Sebahagian nilai ringgit dipengaruhi sentimen yang berlaku di dalam negara ketika ini.
Menurut pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, pakar ekonomi di bank berkenaan menilai ringgit pada sekitar 3.70 berbanding dolar.
"Pakar ekonomi CIMB berkata kadar tukaran ringgit harus berada pada paras sekitar RM3.70 (berbanding dolar Amerika).
"Jadi jika pakar ekonomi kami betul, ini bermakna ringgit dinilai lebih rendah sebanyak kira-kira 10 peratus, yang mungkin disebabkan oleh sentimen."
Tambah Nazir, komen dan spekulasi negatif berkenaan keadaan isu domestik tidak akan membantu meningkatkan nilai ringgit.
"Di Malaysia di mana ekonomi dan pasarannya sangat terbuka, kita ada pelabur dari seluruh dunia. Ramai pelabur ini apabila mereka mendengar senario politik Malaysia kini, mereka bertanya mengapa mereka perlu terlibat, jadi mereka pergi ke negara-negara lain. Jadi ini menyebabkan pergerakan keluar modal yang boleh menyebabkan nilai ringgit turun dengan lebih cepat," kata Nazir.
Katanya lagi, nilai ringgit ketika ini sebahagian besarnya dipengaruhi cabaran dalam ekonomi global semasa termasuk harga minyak dan semakan turun yuan.
Nazir menambah, tindakan kerajaan untuk mendapatkan situasi ekonomi sebenar semasa menerusi perbincangan dengan penganalisis dan peniaga adalah satu perkara yang positif.
Tambahnya, ini penting untuk memastikan kerajaan mendapat maklumat penuh sebelum merangka polisi dan mewujudkan penyelesaian kepada situasi berkenaan ringgit ketika ini.
Astro Awani
Thu Aug 20 2015
Menurut pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak (gambar), pakar ekonomi di bank berkenaan menilai ringgit pada sekitar 3.70 berbanding dolar. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Mangsa di PPS terus meningkat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Nilai pasaran bintang JDT, Arif Aiman bakal melonjak
Dua gol jaringan Arif Aiman dalam aksi ACLE 2024/25 menentang Shanghai Port membuktikan kemampuan dimiliki pemain berusia 22 tahun itu di pentas Asia.
#AWANIRingkas 21 September 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi 21 September 2024
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
1️⃣ Perkembangan banjir di Kedah
2️⃣ SZB catat peningkatan trafik
3️⃣ Unga Ke-79
#awaniringkas
AWANI Pagi: Kepentingan industri pelancongan kepada Wilayah Persekutuan
AWANI Pagi 7.30 pagi akan bersama Datuk Noridah Abdul Rahim, Ketua Pengarah Jabatan Wilayah Persekutuan, akan mengulas berhubung senario industri pelancongan di Wilayah Persekutuan serta strategi yang dilaksanakan dalam meningkatkan industri pelancongan di kawasan itu.
Perkembangan banjir di Kedah
Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kedah terus meningkat setakat 6 pagi tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
Manakala jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang, Perlis dan Selangor menunjukkan penurunan berbanding malam tadi.
PGA rampas rokok seludup bernilai lebih RM200,000 di Tumpat
Pasukan Gerakan Am Briged Tenggara menumpaskan sindiket penyeludupan rokok dan merampas 200,000 batang rokok bernilai RM264,000 dalam dua operasi berasingan di Tumpat, semalam.
Pemangku Presiden Muda, Amira Aisya selamat diijabkabulkan
Amira Aisya Abdul Aziz selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Luqman Long pada pagi Jumaat.
UNGA 79: Konflik di Palestin, isu kemanusiaan di Myanmar antara fokus kenyataan Malaysia
Menteri Luar Mohamad Hasan akan menegaskan komitmen Malaysia terhadap multilateralisme, keamanan dan kerjasama antarabangsa di tengah cabaran global.
Terenggganu keluar fatwa GISB sesat jika ada bukti jelas - Mufti
Terengganu hanya akan mengeluarkan fatwa mengenai kepercayaan dan ajaran dalam GISB sebagai sesat sekiranya terdapat bukti jelas.
Dua penduduk Gaza cedera dalam serangan udara rejim Zionis
Dua penduduk Gaza menjadi mangsa kekejaman Zionis apabila cedera dalam satu serangan udara di kawasan kejiranan Zeitoun, Gaza.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
Dalam satu hantaran di X pada Jumaat, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin (PRCS) memaklumkan mangsa bagaimanapun berjaya dibawa keluar dari lokasi serangan.
CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Abdul Rahman Ahmad menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan.
Penurunan nilai ringgit dipengaruhi sentimen - Nazir Razak
Menurut pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak, pakar ekonomi di bank berkenaan menilai ringgit pada sekitar 3.70 berbanding dolar.
Nazir Razak terima anugerah pemimpin perniagaan Asia House
Pengerusi CIMB Group Datuk Seri Nazir Razak, akan menerima Anugerah Pemimpin Perniagaan Asia 'Asia House' bagi 2015 pada majlis yang dijadualkan berlangsung di Banqueting House Westminster pada Okt.