awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Bekas pengetua tidak tahu wujud pernyataan bertulis lima orang pelajar
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
21/01/2026
15:45 MYT
WEF2026: Venezuela akan capai kejayaan yang amat cemerlang - Trump
Trump turut mendakwa Venezuela berpotensi menjana lebih banyak hasil dalam tempoh enam bulan akan datang berbanding pendapatan yang dicatatkan sepanjang 20 tahun lalu. - Gambar Reuters/Denis Balibouse
KUALA LUMPUR: Donald Trump mendakwa, Venezuela bakal menikmati lonjakan ekonomi besar hasil kerjasama baharu dalam sektor minyak bersama Amerika Syarikat, sekali gus membuka lembaran pemulihan selepas lebih dua dekad berdepan krisis ekonomi.

Ringkasan AI
  • Donald Trump mendakwa kerjasama dalam sektor minyak bakal bantu Venezuela pulih ekonomi selepas krisis berlarutan.
  • Amerika Syarikat akan membahagikan 50 juta tong minyak bersama Venezuela untuk meningkatkan pendapatan negara itu.
  • Trump yakin Venezuela mampu berjaya dengan lebih banyak hasil dalam tempoh enam bulan berikutan pelaburan antarabangsa ke sektor tenaga negara tersebut.

Presiden Amerika Syarikat (AS) itu berkata, Venezuela suatu ketika dahulu merupakan negara yang makmur, namun mengalami kemerosotan akibat dasar yang disifatkannya sebagai tidak berkesan.
"Venezuela telah menjadi sebuah negara yang luar biasa selama bertahun‑tahun, tetapi kemudian mereka merosot akibat dasar‑dasar mereka. Kami sedang membantu mereka.
"Jumlah 50 juta tong minyak itu, kami akan membahagikannya bersama mereka dan mereka akan memperoleh lebih banyak wang berbanding apa yang mereka peroleh sejak sekian lama.
"Venezuela akan mencapai kejayaan yang amat cemerlang," katanya semasa berucap pada Forum Ekonomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland hari ini.
Trump turut mendakwa Venezuela berpotensi menjana lebih banyak hasil dalam tempoh enam bulan akan datang berbanding pendapatan yang dicatatkan sepanjang 20 tahun lalu, susulan kemasukan pelabur antarabangsa ke sektor tenaga negara itu.
Dalam konteks yang lebih luas, Trump melihat potensi Venezuela sebagai antara negara pengeluar minyak yang mampu kembali memainkan peranan penting dalam pasaran tenaga global, terutama ketika permintaan dunia terhadap sumber tenaga konvensional terus meningkat.
Awal bulan ini, Trump berkata 50 juta tong minyak mentah yang diserahkan pihak berkuasa interim Venezuela kepada AS susulan operasi ketenteraan yang membawa kepada penangkapan Presiden Nicolás Maduro, akan dijual pada harga pasaran semasa.
Hasil jualan akan dikawal oleh kerajaan AS bagi memastikan ia digunakan untuk manfaat rakyat Venezuela dan AS.
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tong minyak
#pelabur antarabangsa
#luar biasa
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan