KUALA LUMPUR: Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pengurangan cukai korporat yang berada di paras 24 peratus ketika ini melainkan asas-asas cukai dapat diperluas dan negara berupaya mengekalkan trajektori pertumbuhan lebih kukuh berbanding purata, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz.
"Jika kita lihat cukai pendapatan korporat, ia memaparkan bahagian besar daripada hasil Kerajaan Persekutuan iaitu kira-kira 32.8 peratus termasuk cukai pendapatan petroleum dan dalam keadaan defisit fiskal yang makin meluas dan dianggarkan sekitar 6.5 peratus tahun ini akibat pandemik COVID-19.
"(Oleh itu) saya percaya Malaysia pada masa ini tidak berada dalam kedudukan untuk mampu melaksanakan pengurangan kadar cukai berikutan salah satu masalah itu memberi kesan terhadap asas cukai.
"Hanya selepas kita dapat memperluas asas cukai dan mengekalkan trajektori pertumbuhan yang lebih kukuh berbanding purata, barulah kita boleh mempertimbang kemungkinan mengurangkan kadar cukai korporat tersebut," katanya.
Beliau berkata demikian dalam program temu bual dengan media Singapura, The Straits Times bertajuk "Beyond the Pandemic: Malaysia's Way Forward," secara maya, malam tadi.
Mengulas selanjutnya, Tengku Zafrul berkata, bagaimanapun, memandangkan trend global lebih berpihak kepada penurunan cukai korporat, Malaysia pada masa depan berkemungkinan perlu menyemak semula struktur korporat agar selaras dengan pertumbuhan ekonomi lebih meluas dalam jangka pertengahan, katanya.
Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan mengenai kemungkinan Malaysia mempertimbang langkah mengurangkan kadar cukai korporatnya kepada 15 peratus dalam tempoh 3-5 tahun akan datang.
Cukai korporat Malaysia adalah antara yang tertinggi di ASEAN dan Singapura terendah pada 17 peratus manakala Vietnam, Thailand serta Cambodia masing-masing pada 20 peratus dan Indonesia pada 22 peratus.
"Oleh itu, cukai korporat yang lebih rendah bukanlah satu-satunya komponen untuk menarik pelaburan langsung asing (FDI). Ini kerana terdapat faktor utama lain seperti infrastruktur baik, aspek modal insan serta peraturan yang jelas," katanya.
Dalam Kenyataan Pra-Belanjawan yang diterbitkan baru-baru ini, Kementerian Kewangan (MoF) berkata kerajaan sedang meneliti langkah bagi meningkatkan hasil cukai melalui peningkatan pematuhan cukai selain menangani ketirisan hasil, terutama yang melibatkan aktiviti penyeludupan barangan berduti tinggi yang dianggar berjumlah RM5 bilion.
Menurut MoF, antara cadangan dalam penelitian termasuk pelaksanaan Program Khas Pengakuan Sukarela (SVDP) bagi cukai tidak langsung yang ditadbir oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).
Pada masa sama, kerajaan juga sedar bahawa persekitaran pelaburan yang kondusif sama ada bagi pelaburan langsung asing atau pelaburan langsung domestik merangkumi banyak aspek, termasuk kestabilan ekonomi dan politik, dasar yang konsisten dan telus, pasaran buruh yang efisien, tahap kemudahan infrastruktur, tadbir urus yang mantap, rangka perundangan yang kukuh dan kualiti hidup yang selesa di Malaysia.
Insentif fiskal termasuk cukai merupakan antara faktor penarik pelaburan berkenaan, namun ia juga boleh memainkan peranan penting sebagai alat dasar untuk memacu pelaburan di Malaysia.
Bagi mengulas ketirisan hasil, MoF dalam dokumen 17 muka surat itu berkata Pasukan Kerja Pelbagai Agensi yang dipengerusikan oleh kementerian itu sebagai sebuah platform bagi merangka strategi membendung aktiviti penyeludupan telah diperkasakan melalui penyertaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Pusat Pencegahan Jenayah Kewangan Nasional.
Dalam pada itu, menyentuh keyakinan pelabur dan FDI, Tengku Zafrul mengakui aspek itu telah terjejas teruk akibat pandemik COVID-19 dan turut berkaitan dengan keadaan politik dalam negara.
"Namun, di sebalik semua ini, kita telah mencatat aliran masuk pelaburan yang lebih baik, terutamanya membabitkan FDI bagi tempoh separuh pertama 2021 berbanding tempoh sama pada 2020.
"Oleh itu, jika anda teliti kadar vaksinasi Malaysia dan keadaan yang mana lebih banyak sektor ekonomi dibuka semula, kita juga pada masa sama turut menjangkakan peningkatan prospek pelaburan secara umumnya," katanya.
Malaysia juga kekal sebagai destinasi pelaburan pilihan berikutan ekosistem pelaburannya yang maju.
"Selain itu, aspek lain yang tidak kurang pentingnya adalah pelaburan langsung domestik (DDI) yang akan terus kita beri penekanan," katanya.
Bernama
Thu Sep 02 2021
Tengku Zafrul berkata, Malaysia tidak mampu untuk melaksanakan pengurangan cukai korporat yang berada di paras 24 peratus ketika ini. -Gambar fail
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Penang Silicon Design @5km+ bakal kukuh kedudukan Malaysia dalam landskap semikonduktor global
Inisiatif Penang Silicon Design @5km yang dilancarkan hari ini bakal mewujudkan peluang pekerjaan berkemahiran tinggi di negara ini.
Tiada cadangan rasmi dipersetujui mengenai 'de-dollarisation' - Tengku Zafrul
Tiada cadangan rasmi telah dipersetujui bagi tujuan de-dollarisation atau pengurangan kebergantungan kepada dolar Amerika Syarikat (AS) yang menjadi mata wang tradisi perdagangan antarabangsa.
Tengku Zafrul saksikan pemeteraian empat MoU antara perniagaan Malaysia-Korea Selatan
Kerjasama perniagaan dan perdagangan Malaysia-Korea Selatan diperkukuh dengan pemeteraian empat MoU antara agensi kerajaan dengan firma tempatan hari ini.
Malaysia pertimbang sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor - Tengku Zafrul
Malaysia sedang menilai keperluan untuk mengadakan sesi libat urus dengan syarikat semikonduktor tempatan dan antarabangsa.
Pulang aset 1MDB: PAC akan panggil Tengku Zafrul, Guan Eng
PAC telah mendengar mengenai usaha-usaha kerajaan dalam mendapatkan aset-aset 1MDB serta pembiayaan hutang 1MDB yang berjumlah RM9.456 bilion.
Industri Halal Malaysia pacu partumbuhan di bawah Kepengerusian ASEAN, Belanjawan 2025
MITI akan pastikan industri halal dan PKS Malaysia meraih manfaat daripada dasar perdagangan dan pelaburan ASEAN apabila negara memegang jawatan Pengerusi ASEAN tahun depan.
NIMP 2030 berhasil tingkat KDNK, peluang pekerjaan, gaji median - Tengku Zafrul
MITI yakin sasaran utama yang ditetapkan bagi tahun pertama NIMP 2030 dapat dicapai memandangkan tiga daripadanya telah merekodkan pencapaian memberangsangkan.
Malaysia dijangka meterai FTA dengan UAE akhir tahun ini - Tengku Zafrul
Malaysia dijangka menandatangani perjanjian perdagangan bebas (FTA) dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada akhir tahun ini.
Malaysia sedia bekerjasama dengan UNESCAP promosi pelaburan - Tengku Zafrul
Malaysia sedia meneroka peluang kerjasama dengan UNESCAP dalam mempromosi pelaburan dan pelaburan hijau.
Ekonomi Malaysia antara yang terbaik di dunia – Tengku Zafrul
Ekonomi Malaysia yang mampan menjadikan Malaysia antara beberapa negara di dunia yang menunjukkan pertumbuhan pantas terutama ketika ketidaktentuan ekonomi global.