Para pengedar telefon dan penyedia telekomunikasi tempatan kini mengalami lonjakan jualan yang besar selepas kerajaan memutuskan untuk membenarkan pemberian rebat RM200 bagi kesemua jenis telefon pintar.
Malah, sesetengahnya berhadapan masalah baharu, iaitu mereka tidak mempunyai telefon yang mencukupi untuk dijual, berikutan lonjakan permintaan tersebut.
Langkah kerajaan mengetepikan had membeli telefon pintar bernilai RM500 satu atau kurang dijangka memanfaatkan kira-kira sejuta belia berusia antara 21 dan 30 tahun yang berpendapatan kurang RM3,000 sebulan.
Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk Sdn Bhd Jason Lo berkata sejak pengumuman tersebut, permintaan mendapatkan telefon pintar telah meningkat lebih 50 peratus.
Tune Talk adalah salah satu penyedia perkhidmatan bagi pakej itu di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
"Pengumuman itu adalah langkah yang baik oleh kerajaan. Kami menerima sekitar 10 hingga 15 permohonan baharu mendapatkan rebat setiap hari dan bilangan itu semakin meningkat," kata Lo kepada Bernama.
Langkah proaktif kerajaan itu memanfaatkan 800 peniaga Tune Talk di seluruh negara, katanya.
"Kami tiada masalah di segi stok telefon pintar kerana dasar kami ialah untuk menempah hanya apabila ada permintaan. Kini, permintaannya masih terkawal," kata Lo.
Ketua Jualan NineTology Malaysia Sdn Bhd Eddy Tay berkata para belia mendapat manfaat dari langkah kerajaan melengkapi mereka dengan telefon pintar kerana mereka kini akan dapat memilih lebih banyak model.
"Para belia hari ini bukan sahaja membeli telefon pintar bagi berkomunikasi, malah juga bagi mendapatkan data dari Internet," katanya.
Melalui pengumuman terbaharu itu, Tay berkata permintaan dari para pengedarnya juga meningkat.
Sementara itu, Pengarah Bahagian Terminal ZTE Malaysia Jeremy Zhao berharap kerajaan akan melebarkan kempen itu sehingga meliputi bukan sahaja telefon pintar, malah turut meliputi keseluruhan senarai produk jalur lebar mudah alih bagi membantu meningkatkan opsyen pengguna akhir dan meningkatkan penembusan jalur lebar mudah alih di Malaysia.
"Pada peringkat awal, 23 model telah di senarai pendek, tetapi kini kesemua vendor telefon pintar mendapat manfaatnya," katanya, sambil menyatakan syarikatnya turut mencatatkan peningkatan jualan.
Juga baca:
Rebat RM200. Bagaimana cara untuk memohon?
Bernama
Wed Jan 23 2013
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Taylor’s College raih keunggulan pendidikan dengan Anugerah Platinum ACCA
Pencapaian status Platinum ini selaras dengan aspirasi negara untuk melahirkan 60,000 akauntan bertauliah menjelang 2030.
#AWANIRingkas 14 Disember 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 14 Disember 2024
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
1️⃣ Banjir: Arahan KPKT kepada PBT
2️⃣ Jualan kenderaan baharu Malaysia
3️⃣ Kes bayi dibeku di hospital di Klang
#awaniringkas
Kes bayi beku: “Jangan simpan jenazah terlalu lama jika tiada alasan munasabah” - Dr Maza
Islam tidak hanya menitikberatkan hak terhadap mereka yang masih hidup, tetapi juga memastikan hak jenazah dipelihara, kata Mufti Perlis.
Pindaan Perlembagaan PKR bakal libatkan jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik - Fuziah
Kongres Khas PKR pada Ahad (15 Dis) antara lain akan meminda Perlembagaan parti yang menyentuh jumlah perwakilan, kuota gender dan etnik.
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Pembinaan akademi badminton alami kelewatan
Akademi Badminton Kebangsaan, yang menjadi sebahagian daripada Bajet 2013 turut mengalami nasib sama Velodrom Nasional Malaysia ekoran masalah teknikal dan lewat hampir setahun daripada jadual asal.
Bajet 2013, Bajet untuk rakyat
Sorotan Bajet 2013
Bajet 2013 - Hasil & Perbelanjaan
Hasil dan perbelanjaan Kerajaan Persekutuan
Sorotan Bajet 2013
Sorotan Bajet 2013
Peniaga telefon catat lonjakan jualan telefon pintar
Para pengedar telefon dan penyedia telekomunikasi mengalami lonjakan jualan yang besar selepas kerajaan memutuskan untuk memberikan rebat RM200.
5,500 belia mendaftar untuk rebat telefon pintar
Hampir 5,500 belia, berumur 21 hingga 30 tahun, telah mendaftar untuk mendapatkan rebat RM200 Pakej Komunikasi Belia (PKB) bagi pembelian telefon pintar.
Pendaftaran rebet telefon pintar bermula Selasa - SKMM
Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.
Bayaran RM1,000 untuk veteran tentera dibuat Januari
Jabatan Hal Ehwal Veteran Angkatan Tentera Malaysia meminta semua 234,500 bekas tentera tidak berpencen mengisi borang SVTB1M yang diedar sejak 1 Nov.
Teruja tunggu rebat telefon pintar
Golongan belia kini mula meninjau telefon pintar di pasaran sementara menunggu pelaksanaan rebat RM200 bagi pembelian satu unit telefon mudah alih 3G yang diumum kerajaan pada September lepas.
Rebat telefon pintar dilaksana Januari tahun depan
Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Jan depan.