awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Perdagangan Malaysia-ASEAN naik 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk Jan-Nov 2025 - MITI

Bernama
Bernama
21/01/2026
14:20 MYT
Perdagangan Malaysia-ASEAN naik 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk Jan-Nov 2025 - MITI
Perdagangan Malaysia dengan ASEAN mencatatkan peningkatan 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk tempoh Januari hingga November 2025. - Gambar fail/hiasan/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Perdagangan Malaysia dengan ASEAN mencatatkan peningkatan 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion untuk tempoh Januari hingga November 2025, mewakili 25.6 peratus daripada jumlah perdagangan global Malaysia sebanyak RM2.775 trilion bagi tempoh yang sama pada 2024.

Ringkasan AI
  • Perdagangan Malaysia dengan ASEAN meningkat 1.7 peratus kepada RM709.08 bilion dari Januari hingga November 2025, menyumbang 25.6 peratus daripada perdagangan global Malaysia pada tempoh yang sama.
  • Import Malaysia menurun 2.6 peratus kepada RM290.30 bilion disebabkan oleh penurunan permintaan domestik terhadap keluaran petroleum dan bahan kimia, dipengaruhi oleh harga minyak mentah yang turun.
  • Eksport Malaysia ke ASEAN meningkat 4.1 peratus kepada RM438 bilion, sementara import dari ASEAN naik 8.9 peratus kepada RM327.12 bilion, dengan Singapura, Thailand, dan Indonesia menjadi destinasi utama.

"Manakala import menyusut 2.6 peratus kepada RM290.30 bilion, berikutan penurunan ketara dalam permintaan domestik terhadap keluaran petroleum, kimia dan bahan kimia, serta kelengkapan pengangkutan.
"Penurunan ini turut dipengaruhi oleh kejatuhan harga pasaran petroleum, yang mana harga minyak mentah menurun daripada sekitar US$80 setong pada 2024 kepada US$60 setong pada 2025," kata MITI dalam jawapan bertulis Dewan Rakyat yang disiarkan di lawan rasmi Parlimen hari ini.
Kementerian itu berkata demikian ketika menjawab soalan Tan Kok Wa (PH-Cheras) mengenai perbandingan perdagangan Malaysia dengan rakan ASEAN dan bukan ASEAN termasuk langkah-langkah yang diambil untuk memperkukuh perdagangan intra-ASEAN.
Bagi 2024, jumlah perdagangan Malaysia dengan ASEAN menokok sebanyak 6.1 peratus berbanding 2023, mencecah RM765.03 bilion, merangkumi 29 peratus daripada keseluruhan perdagangan Malaysia yang berada pada paras RM2.879 trilion.
Dalam tempoh yang sama, nilai eksport Malaysia ke ASEAN melonjak 4.1 peratus kepada RM438 bilion, manakala import dari ASEAN turut naik 8.9 peratus kepada RM327.12 bilion.
Tiga destinasi eksport dan import utama Malaysia dalam ASEAN adalah Singapura, Thailand dan Indonesia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Perdagangan Malaysia-ASEAN
#MITI
#Dewan Negara
#bilion
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan