GEORGE TOWN: Penubuhan 25 Startups, inkubator pertama Malaysia untuk teknologi Blockchain dan Internet-of-Things (loT), adalah tepat pada masanya untuk melengkapkan ekosistem pembuatan Pulau Pinang yang kukuh.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin berkata 25 Startups akan menarik pelbagai syarikat permulaan tempatan dan asing yang khusus dalam Blockchain dan loT yang matlamatnya untuk menguji potensi pasaran mereka dalam industri teknologi Malaysia yang berkembang pesat dan membangunkan produk mereka di peringkat tempatan di Pulau Pinang.
"Sepanjang tempoh 50 tahun, Pulau Pinang telah membina ekosistem pembuatan yang kukuh. Bagaimanapun, pembuatan sahaja tidak mencukupi untuk berada di hadapan dan memenuhi permintaan dan jangkaan pelanggan.
"Kami amat percaya bahawa kita perlu melengkapkan kekuatan ini dalam teknologi perkakasan dengan penyelesaian perisian digital yang menarik dan unik," katanya dalam ucapan pada perasmian pejabat 25 Startups di sini malam tadi.
Walaupun pandemik telah memperlahankan pertumbuhan syarikat permulaan dalam beberapa tahun ini, katanya Pulau Pinang bertentangan dengan trend itu dengan peningkatan aktiviti baru-baru ini dan kadar pertumbuhan di sini mungkin lebih tinggi dengan pemain yang sesuai.
Pulau Pinang, juga dikenali sebagai Lembah Silikon Timur, mempunyai industri pembuatan yang kukuh dengan pengalaman selama 50 tahun, menempatkan lebih 350 syarikat multinasional dan lebih 3,000 perusahaan kecil dan sederhana dalam sektor pembuatan, dan menarik jutaan pelancong setiap tahun.
Oleh itu, syarikat permulaan teknologi boleh memanfaatkan rantaian bekalan syarikat gergasi teknologi dan syarikat perindustrian ini untuk menyelesaikan masalah dan isu dunia sebenar.
"Dengan semua ruang kerja bersama ini terletak di Daerah Digital Kreatif di sini di George Town, saya berharap syarikat permulaan akan mengambil peluang untuk menyertai dan bersepadu dengan hab ini yang dikuasakan sepenuhnya oleh infrastruktur 5G untuk memenuhi semua keperluan digital.
"Saya yakin pembukaan pusat ini akan menggalakkan lebih ramai pemain utama dari sektor swasta untuk menyertai ekosistem itu, seperti inkubator, pemecut, pelabur dan pemodal teroka selain meningkatkan standard untuk memenuhi kepentingan global," katanya.
Firma modal teroka di sebalik 25 Startups, Pengerusi Karuna Khoshee Venture Capital Sdn Bhd Datin Ros Suryati Alang berkata selain menggalakkan syarikat permulaan dalam Blockchain dan IoT, ia turut menumpukan usahanya untuk mentransformasikan inovasi syarikat permulaan tersebut kepada model perniagaan yang mencatatkan keuntungan yang boleh dikomersialkan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 23 2022

Zahidi menyampaikan ucapan pada Majlis Perasmian Pembukaan 25 Startups, Inkubator Blockchain dan Internet of Things (IoT) di George Town, malam tadi. --fotoBERNAMA

Agong, Raja Permaisuri tiba di Turkiye untuk lawatan negara
Pesawat khas yang membawa Seri Paduka berdua serta delegasi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Esenboga di sini pada kira-kira 5.30 petang.

Setahun Taliban | Afghanistan masih berdepan krisis ekonomi
15 Ogos ini memasuki genap setahun Taliban mengambil alih tampuk pemerintahan Afganistan daripada bekas Presiden, Asraf Ghani.

Krisis Myanmar | Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara lagi
Bekas pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi sekali lagi dijatuhkan hukuman penjara, kali ini selama enam tahun. Perbicaraan itu bagaimanapun diadakan secara tertutup, dan pasukan guamannya juga dilarang berkongsi maklumat perbicaraan tersebut.

Hujan Lebat | 31 maut, puluhan hilang akibat banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 31 maut dan puluhan yang lain hilang selepas banjir kilat melanda utara Afghanistan akibat hujan lebat. Menurut Agensi Berita Bakhtar, banjir dilaporkan berlaku di wilayah Parwan pada Ahad.

Malaysia Airlines | Malaysia Airlines beli 20 pesawat A330neo Airbus
Malaysia Aviation Group (MAG) memilih A330neo daripada Airbus untuk program pembaharuan armada pesawat badan lebar syarikat penerbangan itu. 10 pesawat akan dibeli daripada syarikat Airbus, manakala 10 lagi akan dipajak daripada syarikat Avolon yang berpangkalan di Dublin.

Negara Penuaan | Bagaimana hala tuju persaraan 16 juta rakyat di sektor informal?
Kira-kira 16 juta rakyat Malaysia yang bekerja dalam sektor tidak formal mungkin akan terperangkap dalam kedudukan kewangan dan tidak mampu membawa diri ke hari persaraan jika tiada simpanan yang mencukupi.

Peranti Siswa | Majlis perwakilan pelajar bantu kemuka rayuan
Majlis perwakilan pelajar diberi tanggungjawab untuk membantu para pelajar yang tidak berjaya dalam permohonan Program Peranti Siswa bagi mengemukakan semula rayuan mereka. Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Tan Sri Annuar Musa berkata, persatuan berkenaan akan menjadi pusat rujukan bagi kes-kes rayuan agar pelajar layak, tidak tercicir daripada menerima bantuan tersebut.

Politik | BN belum putuskan kedudukan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang mahu menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Umrah | PUHAZ tidak terlibat urus jemaah wanita berpakaian ihram
Persatuan Pengendali Umrah, Haji Dan Ziarah Perak (PUHAZ) mengesahkan tidak terlibat dalam mengendalikan urusan umrah seorang seorang wanita yang didakwa berpakaian ihram lengkap seperti lelaki di tanah suci Mekah yang tular baru-baru ini. Setiausaha Agungnya, Abdul Jabbar Abdul Kahar menjelaskan hasil maklumat awal, tiada mana-mana antara 35 syarikat pelancongan dan umrah di bawah persatuan itu terlibat urusan wanita yang didakwa beralamat di Bota, Perak.

Musim Kemarau | Bomba beri tumpuan lokasi panas di tujuh negeri
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan memberi tumpuan di beberapa lokasi panas kemungkinan berlakunya kebakaran terbuka bagi menghadapi musim kemarau seluruh negara dijangka September depan. Menurut Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid, selepas berakhirnya monsun timur laut, lazimnya musim kemarau akan berlaku dan tahun ini dijangka panas yang agak panjang dan ekstrim.

Web3 Expo bakal lonjak Malaysia ke Metaverse
Web3Expo, sebuah acara mega yang akan menghimpunkan nama-nama besar dunia ekonomi digital, akan diadakan buat julung kalinya di Malaysia.

Penubuhan inkubator Blockchain, IoT lengkapkan ekosistem pembuatan Pulau Pinang
Penubuhan 25 Startups, inkubator pertama Malaysia untuk teknologi Blockchain dan Internet-of-Things (loT), adalah tepat pada masanya untuk melengkapkan ekosistem pembuatan Pulau Pinang yang kukuh.

Dasar 4IR pacu transformasi pembangunan sosioekonomi negara
Revolusi Perindustrian Keempat (4IR) merupakan langkah ke hadapan Malaysia dalam bergerak seiring dengan transformasi ekonomi global.

MOSTI mulakan projek penjejakan vaksin dengan teknologi Blockchain
MOSTI) dan MIMOS, dengan kerjasama KKM, telah memulakan projek pengesanan vaksin yang berkaitan dengan teknologi Blockchain di peringkat konsep.

E-dompet, trend masa hadapan dalam perniagaan
Ahli Parlimen Sibu Oscar Ling Chai Yew berkata sistem e-dompet dapat menyediakan transaksi yang lebih telus kepada pengguna, penting dalam mewujudkan sistem blok rantai (blockchain) di negara ini.

Lebih banyak platform pertukaran mata wang kripto dijangka dibenarkan untuk beroperasi
Luno merupakan platform pertukaran mata wang kripto pertama yang mendapat kelulusan penuh untuk beroperasi di Malaysia.

MyEG perkenalkan perisian pengurusan gaji berasaskan 'blockchain'
Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, penyedia perkhidmatan e-kerajaan itu berkata, ujian percubaan akan dimulakan di beberapa tempat tidak lama lagi.

UMP jadi universiti pertama gunakan teknologi 'blockchain'
UMP bakal mewujudkan budaya baru dalam komuniti kampus.