KUALA LUMPUR: Pengurangan pengeluaran minyak secara sukarela Arab Saudi sebanyak satu juta tong sehari (mbpd) akan memberikan lebih banyak sokongan harga untuk industri minyak dan gas (OG) tempatan sekiranya ia dilanjutkan hingga akhir tahun ini, kata RHB Research (RHB).
Pengeluar OG itu membuat ikrar tersebut semasa mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum dan sekutu (OPEC+) pada Ahad.
RHB Research dalam nota penyelidikan hari ini berkata, sementara hasil mesyuarat itu mengulangi komitmen OPEC+ untuk menyokong dan menyediakan kestabilan bagi pasaran OG, impak ke atas pasaran dijangka minimum.
"Harga minyak agak lemah berikutan prospek ekonomi tidak menentu termasuk data ekonomi China yang lemah dan kebimbangan siling hutang Amerika Syarikat serta pengukuhan dolar US.
"Walaupun harga minyak mentah Brent berada pada purata di bawah unjuran US$85 setong pada suku kedua 2023 - risiko menurun kepada unjuran tahun penuh kami - kami masih menjangkakan pasaran minyak bertambah baik pada separuh kedua 2023," katanya.
Dalam laporan bulanan OPEC Mei, RHB Research berkata permintaan minyak masih diunjurkan meningkat sebanyak 2.3 mbpd kepada 101.9 mbpd pada 2023.
"Walaupun masih terdapat risiko untuk jumlah sedemikian dikurangkan, kami percaya pengaruh OPEC+ kekal kukuh dan strateginya untuk melindungi pasaran minyak melalui pengurangan pengeluaran masih utuh," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jun 06 2023
Harga minyak agak lemah berikutan prospek ekonomi tidak menentu termasuk data ekonomi China yang lemah dan kebimbangan siling hutang Amerika Syarikat serta pengukuhan dolar US. - Gambar hiasan
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
KPM akan memperluas inisiatif kelas hibrid
Kementerian Pendidikan (KPM) bercadang memperluaskan kelas hibrid di 110 sekolah sedia ada kepada 400 sekolah dengan peruntukan RM340 juta.
PM Anwar lawat Petronas, dengar taklimat berhubung industri minyak dan gas negara
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengadakan lawatan kerja ke Petronas di Menara Berkembar Petronas.
Pengurangan minyak Arab Saudi menyokong pasaran - RHB
Sementara hasil mesyuarat itu mengulangi komitmen menyokong kestabilan bagi pasaran OG, impak ke atas pasaran dijangka minimum.
Sabah terima pakai sekatan kemasukan 23 negara ditetapkan Kerajaan Persekutuan
Semua kemasukan ke Sabah adalah tertakluk kepada arahan sekatan kemasukan yang dikeluarkan oleh kerajaan negeri dari semasa ke semasa.
Sarawak: JPBNS pinda syarat kemasukan bagi pekerja industri minyak dan gas
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini mengumumkan pindaan kepada syarat kemasukan bagi pekerja industri minyak dan gas di negeri itu.
Sarawak: JPBN garis prosedur baharu sebelum dan selepas ke pelantar minyak
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak hari ini menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) terbaharu khusus bagi pekerja industri minyak dan gas di negeri itu.
Bukan warga Malaysia masuki Sarawak dari luar negara perlu jalani kuarantin
Mereka akan dikuarantin selama 14 hari dan diambil ujian RT-PCR pada hari kedua dan hari ke-10, dengan kos kuarantin dan ujian ditanggung sendiri.
Sapura Energy kurangkan 20 peratus pekerja sepenuh masa
Pada akhir April lepas, Sapura Energy telah mengumumkan langkah potongan gaji yang membabitkan satu pertiga daripada tenaga kerjanya.
Ringgit terus mengukuh pada pembukaan
Unjuran ke atas ringgit kekal positif memandangkan risiko semakin menurun susulan perkembangan terbaru perjanjian perdagangan US-China.
Beri pertimbangan adil, pampasan sewajarnya jika terpaksa kurangkan pekerja - Najib
Perdana Menteri berkata antara yang boleh dilakukan adalah memberi pampasan sewajarnya kepada para pekerja untuk meneruskan kehidupan.