
21/12/2021
01:00 MYT
Pengerusi baharu Serba Dinamik letak jawatan, tidak setuju tindakan 'berat sebelah'
Mohamed Farid Abu Hassan yang baharu menjawat tugas itu bulan lepas, mengumumkan perletakan jawatan, berpunca daripada tidak puas hati terhadap tindakan berat sebelah' penguasa peraturan terhadap Serba Dinamik. -Dagang News
KUALA LUMPUR: Pengerusi Serba Dinamik Holdings Bhd, Datuk Seri Mohamed Farid Abu Hassan yang baharu menjawat tugas itu bulan lepas, mengumumkan perletakan jawatan, berpunca daripada tidak puas hati terhadap tindakan `berat sebelah' penguasa peraturan terhadap Serba Dinamik.
Mohamed Farid, 62, merupakan bekas pengarah Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia dan dilantik sebagai pengerusi kumpulan syarikat penyedia perkhidmatan minyak dan gas global tersebut pada 24 November 2021.
Dalam pernyataan kepada Bursa Malaysia, Serba Dinamik turut mengumumkan peletakan jawatan pengarah bebas bukan eksekutifnya, Siti Zaleha Sulaiman atas alasan sama.
Siti Zaleha, 57, yang dilantik menganggotai lembaga pengarah pada 7 Julai 2021 merupakan bekas ketua pengurusan risiko korporat di Bursa Malaysia.
Susulan perletakan jawatan Mohamed Farid itu, lembaga pengarah syarikat melantik pengarah bukan bebas bukan eksekutifnya, Datuk Abdul Kadier Sahib sebagai pengerusi baharu syarikat, berkuatkuasa 20 Disember 2021.
“Datuk Abdul Kadier adalah ahli Parti Pesaka Bumiputera Bersatu Sarawak (PBB) dan merupakan Exco Pemuda PBB selama dua penggal dari 1985 hingga 1989.
''Beliau adalah ahli aktif Dewan Perniagaan Bumiputera Sarawak (DUBS) dan dilantik sebagai Pengerusi cawangan Bintulu pada 1986 untuk selama tiga penggal sehingga 1991, kemudiannya berperanan sebagai penasihat DUBS dari 1992 hingga 1994.
“Pada masa ini, beliau merupakan Naib Presiden DUBS, setelah memenangi pemilihan pada 2014 dan akan terus memegang jawatan itu sehingga 2023.
''Datuk Abdul Kadier juga dilantik sebagai Ahli Majlis Bintulu Development Authority dari 1991 hingga 1997 dan 2013 hingga 2021,” kata Serba Dinamik.
*Berita asal di DagangNews.com
Topic Berkaitan
#Serba Dinamik
#Farid Abu Hassan
#Siti Zaleha Sulaiman
#Bursa Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan