awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion

Bernama
Bernama
12/07/2023
06:14 MYT
Perdagangan borong dan runcit pada Mei naik 6.6 peratus kepada RM138 bilion
Peningkatan perdagangan borong dan runcit disebabkan oleh subsektor kenderaan bermotor, yang melonjak 22.0 peratus atau RM3.1 bilion kepada RM17.0 bilion. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Perdagangan borong dan runcit Malaysia mencatatkan nilai jualan berjumlah RM138.0 bilion, tumbuh 6.6 peratus tahun ke tahun pada Mei 2023, kata Jabatan Perangkaan Malaysia (DoSM).
DoSM berkata peningkatan itu disebabkan oleh subsektor kenderaan bermotor, yang melonjak 22.0 peratus atau RM3.1 bilion kepada RM17.0 bilion.
"Perdagangan runcit juga berkembang sebanyak 5.0 peratus atau RM2.8 bilion kepada RM58.8 bilion, diikuti perdagangan borong dengan peningkatan 4.4 peratus atau RM2.6 bilion kepada RM62.2 bilion," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Bagi perbandingan bulan ke bulan (m-o-m), nilai jualan perdagangan borong dan runcit meningkat semula 1.5 peratus, disumbangkan oleh subsektor kenderaan bermotor dan perdagangan borong masing-masing pada 16.2 peratus dan 2.1 peratus.
DoSM berkata bagi prestasi mengikut subsektor, pertumbuhan dua angka sebanyak 22.0 peratus dalam subsektor kenderaan bermotor bulan ini didorong oleh jualan kenderaan bermotor yang melonjak 29.8 peratus atau RM2.1 bilion kepada RM8.9 bilion.
Ini diikuti oleh jualan alat ganti dan aksesori kenderaan bermotor, penyelenggaraan dan pembaikan kenderaan bermotor yang masing-masing meningkat 17.7 peratus dan 20.4 peratus.
Bagaimanapun, jualan, penyelenggaraan dan pembaikan motosikal menurun sebanyak 5.0 peratus.
Bagi perbandingan bulanan, subsektor ini melonjak semula 16.2 peratus, disumbangkan oleh semua kumpulan, terutamanya jualan kenderaan bermotor dengan 30.8 peratus.
DoSM berkata, indeks volum perdagangan borong dan runcit bagi Mei mencatatkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 4.7 peratus didorong oleh pengembangan dalam semua subsektor iaitu kenderaan bermotor (17.8 peratus), perdagangan borong (5.3 peratus) dan perdagangan runcit (2.4 peratus).
Beliau menambah bagi indeks volum pelarasan musim, ia merosot -4.1 peratus bulan ke bulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#perdagangan borong dan runcit
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#kenderaan bermotor
#DoSM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan